Inilah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Terlepas Solat Subuh Sebab Terlajak Tidur


SOALAN:
Ustaz, saya selalu mengerjakan solat subuh di luar waktu yang sepatutnya kerana terlajak tidur. Namun begitu, saya tetap menunaikannya apabila terjaga dari tidur disusuli solat sunat Taubat. Adakah perbuatan ini dibenarkan atau saya berdosa besar?
JAWAPAN:
MEREKA yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan menggantikan solat itu di luar waktunya iaitu sebaik tersedar daripada tidur.Disebutkan dalam riwayat Muslim:
“Barang siapa yang lupa satu solat, maka waktunya ialah apabila dia mengingatinya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara sahaja iaitu terlupa dan tertidur.”
Mereka yang meninggalkannya secara sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak mengulangi kelalaian tersebut pada masa akan datang.
Meninggalkan solat secara sengaja hukumnya adalah berdosa. Ini kerana solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang menunaikannya bererti telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya bererti meruntuhkan agama.
Namun begitu, bagi orang yang tertinggal solat bukan secara sengaja seperti bangun subuh lewat dari waktu- nya dan perkara ini jarang berlaku kepada dirinya, maka yang terlibat tidak berdosa.
Sabda Nabi SAW, daripada Ibnu Abbas r.a:
sulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Taala telah memaafkan untukku daripada umatku akan perkara yang dilakukan kerana tersilap, terlupa dan perkara yang mereka dipaksa melakukannya.”
(Hadis hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Baihaqi dan lainnya).
Segera
Mereka yang tertinggal solat kerana tidak sengaja, wajib untuk mengqada solat itu dengan segera. Melewat-lewatkan untuk menggantinya mengundang dosa. Menurut istilah dalam Usul Fiqh, qada ialah melakukan satu kewajipan di luar waktunya yang ditetapkan oleh syarak.
Berdasarkan istilah ini, apabila seseorang terlepas satu solat kerana lupa atau tertidur hingga habis waktunya, maka solat yang dilakukan di luar waktunya dinamakan qada. Ada juga yang berpendapat, solat yang dilakukan selepas habis waktunya, jika disebabkan uzur seperti tidur atau lupa, ia tetap dinamakan adaan (tunai) bukan qada.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika pulang menunggang unta daripada peperangan Khaibar telah berasa sangat mengantuk sehingga baginda bersabda:
“Wahai Bilal kita telah ditimpa malam.” Maka Bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau manakala Rasulullah SAW dan para sahabat terus tidur.
Apabila hampir tiba waktu subuh, Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dalam kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terjaga kerana terasa kepanasan matahari. Rasulullah SAW adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut.
Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah.” Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah SAW berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat Fajar dengan mengimami para sahabat.
Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat.
Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Surah Tahaa: ayat 14).
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
Solat yang sengaja ditinggalkan tidak boleh selesai dengan taubat sahaja kerana pasti akan mengulanginya lagi di hari esok. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa adalah taubat yang main-main.
Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Saya mengharapkan agar saudara mencari jalan untuk bangkit awal di waktu fajar, iaitu dengan apa cara sekalipun seperti tidur awal, mengunci jam loceng, dan meminta isteri atau kawan untuk mengejutkan kita menunaikan solat subuh.
(Sumber: KOSMO!)
The post Inilah yang Perlu Dilakukan Sekiranya Terlepas Solat Subuh Sebab Terlajak Tidur appeared first on dePalmaSP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/inilah-yang-perlu-dilakukan-sekiranya-terlepas-solat-subuh-sebab-terlajak-tidur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebaikan Mandi Sebelum Menunaikan Solat Subuh Rileks Media

Kebaikan Mandi Sebelum Menunaikan Solat Subuh Rileks Media

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 336 hits
Menurut kajian sains kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain oleh itu gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda jika anda mandi sebelum waktu subuh ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran ...
7 Langkah Khusyuk Di Dalam Solat Subuh Rileks Media

7 Langkah Khusyuk Di Dalam Solat Subuh Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 337 hits
Tanyakan pada diri kita bagaimana fikiran perasaan dan rasa hati semasa mengerjakan solat Adakah fokus kita tertumpu sepenuhnya kepada Allah Atau hati masih liar fikiran masih merawang dan perasaan masih kacau semasa mendirikan solat Bagaim...
Sesiapa Yang Suka Tidur Lepas Subuh Seolah Olah Dia Menolak Pemberian Allah Kenapa Baca Penjelasan Ini

Sesiapa Yang Suka Tidur Lepas Subuh Seolah Olah Dia Menolak Pemberian Allah Kenapa Baca Penjelasan Ini

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 305 hits
Siapa Yang Suka Tidur Lepas Subuh Tolong Baca Ini Jangan Abaikan Mesti Baca Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca dan siapa suka tidur lepas subuh then bangun nak solat dhuha pon tolong baca sentap n muhasabah sesame takde ruginya i...
Tips Untuk Mudah Bangun Solat Subuh Amalkan Tips Ini Jika Tak Mahu Syaitan Selimutkan Anda Dengan Kulit Babi

Tips Untuk Mudah Bangun Solat Subuh Amalkan Tips Ini Jika Tak Mahu Syaitan Selimutkan Anda Dengan Kulit Babi

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1226 hits
Sejurus kita dengar azan Subuh kebiasaan kita pasti sambung tidur balik waktu itulah Syaitan akan selimutkan kita dengan selimut dari kulit babi Memang tak terbangun dah selalunya kalau kena selimut tu Petua Untuk Mudah Bangun Solat Subuh S...
Ibu Menyusu Yang Anak Suka Mengempeng Hingga Waktu Solat Hampir Terlajak Buat Cara Ini

Ibu Menyusu Yang Anak Suka Mengempeng Hingga Waktu Solat Hampir Terlajak Buat Cara Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 781 hits
Bagaimana untuk solat awal waktu bila anak suka mengempeng Ini antara dilema yang ramai ibu menyusu selalu tanya Kadang tu tak khusyuk untuk solat kerana anak merengek di tepi Kaunselor Laktasi ada kongsi tip yang dilakukannya sendiri bila ...
Petua Untuk Mudah Bangun Solat Subuh

Petua Untuk Mudah Bangun Solat Subuh

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 368 hits
Bila kita dengar azan Subuh lepastu kita sambung tidur balik waktu itulah Syaitan akan selimutkan kita dengan selimut dari kulit babi Memang tak bangun dah kalau kena selimut tu Ini adalah Petua Untuk Mudah Bangun Solat Subuh Saya sering di...
Seteruk Macam Mana Sekalipun Bergaduh Suami Isteri Jangan Sesekali Tidur Berasingan Ingat Pesan Ini

Seteruk Macam Mana Sekalipun Bergaduh Suami Isteri Jangan Sesekali Tidur Berasingan Ingat Pesan Ini

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 1055 hits
Alamak merajuk lagi bini aku Tidur luarlah nampaknya aku malam ni Aduhai Senario ini mungkin boleh dikatakan biasa kita tengok dalam drama Melayu Tapi hakikatnya semakin ramai pasangan yang mula tidur berasingan walaupun bukannya sebab berg...
Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam Rileks Media

Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 360 hits
Antara penya kit penya kit yang sering diadukan kepada perawat ialah masalah sukar untuk tidur malam ataupun dikenali imsomnia Sebagaimana yang kita tahu jangka waktu tidur setiap orang adalah berbeza bagaimanapun secara umumnya manusia tid...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord