Intan Ladyana Belajar Dari Mak Mentua Cara Guna Car Seat Untuk Keselamatan Anak
Intan Ladyana teruja nak bawa bayi sulungnya pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang dan Perlis menyambut hari raya. Tetapi dalam masa yang sama, pelakon filem Adnan Sempit ini yang baru pertama kali bergelar ibu ini turut berasa bimbang untuk melalui perjalanan jauh bersama si manjanya.
“Biasa short distance sahaja pergi ke hospital untuk check-up tapi bila perjalanan berjam-jam balik kampung mungkin agak mencabar. Tu yang agak risau jugak,” demikian luah Intan dalam temubual facebook live bersama Pa&Ma Mummy Millennial semalam.
Bayi pertama pasangan Intan dan Hari yang diberi nama Evie Khadeeja baru mencecah usia dua bulan dan menurut Intan dia masih belum berani membawa bayi sulungnya berjalan ke mana-mana kecuali ke hospital sahaja.
Intan yang sangat prihatin tentang keselamatan anaknya mengakui antara perkara awal yang dilakukan ketika hamil adalah mencari kerusi keselamatan bayi atau car seat khas untuk anaknya duduk sepanjang dalam kereta.
Cabaran Bayi Duduk Dalam Car Seat
“Masa mula-mula nak cari car seat, Intan google info tentang kepentingan carseat kepada bayi. Kemudian pergi recce di pelbagai kedai yang jual car seat. Alhamdulillah jumpa sales person bagus yang share info tentang car seat. Lepas tu baru decide car seat mana nak beli.”
Sebagai ibu pertama kali, Intan mengakui dia tidak berapa mahir lagi untuk meletakkan bayinya dalam car seat tetapi bersyukur kerana ada ibu mentuanya sangat membantu.
“Alhamdulillah ada mak mentua yang tolong. Kita masih lagi kekok dan risau baby terasa sakit bila letak. Most of the time memang mak mentua yang letakkan baby dalam car seat. Dia sendiri sangat galakkan baby duduk dalam car seat sepanjang naik kereta,” katanya lagi.
FOTO: IG Intan Ladyana
Sama seperti ibu bapa lain, Intan juga melalui cabaran bayinya menangis ketika dia sedang memandu kereta. Justeru Intan menyarankan ibu bapa yang menghadapi masalah sama dengannya ikut tips dikongsi oleh Pakar Keselamatan Penumpang Kanak-Kanak, May Hong ini.
Ibu ayah boleh buat langkah ini untuk mententeramkan bayi yang adakala menangis sukar dipujuk apabila duduk di dalam car seat:
Tepuk-tepuk lembut bayi bagi menenangkannya.
Swaddle atau bedung bayi lepas selepas masukkan dia ke dalam car seat supaya bayi rasa tenang seolah-olah dalam pelukan ibu.
Berbual atau menyanyi pada bayi kerana dia suka mendengar suara ibu yang sudah biasa didengari sejak dalam kandungan.
Selain dari itu untuk melalui perjalanan jauh pulang ke kampung, ibu kena pastikan bayi sudah kenyang menyusu, sudah sendawakan bayi, tukar lampinnya supaya selesa dan paling penting untuk bayi yang masih kecil, pastikan berhenti kereta dan keluarkan bayi dari dalam car seat setiap dua jam.
Intan menyarankan semua supaya menggunakan car seat yang bersesuaian untuk anak masing-masing suapya selesa dan selamat perjalanan pulang ke kampung menyambut hari raya nanti.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
The post Intan Ladyana Belajar Dari Mak Mentua Cara Guna Car Seat Untuk Keselamatan Anak appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/intan-ladyana-belajar-dari-mak-mentua-cara-guna-car-seat/