Inilah Contoh Produk Sjkc Yang Dibangga Banggakan Sindir Ridhuan Tee
Siti Hafidah
Pengundi digesa tolak calon MCA hingga hilang wang deposit
BANGI – Tidak mustahil Barisan Nasional (BN) akan kehilangan wang deposit selepas meletak calon tidak fasih berbahasa Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ini susulan tular video berdurasi 58 saat memaparkan calon BN pada PRN Melaka, Leong Hui Ying yang tidak dapat menjawab soalan wartawan yang menemuinya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara pada Sabtu lalu.
Hui Ying dilihat tergagap untuk menjawab soalan yang diajukan oleh para wartawan berkenaan tema BN pada PRN kali ini iaitu ‘Kestabilan Demi Kesejahteraan’.
Dia turut disoal mengenai pandangannya sebagai calon muda untuk bersaing dengan senior politik, malah kedengaran Hui Ying melontarkan ayat berbahasa Cina yang bermaksud ‘saya tidak tahu’ bagi menjawab soalan wartawan tersebut.
Berikutan itu, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah hairan bagaimana Hui Ying boleh diletakkan sebagai calon PRN Melaka oleh MCA.
“Daripada temubual tersebut, saya dapat simpulkan bahawa, wanita muda MCA ini lebih fasih berbahasa Cina, diikuti Bahasa Inggeris dan akhir sekali Bahasa Melayu.
“Bahasa negara berada di tempat ketiga. Jika ada bahasa lain, yang dikuasainya, mungkin kedudukan BM berada di tempat tercorot. Agenda negara langsung tidak berada di hatinya.
“Saya berani mengatakan, inilah rata-ratanya jenis bangsa saya yang ada di negara kita ini. Mereka lebih menguasai agenda bangsa berbanding agenda negara. Inilah realiti ultra kiasu yang sering saya perkatakan. Malangnya, tidak pernah diambil kisah,” katanya dalam kenyataan.
Pada masa sama, beliau mengingatkan pemimpin BN bahawa menyimpan MCA seperti menyimpan biawak hidup bahkan yakin calon itu tidak akan menang jika bertembung dengan lawan ultra kiasunya.
Ridhuan Tee turut meminta rakyat menolak calon ini sehingga hilang wang depositnya.
“Apakah yang kita oleh harapkan dengan calon sebegini untuk memimpin negara? Bahaya! Inilah musuh negara yang diketengahkan untuk memimpin.
“Kalau sekadar meletakkan calon ultra kiasu hanya kerana nak berlawan dengan ultra kiasu yang satu lagi. Hentikanlah amalan ini. Pasti kalah.
“Lebih baik gunakan wang tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan daripada menyimpan biawak hidup,” katanya.
Membidas lagi, Ridhuan Tee secara sinis meminta Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyelidik sijil kelahiran dan kad pengenalan Hui Ying, bimbang berasal daripada Vietnam atau China yang mendapat dokumen ini secara salah.
“Jika benar pun dia warganegara Malaysia, lahir dan bersekolah di bumi bertuah ini, maka inilah contoh produk SJKC yang dibangga-banggakan oleh Persatuan Cina, seperti Hua Zong, Dong Zong, Jiao Zong.
“Kenapa persatuan ultra kiasu ini tidak pernah ambil kisah soal keupayaan bangsa mereka sendiri dalam menguasai agenda negara? Tetapi, bila dalam soal menuntut hak, bukan main lagi agresif,” soalnya.
Berdasarkan maklumat diperoleh Ismaweb.net, Hui Ying merupakan lulusan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – Pay Fong High School – yang mengambil Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) tidak diiktiraf di Malaysia, sebelum melanjutkan pelajaran di Taiwan.
Namun dalam video balas terbaharu, Hui Ying menafikan dakwaan dia tidak pandai berbahasa Melayu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/inilah-contoh-produk-sjkc-yang-dibangga.html