Insafi Peranan Sebagai Ketua Pesan Pemimpin Umno Pada Zahid


Haspaizi Zainmalaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 10:09 am
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi perlu kembali "menginsafi" peranannya sebagai seorang ketua parti, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman

Dia berkata, sebagai presiden Zahid perlu mengawal dan menentukan hala tuju parti agar wakil rakyatnya tidak membuat keputusan mahupun tindakan sesuka hati.

"Presiden perlu ada kawalan ke atas parti dan kepada wakil rakyat mewakili parti dalam kerajaan, jangan buat sesuka hati kerana mereka orang parti.

"Itu perlu ada dalam kepimpinan kita, saya harap presiden akan menginsafi balik peranan dan tanggungjawabnya.

"(Jika) betul kepimpinannya, dia (wakil rakyat) akan ikut. Jika ada yang tak ikut, kena tanya di mana salahnya," katanya kepada Malaysiakini.
TajuddinTajuddin berkata demikian ketika mengulas tanggapan bahawa Zahid gagal mengawal wakil rakyatnya dan dakwaan Umno sudah hilang hala tujunya.

Ia berkaitan kenyataan Zahid sebelum ini yang dia tidak boleh menghalang wakil rakyat Umno jika mereka ingin menyokong Anwar Ibrahim dalam usaha presiden PKR itu mengumpul sokongan di Dewan Rakyat.

Kenyataan Zahid sebagai respon terhadap dakwaan Anwar bahawa dia mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dan mempunyai "dokumen tetap yang tidak boleh diragui" bagi membuktikannya.

Semalam pula, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyifatkan parti itu menjadi "pemain politik terpencil" di Sabah dan menggesa Zahid menetapkan hala tuju yang jelas.

"Apa yang berlaku di Sabah memerlukan Umno memikirkan semula pendekatan politiknya. Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan Umno akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan Umno dalam jangka waktu panjang," katanya.
MohamadSetiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub berpandangan teguran Mohamad terhadap Zahid adalah jelas.

"Tok Mat (Mohamad) mahu Umno tentukan hala tuju dalam PRU ke-15, sama ada kekal perkuat Muafakat Nasional (MN) bersama PAS atau MN yang turut ada Bersatu.

"Kita tengok di Sabah, Umno sudah dibuli Bersatu yang umpama ular lidi telah membuli ular sawa (Umno) yang besar," katanya, merujuk pertembungan antara dua parti itu bagi kedudukan ketua menteri yang akhirnya diberikan kepada Bersatu.

Susulan kenyataan Mohamad itu, Zahid berkata akan membentangkan laporan komprehensif untuk menentukan hala tuju parti, dan ia akan dimulakan dengan perbincangan di peringkat biro politik, sebelum dibawa ke Majlis Tertinggi.

Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi Umno Armand Azha Abu Hanifah berkata parti itu perlu konsisten melawan PH dan DAP.

"Hari ini belum sampai beberapa bulan kita sudah mula lupa siapa musuh nyata, kita sudah lupa permuafakatan kita.

"Hari ini saya lihat kita kembali bermain di galeri dan naratif ciptaan PH seperti mana PRU-14.

"Pada pandangan saya, jika ini berterusan tanpa disedari, yakinlah sekali lagi kita akan dihukum oleh rakyat," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/insafi-peranan-sebagai-ketua-pesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pelantikan Ketua Menteri Zahid Hormati Keputusan Umno Sabah

Isu Pelantikan Ketua Menteri Zahid Hormati Keputusan Umno Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 381 hits
855 total views 855 views today Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata dia menghormati autonomi Umno Sabah untuk sepakat dengan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah lain dalam mencalonkan Hajiji Mohd Noor dicalonkan sebagai ketua menteri b...
122 Ketua Bahagian Umno Want Disciplinary Action Against Zahid

122 Ketua Bahagian Umno Want Disciplinary Action Against Zahid

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 339 hits
122 Ketua Bahagian Umno are unhappy that Lokman and Zahid support the DAP backed Anwar Even though PPBM is playing big brother to Umno that is still not as bad as being under the domination of a DAP PKR Pakatan Harapan THE CORRIDORS OF POWE...
Zahid Hormat Keputusan Umno Sabah Isu Pelantikan Ketua Menteri

Zahid Hormat Keputusan Umno Sabah Isu Pelantikan Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 643 hits
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata dia menghormati autonomi Umno Sabah untuk sepakat dengan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah lain dalam mencalonkan Hajiji Mohd Noor dicalonkan sebagai ketua menteri baru Ini meskipun Zahid yang juga...
Zahid Hamidi Ketua Menteri Sabah Mesti Di Pilih Dari Kalangan Adun Umno

Zahid Hamidi Ketua Menteri Sabah Mesti Di Pilih Dari Kalangan Adun Umno

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 488 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO menjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa amat munasabah jika mana mana parti dalam gabungan yang memperolehi kerusi yang terbanyak diberikan mandat dan peluang untuk mengetuai kerajaan setelah rundingan diadaka...
Tiga Pemimpin Pas Yang Dilebelkan Sebagai Geng Publika Oleh Orang Kanan Najib

Tiga Pemimpin Pas Yang Dilebelkan Sebagai Geng Publika Oleh Orang Kanan Najib

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 1461 hits
Pas kini dikuasai Geng Publika dakwa orang kanan NajibUmno mendakwa Pas kini dikuasai oleh tiga pemimpin parti itu yang dinamakan sebagai Geng Publika yang sentiasa bermesyuarat dengan Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Bersatu...
Zahid Hamidi Umno Tak Dapat Halang Wakil Rakyatnya Sokong Anwar

Zahid Hamidi Umno Tak Dapat Halang Wakil Rakyatnya Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 596 hits
Umno dan BN tidak dapat menghalang mana mana anggota parlimennya yang mengambil keputusan untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru Sebagaimana diketahui umum Umno dan BN bukan merupakan parti komponen Perikat...
Zahid Ahli Parlimen Umno Bebas Menyokong Sesiapa Pun

Zahid Ahli Parlimen Umno Bebas Menyokong Sesiapa Pun

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 378 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti tidak dapat menghalang ahli ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadap Yang di Pertuan Agong bagi m...
Here Are The List Of Zahid Najib 19 Umno Mps Supporting Anwar To Be Pm 9 To Form The Next Federal Government

Here Are The List Of Zahid Najib 19 Umno Mps Supporting Anwar To Be Pm 9 To Form The Next Federal Government

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 547 hits
NEWSByPosted on September 24 2020TwitterFacebook MesseMany Umno BN MPs voice support for Anwar says ZahidUmno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said he has received information that many Umno and Barisan Nasional Members of Parliam...
Umno Bersatu Berebut Mahu Jadi Ketua Menteri Sabah

Umno Bersatu Berebut Mahu Jadi Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 473 hits
FAZLI RADZI Yang di Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin meminta tempoh dalam masa terdekat untuk memutuskan Ketua Menteri baharu Sabah Pelantikan tersebut dilihat menemui jalan buntu walaupun empat pemimpin Gabungan Rakyat Sabah sudah mema...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak