Instagram Sabah Fc Diserang Penyokong Garuda Akibat Halang Saddil Ramdani Ke Sukan Sea
Dapat Panggilan Timnas Indonesia untuk SEA Games 2021, Saddil Ramdani Tak Bisa Gabung
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Akaun Instagram Sabah FC diserang oleh segelintir penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati selepas laporan media Indonesia mengesahkan Saddil tidak akan menyarung jersi pasukan negaranya untuk saingan di Sukan SEA 2021.
Sebelum itu Pemain sayap, Saddil Ramdani mengesahkan dirinya tidak dapat memenuhi permintaan Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) untuk beraksi di temasya Sukan SEA pada Mei nanti kerana tidak mendapat pelepasan daripada Sabah FC.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Saddil sendiri melalui akaun TikTok beliau baru-baru ini. Menurut Saddil dirinya tidak boleh beraksi di Sukan SEA yang akan berlangsung di Hanoi nanti kerana ia tidak berlangsung mengikut kalendar antarabangsa FIFA.
Tangkap layar akaun Instagram Sabah FC.
Walaupun penjelasan telah diberikan oleh pemain itu sendiri, ia tetap tidak menghalang penyokong Indonesia membanjiri ruangan komen Instagram Sabah FC dengan tanda pagar SaddilOut. #SaddilOut.
Tanda pagar tersebut dipercayai sebagai tanda kempen dan protes penyokong-penyokong Indonesia kerana pemain itu tidak dibenarkan menyertai skuad Indonesia di Sukan SEA.
Ada juga komen yang menuduh pasukan Malaysia sebenarnya licik kerana Sabah FC enggan melepaskan pemain itu.
Saddil yang lahir pada 2 Januari 1999 kini berusia 23 tahun dan masih layak beraksi untuk skuad B-23 yang disyaratkan oleh penganjur untuk acara bola sepak lelaki di Sukan SEA. Penjelasan Saddil Temasya tersebut dijadualkan akan berlangsung mulai 12 Mei sehingga 23 Mei akan datang. Acara bola sepak pulak akan bermula lebih awal iaitu pada 6 Mei dan perlawanan akhir pula akan berlangsung pada 22 Mei.
“Ada surat panggilan masuk untuk persiapan SEA Games pada 22 Maret (Mac) lalu. Akan tetapi, tahun ini tak bisa ikut SEA Games, ujar Saddil melalui TikTok.
Dapat Panggilan Timnas Indonesia untuk SEA Games 2021, Saddil Ramdani Tak Bisa Gabung https://t.co/cqjCTH0qae
— BolaTimes (@bolatimesdotcom) March 31, 2022
“Saddil baru diperbolehkan membela timnas pada 24 Mei, sedangkan SEA Games mulai 6-23 Mei. Jadi, tidak bisa ikut.”
Seperti yang dikatakan oleh Saddil, Sabah FC bagaimana pun tidak mempunyai halangan untuk melepaskan pemain itu untuk menyertai skuad kebangsaan Indonesia pada kalendar antarabangsa FIFA yang seterusnya bermula 30 Mei sehingga 3 Jun akan datang.
Malah beliau dijangka akan dilepaskan lebih awal bermula 24 Mei untuk menyertai kem latihan pusat pasukan negaranya di mana saingan Liga Super Malaysia (MSL) turut berehat untuk memberi ruang kepada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023.
Saddil yang sudah beraksi bersama Sabah FC selama dua musim merupakan antara pemain penting skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.
Tampil dalam dua perlawanan MSL pada musim ini, Saddil setakat ini telah menjaringkan satu gol hasil sepakan percuma cantik ketika menewaskan Petaling Jaya FC dengan jaringan 3-1 di Stadium Likas pada 9 Mac lalu.
SOURCE: SB Oleh Gary Lugard Semuanya Bola
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2022/03/instagram-sabah-fc-diserang-penyokong.html