Intan Najuwa Kenal Suami Ketika Minum Kopi


INTAN Najuwa (kanan) bersama Azraf Azman pada majlis pernikahan di Desaru Coast. (📸 ©Nur Aisyah Mazalan ) klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Intan Najuwa kini isteri Datuk Azraf "Sebelum ini pun, bukan sengaja saya nak rahsiakan atau beri kejutan, tetapi sebab saya ingat orang tua-tua kata hal merisik, hal bertunang diamkan dulu supaya tidak ada perkara tidak diingini berlaku di masa akan datang," kata pelakon, Datin Intan Najuwa, 26, yang melangsungkan pernikahan dengan Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, di Desaru Coast, di sini, semalam.

Intan ketika ditemui berkata, dalam hubungan kali ini dia memilih untuk senyap selagi perkara itu belum berlaku.

"Alhamdulillah hari ini (semalam) dah sah suami isteri, kita beritahu semua," katanya berkongsi rasa lega dan bahagia selepas sah bergelar isteri.

Intan berkata, selepas mengenali Ahmad Azraf dia tidak mahu bercinta lama-lama. Perasaan sebak juga dirasainya kerana akhirnya dapat bertemu seorang lelaki yang betul-betul boleh menjaganya.

"Benda baik saya memang elok kita cepatkan. Alhamdlillah, lega dah. Rasa 'nervous' pun semua hilang.

"Sebenarnya, macam-macam saya lalui. Orang tidak nampak jatuh bangun saya. Sebab itu hari ini (semalam) saya sangat sebak bila akhirnya saya jumpa seorang lelaki yang betul-betul boleh jaga saya," katanya yang turut memberitahu hanya mengambil masa enam bulan bagi membuat persiapan majlis perkahwinannya.

Ditanya mengenai detik pertemuan bersama suaminya, Intan berkata, pertama kali mereka berjumpa adalah pada penghujung 2021.

Katanya, ketika itu dia sedang minum kopi bersama rakannya yang juga rakan kepada Asraf di sebuah kafe.

"Detik pertemuan kami tidaklah begitu istimewa pun. Kami jumpa kerana kawan-kawan juga sebab kawan baik Asraf adalah kawan saya juga.

"Kita berjumpa, bertegur sapa dan tak sangka pula sampai sekarang 'tersangkut'," katanya.

Menyentuh soal kerjayanya selepas berkahwin, pelakon telefilem Sempurna Mencintaimu itu berkata, dia akan terus aktif dalam bidang seni kerana suaminya tidak menghalang.

"Soal kerjaya, sebelum kahwin atau selepas kahwin sama saja. Asraf tidak pernah menghalang saya bekerja atau lakukan apa-apa. Dia seorang yang sangat memahami dan menyokong," katanya.

Setakat ini Intan dan suami belum merancang sebarang percutian bulan madu memandangkan sebaik selesai majlis perkahwinan, mereka akan mula bekerja.

Mereka juga tidak merancang mengenai anak, sebaliknya menerima saja takdir dan rezeki Allah.

"Kita tidak akan merancang, ada, ada, tiada, tidak mengapa. Ada rezeki, tidak kisah bila-bila, kami sentiasa sedia terima," katanya.

Sementara itu, Ahmad Azraf berkata, Intan seorang yang sangat manis dan bertanggungjawab lebih-lebih lagi dalam menjaga keluarga dan adik-beradiknya.

Intan pula memberitahu suaminya seorang yang sangat penyayang dan romantik, selain kelakar.

Pasangan sama cantik sama padan itu berharap perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga dan berbahagia selalu.

Semalam, pasangan ini dinikahkan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut, tepat jam 6.45 petang dan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Dalam majlis itu, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000.

Angka dua diambil sempena simbolik kepada tempoh perkenalan pasangan dua sejoli itu yang masuk tahun kedua.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2023/08/intan-najuwa-kenal-suami-ketika-minum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Isu Kontroversi Minum Arak Syasya Dolla Dikritik Buat Muka Menjengkelkan Ketika Jawab Interview Wartawan

Hiburan Isu Kontroversi Minum Arak Syasya Dolla Dikritik Buat Muka Menjengkelkan Ketika Jawab Interview Wartawan

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 418 hits
Sebelum ini muncul kontroversi yang mendakwa ada ahli anggota kumpulan Dolla dilihat minum arak ketika berhibur di sebuah kelab malam Isu itu menjadi tular buat seketika apabila video memaparkan ahli anggota Dolla itu kantoi minum sedangkan...
Tahniah Intan Najuwa Kini Sah Bergelar Isteri Datuk Ahmad Asraf Azman

Tahniah Intan Najuwa Kini Sah Bergelar Isteri Datuk Ahmad Asraf Azman

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 258 hits
Pelakon bertubuh genit Intan Najuwa 26 sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Ahmad Azraf Azman 39 dengan sekali lafaz atu majlis tertutup Villa One One amp Only Desaru pada jam 6 45 petang tadi Intan atau nama sebenarnya Intan Na...
Wanita Ditahan Belasah Bekas Suami Ketika Tuntut Hutang Rm87 000

Wanita Ditahan Belasah Bekas Suami Ketika Tuntut Hutang Rm87 000

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 270 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang wanita ditahan polis semalam atas dakwaan membelasah bekas suaminya ketika cuba menuntut hutang berjumlah RM87 000 Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata dalam kejadian kira kira 6 55 petang itu ...
Terkini Intan Najuwa Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan Terima Wang Hantaran Rm222 000

Terkini Intan Najuwa Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan Terima Wang Hantaran Rm222 000

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 255 hits
Memetik mStar pelakon Intan Najuwa dilaporkan sudah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman dengan sekali lafaz pada pukul 6 45 petang pada Jumaat Intan 26 dan suaminya disatukan di sebuah hotel mewa...
Doa Ketika Dilanda Sakit

Doa Ketika Dilanda Sakit

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 258 hits
Salam Jumaat semua Mungkin ramai yang sudahpun amalkan doa ini Mama sekadar ingain berkongsi dan refresh semula Doa Ketika dilanda Sakit ini sesuai dibaca untuk anggota badan yang sedang sakit Dengan doa ni kita boleh ruqyah diri sendiri je...
Hiburan Ayah Baik Tapi Kenapa Dia Curang Anak Kecewa Bapa Ada Affair Ketika Ibu Sakit Nampak Mesej Dari Penyondol

Hiburan Ayah Baik Tapi Kenapa Dia Curang Anak Kecewa Bapa Ada Affair Ketika Ibu Sakit Nampak Mesej Dari Penyondol

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 269 hits
Seorang lelaki tergamak berlaku curang dan menduakan isterinya yang kini sedang terlantar sakit malah ia bukanlah pertama kali dia berbuat sedemikian Kisah itu dikongsikan anaknya yang meluahkan kekecewaannya apabila dia sendiri yang menang...
Bumbung Masjid Runtuh Ketika Jemaah Sedang Khusyuk Sujud 10 Orang Meninggal

Bumbung Masjid Runtuh Ketika Jemaah Sedang Khusyuk Sujud 10 Orang Meninggal

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 222 hits
Bumbung masjid runtuh ketika jemaah sedang khusyuk sujud 10 orang meninggal EKURANG kurangnya 10 individu meninggal dunia dalam kejadian masjid runtuh di Nigeria Kejadian di Masjid Pusat Zaria Kaduna turut mengakibatkan 30 jemaah yang lain ...
Diam Lah Kongsi Sisi Sweet Lee Minjung Netizen Ungkit Kecurangan Lee Byunghun Ketika Isteri Hamil

Diam Lah Kongsi Sisi Sweet Lee Minjung Netizen Ungkit Kecurangan Lee Byunghun Ketika Isteri Hamil

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 375 hits
Jarang membuat kemunculan dalam program hiburan namun Lee Byung hun telah menyertai You Quiz On The Block sebagai tetamu baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Bukan sahaja berceriat mengenai filem terbarunya Concrete Utopia malah lelaki itu turut...
Lelaki Diganggu Anak Ketika Solat Kekal Tenang Raih Perhatian Netizen

Lelaki Diganggu Anak Ketika Solat Kekal Tenang Raih Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 152 hits
Apa yang menarik perhatian adalah tingkah laku kanak kanak perempuan itu yang menyarungkan beg kertas berwarna biru pada kepala bapanya Umum mengetahui setiap agama di dunia ini sememangnya mempunyai kaedah sembahyang mengikut cara tersendi...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin