Intergriti Ahmad Maslan Balun Mahathir
Wartawan Watan-Online                                                                                                                                      
 
   Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat gagal menjawab  soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan  pada hari pertama sesi perbahasan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen  Keempat Belas di dalam Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah  Diraja, di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
Dalam soalan tambahan, Ahmad Maslan mengajukan tentang langkah  kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menjadikan Malaysia negara  berintegriti tetapi pada masa sama turut dikelilingi masalah integriti  menteri dan timbalan menterinya.
“Untuk berhadapan negara berintegriti sedunia ini, saya lihat  kerajaan Pakatan Harapan antaranya mempunyai dua masalah utama. Pertama,  kontroversi sijil kelulusan ahli-ahli pentadbirannya dan yang kedua  adalah kontroversi manifesto tidak ditunai.
“Dua perkara ini apakah yang akan dibuat oleh kerajaan PH untuk  mengatasi terutama penipuan sijil. Terima kasih,” soal Ahmad di Parlimen  pada Selasa.
Walaubagaimanapun Tun Mahathir mengelak daripada menjawab soalan  tersebut dan mula menuding jari kepada kerajaan lama Barisan Nasional  (BN) atas kegagalan PH menunaikan janji.
“Kita sedang berusaha untuk menunaikan janji-janji dalam manifesto  kita tetapi perbuatan kerajaan yang lama serta juga undang-undang tidak  mempermudahkan usaha ini.
“Sepatutnya pada hari ini kita sudah lihat mereka yang dituduh  melakukan kesalahan berkenaan dengan kewangan negara khususnya SRC dan  juga 1MDB, telah dikemukakan kepada mahkamah tetapi sebagai kerajaan  yang patuh kepada ‘the rule of law’, kita patuh kepada tangguhan yang  dibuat oleh mahkamah, kita hormati mahkamah walaupun rakyat  bertanya-tanya kenapakah mereka yang jelas terlibat dengan rasuah tidak  dihadapkan untuk dibicarakan dalam mahkamah.
“Ini soalan rakyat dan walaupun kita berusaha tetapi kita mestilah  patuh kepada aturan peraturan dan ‘the rule of law’ yang kita terima dan  kita laksanakan,” jelas perdana menteri tanpa memberi penjelasan  mengenai soalan integriti anggota pentadbirannya yang mana status  akademik mereka dipertikaikan kesahihannya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/intergriti-ahmad-maslan-balun-mahathir.html