Inilah 7 Tip Kemas Rumah Dengan Cepat Dan Menjimatkan Masa



Jika dilihat pada pengertian rumah, sangat luas. Tempat tinggal, tempat berteduh, tempat berkumpul, dan juga tempat beristirehat kepada penghuninya.
Rumah menjadi tempat utama melepaskan lelah setelah seharian berada di pejabat. Namun begitu, apa rasa jika kita balik kerja penat-penat rumah pula berselerak? Lagi-lagi kepada mereka yang dah berumahtangga dan ditambah lagi dengan kehadiran anak-anak kecil. Rumah jarang sangat berkemas, kan?
Rumah yang ada orang gaji lain lah kan. Bagi yang tiada? Kadang-kadang mata sakit betul tengok rumah tidak berkemas tapi kalau dah kedua-dua suami isteri bekerja, balik lewat petang, mana lah nak ada mood nak mengemas rumah. Jawapannya tunggu hujung minggu lah kan.
Tapi, siapa sanggup nak menghabiskan masa satu hari mengemas rumah sedangkan masa begitu boleh digunakan berekreasi bersama keluarga?
Nak mengemas rumah kena tahu cara. Jika tidak, rumah tak sekemas mana, masa dibazirkan, badan kita juga yang penat. Jadi, macam mana nak elakkan tiga-tiga perkara tu berlaku?
7 Tips Kemas Rumah Dengan Cepat Dan Menjimatkan Masa1. Fokus pada Ruang Paling ‘Dibenci’Jika kita perlu nak bersihkan seluruh rumah, pastikan kita fokus pada tempat yang ‘high-trafficked’. Haa, bukan entri blog saja yang ada ‘high-trafficked’, rumah pun ada tau.
Maksudnya ialah tempat yang paling berselerak, atau tempat yang paling kita benci nak kemas. Caranya, pastikan kita buat kerja yang besar, yang jelas dengan mata kasar dahulu dan benda-benda kecil dan teliti, kemudian.
Contoh, bilik mainan anak-anak. Saya percaya bilik ini di kebanyakan rumah, ibu-ibu memang malas nak ambil pusing dah. Tapi sesekali nak juga bilik ini kemas walau sehari, kan. hehe.
Kemas dulu bantal, buku, kerusi, mainan ke tempat asal. Susunan lego, rattle atau mainan-mainan kecil, boleh dikemudiankan. Percayalah, jika benda yang besar ni dah buat, nak kemas benda-benda kecil ibarat ‘petik jari’ saja.
2. Basuh Baju Setiap Hari (mesti)Jangan simpan baju hingga hujung minggu sebab kita sendiri tahu akibatnya kan? Syue tahu ibu-ibu yang bekerja kebiasaanya mesti tunggu hujung minggu nak buat semua.
Bosan kot kan, asal Sabtu ja mesti membasuh, menyidai dan melipat. Apa kata selepas ini cuba jadikan amalan; setiap petang atau malam, basuh baju. Kalau ahli keluarga ramai, banyak lah kan walaupun hanya sehari.
Jika baju terpakai tak banyak, buat 2 hari sekali. Kita sendiri akan nampak, rumah kita bersih & kemas dari timbunan baju terpakai dalam baldi atau belum dilipat. Cuba libatkan suami dan anak-anak. seronok buat ramai-ramai. Minta mereka lipat baju masing-masing dan simpan di tempat sendiri. Mudah kan?
3. Buka TingkapJika cuaca mengizinkan, buka tingkap dan biar udara dah cahaya matahari keluar masuk. Kadang-kadang udara yang tak segar ni boleh buat rumah kita nampak kotor. Jika ada tetamu nak datang dalam masa terdekat, boleh gunakan penyegar udara atau nyalakan lilin wangi di seluruh rumah kita.
4. Biar ‘Pencuci’ Mainkan PeranannyaGuna kelebihan produk pencuci yang ada dalam pasaran. Spray shower mandi, permukaan sinki, lantai, dinding dan biar dulu beberapa minit untuk bahan pencuci itu bertindak balas dengan kesan kotoran.
Buat kerja lain dulu. Kemudian datang semula. Hasil tindak balas tersebut mungkin kita hanya perlu mengelap atau menyiramnya sahaja. Tak perlu susah payah menyental atau memberus.
Produk itu sendiri dah memainkan peranan memudahkan kerja dan menjimatkan masa kita. Selamat pada tangan, sangat berkesan pada kotoran dan semulajadi.
5. Cuci Kotoran dengan SegeraJika ada kesan tumpah, cuci dengan segera. Kita hanya akan melibatkan sedikit masa menyental kotoran tersebut dibandingkan dengan kesan tumpah yang dah dibiarkan lama.
Begitu juga dengan kotoran pada pinggan mangkuk. Jangan biar ‘bermalam’ dalam sinki dapur. Selepas makan, buang sisa makanan dan basuh terus. Bayangkan jika kita biar tidak berbasuh semalaman.
Esok paginya, jadi kerja pulak nak rendam dulu supaya senang cuci. Bau busuk pun dah merebak ke seluruh dapur. Bertambah pula kerja lain kan.
Dalam Islam pun ada menegaskan, jangan biarkan pinggan mangkuk yang dah digunakan tidak berbasuh. Sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas tidak berbasuh menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka makanan kotor dan busuk. Islam amat menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan penyakit.
6. Libatkan Anak-anakAnak-anak dalam semua peringkat umur boleh terlibat dalam urusan mengemas rumah. Buat carta, agihkan tugas masing-masing bermula dari mengemas katil sendiri sehinggalah kepada buang sampah.
Setelah selesai kerja rumah bersama-sama, bagi ganjaran pada diri sendiri dan anak-anak dengan membawa mereka berjalan-jalan atau hidangkan makan malam kegemaran mereka.
7. Sedut Habuk (Vacum) sebagai Tugas Paling AkhirDaripada kita kemas satu-satu bilik tu, kemudian terus vacum, apa kata kita vacum akhir sekali, setelah semua ruang bilik berkemas. Jadi, kita tak payah nak ulang bawa keluar masuk vacum tu berulang kali pun kan dan tak perlu juga risaukan ada sampah yang tercicir.
Jadi, dah tengok tips ini, semangat berkobar-kobar kan nak kemas rumah. haha. Yang penting, masa kita dijimatkan dan rumah pun sentiasa bersih dan kemas.
Selamat mencuba!
Sumber – Syue Salim

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Jualan Baju Raya Dah Bermula!!!

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/02/inilah-7-tip-kemas-rumah-dengan-cepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Tanda Masa Persalinan Sudah Dekat Mulai Sering Kontraksi Palsu Hingga Insting Menata Rumah Alias Nesting

9 Tanda Masa Persalinan Sudah Dekat Mulai Sering Kontraksi Palsu Hingga Insting Menata Rumah Alias Nesting

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 267 hits
Selain mulai sering kram muncul insting bersih bersih rumah yang besar juga kerap jadi tanda momen lahiran sudah dekat Siap siap
Doktor Pesan Ibu Hamil Plasenta Praevia Buat 7 Tip Ini Pendarahan Boleh Berlaku Bila Bila Masa

Doktor Pesan Ibu Hamil Plasenta Praevia Buat 7 Tip Ini Pendarahan Boleh Berlaku Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 340 hits
Plasenta praevia adalah satu keadaan dimana uri berada dalam kedudukkan yang rendah didalam rahim Ia terdiri daripada beberapa tahap tahap tertentu Dr Siti Esah Bahari Pakar Obstetrik Ginekologi menjelaskan lebih lanjut mengenai komplikasi ...
Rumah Mampu Milik Dan Murah 1 Juta Unit Pasti Akan Dibina Dalam Masa 10 Tahun Kata Pm Ke 7

Rumah Mampu Milik Dan Murah 1 Juta Unit Pasti Akan Dibina Dalam Masa 10 Tahun Kata Pm Ke 7

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 341 hits
PUCHONG Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan membina sejuta unit rumah mampu milik dan rumah murah dalam masa 10 tahun Menurut beliau walaupun kerajaan menghadapi pelbagai kekangan dal...
Walaupun Ramai Anak Hero Rumah Tetap Kemas Dan Teratur Ini Tips Dari Seorang Ibu Bagaimana Beliau Didik Anaknya

Walaupun Ramai Anak Hero Rumah Tetap Kemas Dan Teratur Ini Tips Dari Seorang Ibu Bagaimana Beliau Didik Anaknya

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 784 hits
Anak dua orang pun rumah boleh jadi huru hara ini kan pula ada tujuh enam orang pulak tu lelaki Memang hebatlah kalau ada mak yang dapat pastikan rumah kemas dengan anak anak yang ramai macam ni Tapi semua ini tak mustahil ada saja kaum ibu...
Ha Ha Ha Nabi Tak Simpan Duit Dan Barang Kemas Berbillion Ringgit Kat Rumah Kak Oii

Ha Ha Ha Nabi Tak Simpan Duit Dan Barang Kemas Berbillion Ringgit Kat Rumah Kak Oii

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 403 hits
Perjuangan Nabi mulanya tak ramai pengikut pesan Najib pada anak Nooryana anak perempuan pasangan bekas perdana menteri Najib Razak dan Rosmah Mansor merayu sokongan orang ramai menjelang perbicaraan bapanya dalam kes membabitkan pertuduhan...
Jangan Cepat Melatah Beri Sathia Masa

Jangan Cepat Melatah Beri Sathia Masa

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 244 hits
BEKAS Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Selangor Datuk Ariffin Abd Hamid berharap penyokong Gergasi Merah tidak cepat melatah dan menjatuhkan hukuman kepada pengendali The Red Giants B Sathianathan Ariffin berkata beliau mema...
Sardin Adalah Penawar Paling Cepat Mujarab Sekiranya Terkena Keracunan Makanan Apabila Klinik Jauh Dari Tempat Tinggal

Sardin Adalah Penawar Paling Cepat Mujarab Sekiranya Terkena Keracunan Makanan Apabila Klinik Jauh Dari Tempat Tinggal

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 578 hits
Sardin Adalah Penawar Paling Cepat Mujarab Sekiranya Terkena Keracunan Makanan Apabila Klinik Jauh Dari Tempat Tinggal Apabila sesiapa sahaja yang terkena keracunan makanan akibat termakan makanan yang kotor atau telah dicemari pasti akan m...
Makeup Simple Dan Cepat Menggunakan Althea Makeup

Makeup Simple Dan Cepat Menggunakan Althea Makeup

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 430 hits
Makeup Simple Dan Cepat Menggunakan AltheaMakeup Hello guysss Semoga ceria ceria semuanya dah lama tak update blog al maklumlah dah bercuti panjang haritu semua kerja pending haha malasnya nak mulakan balik kerja kerja yaang tertangguh hari...
Cara Jimat Cepat Belajar Cara Buat Google Ads

Cara Jimat Cepat Belajar Cara Buat Google Ads

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 350 hits
Usahawan online tumbuh bagai cendawan dari hari ke hari Ada yang menjadi usahawan dan menjual produk di Facebook serta Instagram Ada pula yang menggunakan platform seperti Easystore dan Shopify untuk bina kedai online sendiri secara percuma...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque