Internet Mudah Alih Malaysia Tercorot Di Dunia



Laporan menyatakan sambungan internet mudah alih di Malaysia berada di tahap paling bawah di peringkat global dan serantau menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan yang pernah mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada hujung 1990an lalu.
Supremo DAP Lim Kit Siang berkata, apabila Malaysia berada di kedudukan lebih rendah berbanding negara jiran ASEAN, Vietnam, Thailand, malah Laos yang lebih miskin, dalam kajian syarikat data bebas global Tutela baru-baru ini, maka harapan untuk menarik pelaburan asing tidak lagi terletak di negara ini.
Katanya, laporan Tutela bertajuk “Pengalaman Mudah Alih Global: Perbandingan Peringkat Negara”, cukup teruk melongsorkan Malaysia pada kedudukan ke-81, tiga tangga di bawah Indonesia (78).
“Dua puluh enam tahun lalu pada 1995, Malaysia mengisytiharkan MSC sebagai “hadiah kepada dunia”, dan teras inisiatif strategik negara untuk melonjakkan negara ke era IT menjadi salah satu kuasa IT dunia.
“Sejak itu MSC dan Malaysia malangnya telah lenyap daripada radar sebagai hotspot IT antarabangsa, dengan kejatuhan Malaysia yang tidak terkawal dalam daya saing IT antarabangsa sepanjang tempoh dua setengah dekad lalu.
“Ini disahkan oleh Skor Kualiti Jalur Lebar Global Oxford/Cisco 2009 mengenai kualiti jalur lebar global yang meletakkan Malaysia di tempat ke-53 daripada 66 negara dari segi kualiti dan jangkauan rangkaiannya.
“Boleh difahami jika kita ketinggalan di belakang negara seperti Korea, Jepun, Sweden, Denmark, Amerika Syarikat tetapi kita juga nampaknya ketinggalan di belakang negara-negara seperti Turki, Chile, China, Qatar, Brazil, Argentina, Arab Saudi, Cyprus, Costa Rica, Bahrain, Thailand dan UAE,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Beliau turut menyertakan laporan kualiti rangkaian antara Mei-Julai tahun ini oleh syarikat analitik mudah alih OpenSignal dan firma kewangan JP Morgan iaitu Digi mempunyai kelajuan muat turun tertinggi di Malaysia pada 15.0 Mbps, diikuti oleh Maxis (13.4), U Mobile (11.5), Unifi (11.0), dan Celcom (8.2).
Katanya, di Asia Timur, Korea Selatan menikmati purata kelajuan muat turun 61.3 Mbps, diikuti Jepun pada 40.4 Mbps, dan Taiwan pada 27.4 Mbps.
Manakala kes jangkitan Covid 19 yang tidak berkurangan, kata Kit Siang, merupakan berita kedua kurang menyenangkan.
Katanya, Indonesia semalam mencatatkan 451 kes harian baharu Covid-19 dan 13 kes kematian, berbanding 5,755 kes harian dan 37 kes kematian Covid-19 bagi Malaysia. Menandakan hari ke-112 berturut-turut sejak 18 Ogos lalu memperlihatkan Indonesia mencatatkan kes lebih rendah dan hari ke-51 berturut-turut sejak 5 Oktober kurang kematian harian Covid berbanding Malaysia.
Hal itu, menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, menjadikan kes terkumpul Covid di Malaysia mencecah 2,602,855 kes dan 30,147 kematian.
Justeru, kata Kit Siang, Pakatan Harapan telah mencuba menyeru pengundi Melaka untuk menggunakan pilihan raya negeri baru baru ini untuk melancarkan “Kempen Selamatkan Malaysia Seratus Tahun” bagi menghentikan kemunduran setengah abad yang lalu, dan menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia sebelum 2057.
Malangnya, kata beliau, masih ramai yang berasa kecewa, putus asa malah berang kerana kerajaan PH selama 22 bulan tidak memperkenalkan banyak reformasi dan perubahan institusi di Malaysia, tanpa menghiraukan hakikat bahawa kerajaan PH mempunyai mandat lima tahun, apatah lagi setelah dikhianati dalam Langkah Sheraton.
“Namun satu fakta tidak dapat dinafikan, Malaysia tidak memenuhi janjinya untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia kerana diatasi oleh satu demi satu oleh negara lain dalam tempoh setengah abad yang lalu
“Jika Malaysia tidak bangkit dan berusaha untuk mencapai pencapaian yang lebih besar, dalam satu atau dua dekad, anak muda Malaysia akan pergi ke Indonesia untuk mencari pekerjaan dan bukannya sebaliknya.
“Malaysia tidak boleh menjadi negara hebat bertaraf dunia dalam masa satu atau dua tahun, malah dalam satu atau dua dekad. Ia akan menjadi satu cabaran besar bagi negara ini untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia dalam masa 36 tahun pada tahun 2057,” katanya.
Sebagai orang lama dalam politik, Kit Siang tertanya tanya adakah sudah terlambat untuk menyelamatkan Malaysia menjelang 2057 untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33564

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Miliki D4rah Paling Rare Wanita Malaysia Ini Antara 43 Orang Di Dunia Mempunyai Kumpulan D4rah Rhnull

Miliki D4rah Paling Rare Wanita Malaysia Ini Antara 43 Orang Di Dunia Mempunyai Kumpulan D4rah Rhnull

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 330 hits
Umum mengetahui terdapat beberapa kumpulan utama d4rah iaitu d4rah jenis A B AB dan O Ianya ditentukan oleh genetik yang kita warisi daripada ibu bapa Namun tahukah anda ada sebuah kumpulan d4rah yang jarang ditemui di dunia yang dikenali s...
Hampir 2 Bulan Koma Di Korea Selatan Rakyat Malaysia Ini Akhirnya Meninggal Dunia Perjuangan Rozzana Berakhir

Hampir 2 Bulan Koma Di Korea Selatan Rakyat Malaysia Ini Akhirnya Meninggal Dunia Perjuangan Rozzana Berakhir

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 320 hits
Setelah hampir dua bulan ditidurkan di Hospital Myongji Korea Selatan akibat serangan asma seorang wanita warganegara Malaysia yang dilaporkan bekerja di sana menghembuskan nafas terakhir pagi tadi Berita pemergian Allahyarhamah Rozzana Mat...
Timbalan Presiden Umno Kata Dunia Tak Iktiraf Kerajaan Malaysia

Timbalan Presiden Umno Kata Dunia Tak Iktiraf Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 287 hits
AGENDA DAILY Pejabat pentadbiran kerajaan Malaysia di Putrajaya Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan Kerajaan Malaysia yang ada sekarang ini tidak diiktiraf seluruh dunia kerana ianya bukan sebuah kerajaan yang menda...
Honor Malaysia Confirms The Arrival Of Honor 50 Lite With Extraordinary Charging Speeds Coming This November 25th

Honor Malaysia Confirms The Arrival Of Honor 50 Lite With Extraordinary Charging Speeds Coming This November 25th

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 447 hits
Enjoy 66W SuperCharge a 1 05mm super narrow bezel design and 64MP Quad Camera all at an affordable price November is about to get better with HONOR Malaysia With those who missed out on the November Double 11 Promo fret not as the HONOR 50 ...
5 Wanita Terkaya Malaysia

5 Wanita Terkaya Malaysia

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 461 hits
Mungkin ramai yang tidak tahu Malaysia mempunyai 5 wanita yang berada disenarai teratas terkaya Berikut merupakan 5 senarai individu wanita terkaya Malaysia 1 Puan Seri Lee Kim HuaPuan Seri Lee Kim Hua merupakan isteri kepada Tan Sri Lim Go...
After Cop26 Glasgow What Next For Malaysia S Climate Policy

After Cop26 Glasgow What Next For Malaysia S Climate Policy

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 260 hits
Global climate talks in Glasgow ended last weekend in disappointment recrimination and incremental progress The rich poor nation divide that has riven climate talks for decades could not be bridged despite the ticking down of the global cli...
3d Resources And Defoamers In Malaysia

3d Resources And Defoamers In Malaysia

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 256 hits
A defoamer also known as an anti foaming agent is a chemical additive that is added to liquids in order to prevent the formation of foam in the said industrial liquids While the two terms are interchangeable a very huge distinction exists D...
10 Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Seludup Emas

10 Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Seludup Emas

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 214 hits
Tangkapan dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai Osaka April lalu selepas pihak kastam menjumpai jongkong emas melebihi 100 kilogram dianggarkan bernilai lebih 500 juta yeb SHAH ALAM Seramai 10 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa...
Diserbu Warganet Indonesia Usai Sebut Wayang Kulit Budaya Malaysia Adidas Singapura Minta Maaf

Diserbu Warganet Indonesia Usai Sebut Wayang Kulit Budaya Malaysia Adidas Singapura Minta Maaf

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 209 hits
Rilis koleksi sneakers yang berkolaborasi dengan 5 negara di Asia Tenggara seri wayang kulit tersebut diketahui tidak dijual di Indonesia
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Raya Aidilfitri 2025

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey