Inilah Laporan Polis Yang Telah Tersebar Yang Disebut Oleh Yb Rafizi Ramli Pada Sidang Media Pagi Tadi











Laporan ini telah dibuat sendiri oleh pegawai penyelidik kepada seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.


Kisahnya, seorang wartawan dari Malaysiakini whatsapp hakim terbabit untuk meminta komen beliau terhadap beberapa maklumat dalaman yang mereka terima.


Maklumat itu menyebut, semasa mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) hakim terbabit dipanggil untuk menjawab beberapa tuduhan.


*Nota: Suruhanjaya ni yang akan bagi cadangan nama berhubung pelantikan dan kenaikan pangkat hakim yang kemudian diangkat kepada YDPA.


Tuduhan-tuduhan yang perlu dijawab oleh hakim terbabit di dalam mesyuarat JAC adalah:


1. Bahawa beliau tidak hormat terhadap integriti institusi kehakiman.


2. Bahawa beliau telah meminta Ketua Hakim Negara membuat keputusan kes untuk memihak kepada pihak tertentu.


3. Bahawa beliau telah meminta Ketua Hakim Negara  menukar dan memindahkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang telah membuat keputusan tidak sama dengan pandangannya.


4. Bahawa beliau tidak mengeluarkan penghakiman bertulis (written judgement) sebanyak hakim-hakim lain di Mahkamah Persekutuan.


Apa yang menarik di hujung laporan polis tersebut, (dalam kotak merah), pegawai penyelidik itu mengakui, menerusi maklumat bosnya, tuduhan-tuduhan itu memang betul ada dibincangkan pada mesyuarat JAC bertarikh 16 Mei 2025.


Jika benar ia dibincangkan, bermakna JAC ada asas kukuh, mungkin dengan bukti-bukti tertentu untuk memanggil hakim tersebut menjawab di hadapan mereka.


Membawa kepada persoalan penting. Adakah ada pihak yang sedang mencatur untuk menentukan perjalanan sesuatu kes?


Ingat video VK Lingam 'correct correct correct' sekitar 2007? 


Selalu kita sebut tentang pemisahan kuasa,  kebebasan institusi kehakiman, yang merupakan salah satu tiang dalam amalan negara demokrasi.


Perjuangan PKR selama puluhan tahun selalu menyebut tentang perkara ini. PKR-lah yang dari dulu akan ke depan dan lantang bercakap soal kebebasan institusi kehakiman selepas apa yang telah terjadi dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim sekitar 1998.


Tanpa laporan polis ini, barangkali tidak ramai pun yang sedar isu yang sedang berbangkit.


Ia harus terus menjadi wacana awam, dan peluang untuk mendidik rakyat tentang prinsip kenegaraan dan kepentingan mengekalkan kebebasan institusi kehakiman.


Najib Bakar 
7 Julai 2025






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/inilah-laporan-polis-yang-telah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Media Khas Rafizi Ramli Dan Ahli Parlimen Pkr

Sidang Media Khas Rafizi Ramli Dan Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 197 hits
Satu sidang media bersama beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat akan diadakan seperti berikut Tarikh Isnin 7 Julai 2025Masa 9 00 pagiLokasi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang Tingkat 2 No 12 Jalan Cenuk 1 Bandar Puchong Jaya 47100 ...
Kenyataan Media Rafizi Ramli

Kenyataan Media Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 119 hits
Saya terus dihujani dengan pelbagai soalan mengenai penglibatan saya dalam politik selepas ini Lain orang lain niat dan matlamatnya apabila memilih menjadi seorang ahli politik Saya tidak bermula sebagai seorang politik Saya bermula sebagai...
Sidang Media Rafizi Esok Bukan Untuk Tarik Balik Sokongan Terhadap Pm

Sidang Media Rafizi Esok Bukan Untuk Tarik Balik Sokongan Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 129 hits
Malaysiakini nbsp Pengumuman bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli untuk mengadakan sidang media esok bersama beberapa ahli parlimen daripada parti itu mencetuskan spekulasi panas Susulan pengumuman itu satu mesej tular mendakwa Rafizi y...
Time For Malaysians To Get Used To Gov T Loans Come Down Can Also Mean National Debt Goes Up

Kotak Packaging Mesra Alam Pilihan Bisnes Bertanggungjawab

No Plans For Sez Along M Sia Thai Border Says Ministry

Double Meaning Names Work

Kfc Malaysia Perkenal Hidangan Perkongsian Terhebat Bucket Berbaloi Koleksi Kepcibara Blind Box

Drone Swarm Rescue The New Frontier In Wilderness Survival Support

Apa Itu Tsunami Fakta Bagaimana Gempa Bumi Boleh Hasilkan Bencana Ini

The Benefits Of Consuming Garlic Regularly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Canterbury River Punting

Ruu Kawal Salah Guna Agama Dalam Politik Perlu Digubal

Monolog Jiwa 4 Aku Belajar Melepaskan

Resepi Burger Malaysia

Nieyl Kena Menari

Orang Yang Beramal Soleh Tidak Akan Bersedih