Insiden Tembak Di Sempadan Polis Buru Suspek Utama


Ketua Polis Perlis SAC Datuk Surina Saad pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis hari ini mengenai perkembangan terkini kejadian tembakan melibatkan anggota PGA di Padang Besar semalam.



 KANGAR: Polis memburu suspek utama dan baki lapan suspek dalam insiden berbalas tembakan membabitkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam, yang dipercayai masih berada di sempadan negara.

 
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata suspek utama merupakan warga tempatan berumur 50 tahun ke atas.

 
“Kami percaya masih terdapat lapan lagi suspek dari dua kumpulan penyeludup yang masih bebas berada di sekitar tempat kejadian.

 
“Hari ini kita berjaya menahan seorang suspek warga Thailand pada 9 pagi yang jatuh ke dalam gaung ketika insiden tembak-menembak,” katanya dalam sidang media hari ini.

 
Semalam, Bernama melaporkan dalam insiden kira-kira 2.30 pagi itu, anggota PGA mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, terbunuh manakala rakannya Koperal Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di lokasi kejadian iaitu kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.

 
Surina berkata pihaknya akan menggunakan elemen sedia ada bagi memastikan semua suspek daripada dua kumpulan penyeludup yang terlibat dalam insiden itu segera diberkas.

 
Beliau berkata pihaknya juga sedang berusaha membawa masuk empat suspek yang ditangkap oleh polis Thailand ke Malaysia dan ia perlu mendapat kebenaran Ketua Polis Thailand.

 
 “Perbincangan dengan polis Thailand telah dilakukan dan kesemua suspek akan dibawa masuk dalam masa terdekat,” katanya.

 

Beliau berkata polis mendapati senjata api yang digunakan suspek adalah jenis ‘shotgun’ berdasarkan peluru yang ditemui ketika bedah siasat ke atas mendiang Baharuddin.

 
Surina berkata Norihan akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang hari ini bagi menjalani pembedahan mengeluarkan tiga butir peluru.

 
“Sebutir peluru berada berdekatan paru-paru dan dua lagi pada bahagian perut berhampiran tulang belakang,” katanya.

 
Surina berkata insiden itu, yang mengorbankan seorang anggota PGA, tidak mematahkan semangat Polis Diraja Malaysia sebaliknya memberi semangat kepada semua warga Sang Saka Biru untuk terus mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

 
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata insiden berbalas tembakan itu merupakan kali pertama berlaku di kawasan sempadan berkenaan.

 
Sebelum ini, hanya mendengar bunyi tembakan yang dihalakan ke arah pos kawalan Tembok Sempadan TS9 di Padang Besar, Perlis dari sebelah negara jiran itu.

 
Bunyi tembakan didengar pada 12 dan 15 Nov lepas.

 
-- BERNAMA

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/insiden-tembak-di-sempadan-polis-buru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan 2 Penyeludup Ketum Warga Thailand Terbabit Dalam Kes Tembak Mati Anggota Pga Di Sempadan Malaysia Thailand

Polis Tahan 2 Penyeludup Ketum Warga Thailand Terbabit Dalam Kes Tembak Mati Anggota Pga Di Sempadan Malaysia Thailand

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 459 hits
Polis menahan dua penyeludup warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kejadian berbalas tembak dengan anggota Pasukan Gerakan Am di sempadan Malaysia Thailand dekat sini awal pagi tadi Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata pihaknya...
Mengendap Jiran Mandi Polis Buru Suspek

Mengendap Jiran Mandi Polis Buru Suspek

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 302 hits
Polis sedang berusaha mencari seorang lelaki berusia 24 tahun selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang mengadu dia diintai lelaki berkenaan semasa sedang mandi di sebuah rumah di Taman Setia Indah di sini Selasa lepas Ketua Pol...
Dalang Utama Insiden Tembak Anggota Pga Direman

Dalang Utama Insiden Tembak Anggota Pga Direman

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 269 hits
638 total views 638 views today Suspek utama kes tembakan di antara Pasukan Gerakan Am dan penyeludup di sempadan Malaysia Thailand dua hari lepas adalah antara tiga lelaki tempatan dan seorang warga Thailand yang ditahan reman tujuh hari b...
Polis Kelantan Sedia Tambah Anggota Kawal Sempadan Negara

Polis Kelantan Sedia Tambah Anggota Kawal Sempadan Negara

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 440 hits
Siti Rohana IdrisTumpat Polis bersedia mempertimbangkan permohonan untuk menambah jumlah keanggotaan untuk tugasan mengawal sempadan Malaysia Thailand jika terdapat keperluan Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata kean...
Polis Tahan 29 Ahli Geng Tcb 21 Terlibat Kes Tembak

Polis Tahan 29 Ahli Geng Tcb 21 Terlibat Kes Tembak

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 250 hits
Polis berjaya menahan seramai 29 orang ahli kumpulan jenayah terancang yang dikenali Geng TCB 21 dalam satu operasi baru baru ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata geng berkenaan aktif melakukan pelbag...
Kes Tembak Di Sempadan Segera Bina Tembok Keselamatan

Kes Tembak Di Sempadan Segera Bina Tembok Keselamatan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 263 hits
KANGAR Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia mencadangkan agar kerajaan segera membina tembok keselamatan yang lebih kukuh sebagai jalan penyelesaian kepada isu penyeludupan di sempadan Malaysia Thailand di Perlis dan ...
Polis Perketatkan Kawalan Sempadan Pahang Bagi Mengekang Penularan Pandemik Covid19

Polis Perketatkan Kawalan Sempadan Pahang Bagi Mengekang Penularan Pandemik Covid19

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 221 hits
KUANTAN Polis memperketatkan pengawalan di laluan tikus dan sempadan di negeri ini dengan mengadakan pemantauan secara 24 jam sehari bagi mengekang penularan pandemik koronovirus Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata langka...
Kedah Syor Polis Tentera Lakukan Rondaan Bersama Di Sempadan

Kedah Syor Polis Tentera Lakukan Rondaan Bersama Di Sempadan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 205 hits
Oleh MOHD RAFIE AZIMI MUHAMMAD SANUSI MD NORALOR SETAR Kerajaan negeri mencadangkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia melakukan rondaan secara bersama di sempadan yang tidak berpagar di negeri ini Menteri Besar Muhammad Sa...
Polis Buru Lelaki Disyaki Intai Jiran Mandi

Polis Buru Lelaki Disyaki Intai Jiran Mandi

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 246 hits
Polis sedang berusaha mencari seorang lelaki berusia 24 tahun selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang mengadu dia diintai lelaki berkenaan semasa sedang mandi di sebuah rumah di Taman Setia Indah di Johor Bahru Selasa lepas Ke...
Alamak Kembar Lah

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Syukur Sabah Permohonan Semakan Status Bayaran

Wan Razali Penjenamaan Semula Projek Perumahan Rakyat Termiskin Apa Manfaat Kepada Rakyat

Piala Malaysia Main Sini Stadium Darul Makmur Dicadang Jadi Venue Lepas Ura Ura Tok Gajah Bakal Terkubur

Event Report 5 Customs From The Las Vegas One Motorcycle Show

Makan Nasi Lemak Burung Hantu

Hadiah Top Komentator Dari Kak Mulan