Inilah Nama Nama Asal Lelaki Yang Telah Bertukar Menjadi Nama Perempuan


Assalamualaikum WBT.. Kali ni admin nak kongsikan suatu hal berkaitan beberapa Nama Islam yang asalnya adalah Nama Lelaki tapi entah macamana dah jadi Nama Perempuan khususnya di negara kita ni.

Idea ni admin dapat dalam sebuah kuliah maghrib beberapa minggu atau bulan lalu, seorang ustaz ada menyebut tentang seorang Sahabat Nabi SAW yang 'bernama perempuan', tapi kata ustaz tersebut, Sahabat ini adalah lelaki, kita yang selama ni sangka beliau adalah perempuan. Siapakah beliau.. teruskan dengan info di bawah..



Pentingnya Tahu & Hafal Kisah / Sirah Nabi SAWUntuk mengetahui dan memahami Nama² Lelaki Sahabat Nabi SAW ini, wajiblah kita ingat semula kisah Sirah Nabi SAW, jangan pula kata tak ingat, malangnya nasib sekiranya kita tak ingat Sirah Nabi SAW, apatah lagi kalau kita tak tahu langsung Sirah Nabi SAW, teramatlah malang, mungkin juga musibah ke atas diri. Kerana seorang Ulama' Islam Andalusia (Sepanyol) di zaman kegemilangan Islam di Eropah, Sepanyol dulu, beliau pernah mengatakan bahawa kejatuhan Empayar Islam di Sepanyol adalah disebabkan 2 perkara:
Umat Islam sudah tidak Menghafal Al Quran, dan..Umat Islam sudah tidak menghafal Sirah Nabi SAW..
Nama Lelaki Yang Telah Bertukar Ke Nama PerempuanAntara beberapa Sahabat Nabi SAW di bawah ini adalah Lelaki, bernama Lelaki. Namun nama² mereka ini telah disangka perempuan dan diberikan Nama² ini kepada anak² masyarakat Melayu kita. Ya nama² ini nama² yang indah bunyi serta lafaznya, mungkin atas kejahilan kita tak tahu Sirah Nabi SAW, maka Nama² ni kita berikan kepada anak² perempuan kita. Apakah salah..? Taklah salah, cuma asalnya itu adalah nama Sahabat Lelaki Nabi SAW.. maka lebih baik kita ikut yang seperti asalnya. Wallahua'lam..

1. Uqashah / Uqasyah / UkasyahUkasyah bin Mihsan r.a. adalah seorang dari Sahabat Lelaki Nabi SAW yang terdapat beberapa hadis tentang beliau. Antaranya yang paling terkenal adalah kisah Ukasyah ingin masuk Syurga tanpa dihisab ini.



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَدْخُلُ مِنْ أُمَّتِي الْجَنَّةَ سَبْعُونَ أَلْفًا بِغَيْرِ حِسَابٍ، فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، ادْعُ اللهِ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ، قَالَ: اللهُمَّ اجْعَلْهُ مِنْهُمْ، ثُمَّ قَامَ آخَرُ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، ادْعُ اللهِ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ قَالَ: سَبَقَكَ بِهَا عُكَّاشَةُ
Maksudnya:
"Akan masuk Syurga daripada kalangan umatku 70 ribu tanpa hisab". Maka berdiri seorang lelaki sambil berkata: "Wahai Rasulullah, doalah kepada Allah agar Allah SWT menjadikan aku sebahagian daripada mereka". Maka Rasulullah SAW berdoa: "Ya Allah jadikanlah dia sebahagian daripada mereka". Kemudian berdiri seorang lagi lelaki yang lain dengan berkata: "Wahai Rasulullah, doalah kepada Allah agar Allah SWT menjadikan aku sebahagian daripada mereka juga". Maka Rasulullah SAW bersabda: "Ukasyah telah mendahului mu dalam perkara ini".
[HR Muslim No. 367]

Semoga Allah SWT memasukkan kita juga ke dalam golongan umat Nabi SAW yang akan masuk Syurga tanpa hisab.. aamiiin..

Ada juga Hadis Palsu yang cukup terkenal dikaitkan dengan beliau, iaitu kisah kononnya Ukasyah ingin memukul / mencambuk / mengqisas (membalas pukulan) Nabi SAW. Ini dikatakan adalah hadis palsu.

Jadi kita biasa dengan nama Uqasyah dalam masyarakat kita ni selalunya sebagai nama perempuan.. kan..? Sebenarnya ramai juga Lelaki bernama Ukasha ni kalau kita Search di internet, terutamanya di Timur Tengah & Afrika.

2. Rabi'ah / RabiahRabi'ah bin Ka'ab adalah salah sorang Sahabat Nabi SAW yang sangat mencintai baginda Nabi SAW. Ya beliau seorang Lelaki. Kisah yang paling mahsyur tentangnya adalah kisah beliau berbakti kepada Rasulullah SAW tanpa disuruh. Hinggakan akhirnya Rasulullah SAW berkata kepadanya, "Wahai Rabi'ah, mintalah apa yang kau hajatkan" Kerana Rabi'ah telah banyak berbakti kepada Rasulullah SAW tanpa disuruh pun. Beliau pun berkata, "Aku tidak terfikir untuk mengharapkan apa² balasan".

Setelah ditawarkan beberapa kali oleh Rasulullah SAW supaya dia minta sesuatu, sedang Rasulullah SAW sedia untuk mendoakannya, akhirnya beliau meminta untuk dapat berdamping dengan Rasulullah SAW di Syurga.. MasyaAllah.. Bacalah kisah Rabi'ah disampaikan oleh Ustaz Hazri Al Bindani. Atau sedikit kisah beliau dalam video di bawah oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani.



Tapi kalau kita bagitau orang, kita ada kawan Nama Rabiah / Rabi'ah, automatik dia akan imagine perempuan kan..?

3. MaisarahNama Maisarah adalah Nama yang paling banyak diberikan kepada anak Perempuan masyarakat kita, kan..?  Admin pernah bagitau kepada seorang kenalan Perempuan admin pasal Namanya Maisarah, admin cakap pada dia..
"Maisarah, tau tak nama awak ni sebenarnya Nama Lelaki..!!" dengan muka selamba :) Maka terkesima kejap beliau.. ahahahaha..Jadi benarkah Maisarah adalah Nama Lelaki..? Kalau benar, apakah kisah Maisarah, Lelaki di zaman Nabi SAW ini sebenarnya..?

Lebih baik kita dengar Kisah Maisarah ni Sahabat Nabi SAW dari video Uztaz Nazmi Karim di bawah.. dengar betul² ek'..



Jadi..
adakah anda kalau perempuan, termasuk dalam senarai nama di atas..?
Tak apa, takde masalah pon :)

Sila share, terima kasih..



Kredit:

http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2721-irsyad-al-hadith-siri-ke-295-kisah-ukasyah-memukul-rasulullah-saw

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mindloading.blogspot.com/2019/04/inilah-nama-nama-asal-lelaki-yang-telah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MindLoading+%28Mind+Loading%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Inspirasi Nama Islami Untuk Bayi Perempuan Yang Cerdas Harapannya Kelak Dapat Jadi Panutan

12 Inspirasi Nama Islami Untuk Bayi Perempuan Yang Cerdas Harapannya Kelak Dapat Jadi Panutan

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 308 hits
Cantik dan nggak pasaran nama nama bermakna cerdas ini bisa banget jadi bahan sontekan Cus cek nama anak masa depanmu sekarang
Nama Nama Bayi Perempuan Dalam Islam Beserta Maksud Makna

Nama Nama Bayi Perempuan Dalam Islam Beserta Maksud Makna

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 775 hits
NAMA NAMA BAYI PEREMPUAN DALAM ISLAMAnak merupakan anugerah terindah yang diberikan Tuhan kepada pasangan yang berumahtangga Sudah semestinya setiap pasangan di muka bumi ini akan bersa bersyukur dan gembira dengan pemberian yang tidak tern...
Umno Atau Pas Yang Harus Belajar Untuk Menjadi Khadam Yang Hebat

Umno Atau Pas Yang Harus Belajar Untuk Menjadi Khadam Yang Hebat

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 518 hits
BERGURU UMNO harus banyak belajar dari PAS kalau mahu menjadi pembangkang yg hebat PAS telah 6 dekad menjadi pembangkang di negara ini Mereka banyak menyumbang idea dan kritikan dan berjaya mengimbangi kuasa kerajaan sejak sekian lama Itu p...
Orang Buta Menjadi Imam Solat

Orang Buta Menjadi Imam Solat

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 303 hits
Soalan Apakah hukumnya seorang yang buta menjadi imam solat dan bagaimana pula dengan kebersihan pakaian mereka dari najis Jawapan Dalam isu menjadi imam terdapat beberapa petunjuk dari Nabi S A W dalam menjelaskan kriteria atau ciri ciri y...
Pln Saran Banten Tetap Menjadi Kawasan Industri Dibanding Perumahan

Pln Saran Banten Tetap Menjadi Kawasan Industri Dibanding Perumahan

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 271 hits
PLN khawatir bila Banten malah digunakan untuk kebutuhan perumahan Hal itu dianggap bisa mengurangi potensi Banten sebagai kawasan industri yang menjanjikan Menjadikan Banten sebagai kawasan industri bisa membantu ekonomi nasional dengan ca...
Paksa Anak Untuk Belajar Justru Bisa Buat Otak Menjadi Tegang

Paksa Anak Untuk Belajar Justru Bisa Buat Otak Menjadi Tegang

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 218 hits
Begitu anak dipaksa otaknya tegang dan pelajarannya tidak akan terserap oleh otak kata psikolog anak Vera Itabiliana beberapa waktu lalu di Jakarta
Adalah Sukar Untuk Menjadi Penurunan Harga Dolar As Sekiranya Mata Wang Itu Tidak Bergegas Untuk Merosot

Adalah Sukar Untuk Menjadi Penurunan Harga Dolar As Sekiranya Mata Wang Itu Tidak Bergegas Untuk Merosot

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 343 hits
Walaupun walaupun retorik Rizab Persekitaran melembut sejak dua bulan lalu dolar telah mengukuh lebih daripada 1 9 yang memberi tekanan yang serius terhadap mata wang G10 termasuk euro Menurut pakar Bank of America faktor faktor seperti kea...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Iftar Satu Ramadhan

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas