Inisiatif Proaktif Ismail Sabri Bantu Negara Hadapi Pandemik


Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM (Dari kiri) ABDUL RAHMAT OMAR, NASARUDDIN OTHMAN dan SHARUDDIN OMARPUTRAJAYA: Inisiatif Kementerian Pertahanan di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam membantu kerajaan memerangi pandemik Covid-19 merupakan langkah proaktif sebagai tanggungjawab mempertahankan negara dalam apa jua situasi.
Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Datuk Sharuddin Omar berkata, perkara itu boleh dilihat dengan tindakan kementerian bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia membina enam buah lagi hospital medan di samping enam hospital itu yang kini sudah beroperasi di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang; Kapit, Sarawak; Pokok Sena, Kedah; Kepala Batas, Pulau Pinang; Tawau, Sabah dan terbaharu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Menurut beliau, tindakan Ismail Sabri juga amat kreatif dalam menyesuaikan aset dan kepakaran ATM untuk membantu kerajaan dalam usaha mempercepatkan pemulihan rawatan kepada pesakit sekali gus mengurangkan kesesakan di hospital-hospital awam.
“Apa yang dihasrat Ismail Sabri melalui salah satu inisiatif kementerian merupakan tindakan cukup baik bagi membantu kerajaan dan negara secara menyeluruh bagi mempercepat mengatasi masalah pandemik.
“Apa yang mampu dilaksanakan, saya yakin menteri mengambil kira kemampuan ATM atau kementerian secara keseluruhannya untuk mewujudkan hospital medan. Saya yakin tempat-tempat yang dicadangkan itu adalah bersesuaian di kawasan pedalaman yang mempunyai kepadatan penduduk yang sukar untuk mereka bergerak keluar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, penglibatan Kementerian Pertahanan secara menyeluruh telah memberikan satu sumbangan besar dalam menghadapi ancaman negara iaitu tugas pasukan keselamatan bukan sahaja untuk berperang melawan musuh yang nyata tetapi bersedia mempertahankan serangan dalaman.
Menyokong pendapat sama, Presiden Persatuan Veteran Pasukan Khas Laut (Paskal), Laksamana Madya Datuk Nasaruddin Othman berkata, dalam ATM sendiri tersirat doktrin Military Operations Other Than War (MOOTW) iaitu operasi ketenteraan melangkaui peperangan yang bermaksud tugas-tugas sekunder ATM selain berperang.
Dalam memainkan peranan itu, beliau berkata, Ismail Sabri secara optimis menggerakkan kepakaran ketenteraan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
“Ismail Sabri telah melakanakan tugas dan tanggungjawab atas kapasiti jawatannya dalam memastikan kebajikan tentera termasuk bekas tentera seperti dalam program perumahan dan sebagainya sebagai menghargai jasa pasukan itu dalam menjaga keamanan negara.
“Beliau turut memastikan peranan pasukan tentera dalam memberi khidmat kepada masyarakat melangkaui sempadan tugas hakiki contohnya ketika mengadapi bencana alam, bantuan perubatan, menyediakan kemudahan asas seperti jambatan atau jalan raya yang rosak akibat banjir terutama di kawasan pedalaman seperti di Sarawak,” katanya.
Dalam pada itu, bekas Ketua Cawangan Provos Marsyal Tentera Udara Malaysia (TUDM) Kapten (B) Abdul Rahmat Omar berkata, sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 hingga kini, pelbagai bantuan telah disalurkan terutamanya kepada bekas tentera yang terkesan akibat pandemik terutamanya melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
Kata beliau, walaupun Ismail Sabri tidak sempat mengenali ATM secara mendalam semasa mengambil alih tugas kerana terpaksa tumpukan perhatian terhadap pandemik, namun kebajikan bekas tentera tetap terjaga.
Berkenaan cadangan Ismail Sabri untuk penambahan enam buah hospital medan ATM selain enam yang sedia ada, katanya, ia merupakan langkah baik dalam usaha memerangi pandemik memandangkan ATM mempunyai pakar-pakar perubatannya tersendiri dan sudah tentu dapat meringankan beban Kementerian Kesihatan.
“Kalau ada penambahbaikan yang boleh saya cadangkan, elok sekiranya Veteran ATM dibenarkan untuk mendaftar dengan hospital dan rumah sakit ATM di seluruh negara untuk menerima vaksin kerana ramai yang sudah berumur dan mempunyai penyakit komorbiditi. Ini secara langsung dapat mempercepatkan kadar vaksinasi di negara kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/inisiatif-proaktif-ismail-sabri-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Umno Bn Sepakat Sokong Pelan Pemulihan Negara Ismail Sabri

Mp Umno Bn Sepakat Sokong Pelan Pemulihan Negara Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 216 hits
PETALING JAYA Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional sepakat untuk terus mendukung Pelan Pemulihan Negara yang dirancang pentadbiran Muhyiddin Yassin di sebalik kritikan presidennya se...
Sop Violation No One Will Be Spared Not Even My Son Ismail Sabri

Sop Violation No One Will Be Spared Not Even My Son Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 178 hits
Defence Minister Ismail Sabri Yaakob today assures that no one will be spared from action for violating rules under the movement control order Not even his son This comes after a singing reality programme that features numerous celebrity ju...
Several Areas In Five States To Come Under 14 Day Emco From Friday Ismail Sabri

Several Areas In Five States To Come Under 14 Day Emco From Friday Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 187 hits
Several localities in Sabah Sarawak Pahang Johor and Kelantan will come under an enhanced movement control order for 14 days from Friday until June 24 Senior Minister Ismail Sabri Yaakob said the localities in Sabah are Kampung Singgahmata ...
Kami Mahu Bantu Negara Mudahkan Rayu Pemilik Klinik Swasta

Kami Mahu Bantu Negara Mudahkan Rayu Pemilik Klinik Swasta

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 215 hits
JOHOR BAHRU Syarat yang menyusahkan selain terpaksa mengeluarkan kos tinggi antara sebab ramai pemilik klinik swasta di bandaraya ini berat hati untuk turut serta menjayakan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Menurut seorang doktor klini...
Ismail Sabri 59 Factories Ordered To Close During Lockdown

Ismail Sabri 59 Factories Ordered To Close During Lockdown

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 198 hits
PETALING JAYA Fifty nine factories have been ordered closed for flouting standard operating procedures since the lockdown began says Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob From June 1 to 9 the compliance operations task force had conducted checks o...
98 Kd Mahawangsa Crew Test Positive For Covid 19 Ismail Sabri

98 Kd Mahawangsa Crew Test Positive For Covid 19 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 256 hits
The Defence Ministry today confirmed that 98 crew members of the Navy s ship KD Mahawangsa were tested positive for Covid 19 Its minister Ismail Sabri Yaakob said the crew had taken the RTK Antigen test before boarding the ship but were con...
Malaysia Bangun Dua Vaksin Tingkat Keupayaan Hadapi Pandemik

Malaysia Bangun Dua Vaksin Tingkat Keupayaan Hadapi Pandemik

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 214 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM PUTRAJAYA Selepas dipersoalkan mengapa Malaysia tidak membangunkan sendiri vaksin Covid 19 susulan Vietnam dan Thailand berlumba lumba mencipta ubat pandemik itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mendedah...
Polda Sulsel Akan Bantu Densus 88 Hadapi Gugatan Praperadilan Istri Tersangka Teroris

Polda Sulsel Akan Bantu Densus 88 Hadapi Gugatan Praperadilan Istri Tersangka Teroris

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 169 hits
Kepolisian Daerah Sulawesi Selatan memastikan akan menghadapi gugatan praperadilan yang diajukan istri tersangka teroris melalui Lembaga Bantuan Hukum Muslim Makassar di Pengadilan Negeri Makassar Rencananya sidang perdana praperadilan dige...
Covid 19 Australia Antara Negara Paling Berjaya Menangani Pandemik

Covid 19 Australia Antara Negara Paling Berjaya Menangani Pandemik

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 132 hits
ZUBAIDI SUDIN SEJAK AWAL PANDEMIK pd Jan 2020 saya sering mengikuti perkembangan dua negara yg sgt berdisiplin dan Kerajaan mereka allout menangani pandemik COVID 19 Ya Ekonomi rakyat mereka turut terjejas tapi mereka bingkas bangun dan men...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega