Ini Top 10 Lelaki Paling Kacak Wanita Paling Cantik 2025
Ini “Top 10” Lelaki Paling Kacak & Wanita Paling Cantik 2025
Setiap tahun, pelbagai senarai diterbitkan bagi meraikan individu yang bukan sahaja memiliki ketampanan dari segi fizikal, malah menonjol melalui pengaruh, karisma dan personaliti tersendiri.
Baru-baru ini, TC Candler sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila memaparkan 100 nama individu terlibat dalam dunia seni di serata negara yang mempunyai kecantikan dan kekacakan luar biasa.
Jadi, SK kali ini tampil berkongsi senarai ‘Top 10’ lelaki paling kacak dan wanita paling cantik bagi edisi 2025.
“Top 10” Lelaki Paling Kacak
Dari tempat ke-10, kedudukan disandang oleh Ni-ki (Nishimura Riki), idol K-pop Jepun dan ahli termuda kumpulan popular ENHYPEN. Manakala pelakon British, Lucien Laviscount, berada di tempat ke-9.
Chris Hemsworth, terkenal dengan wataknya sebagai Thor dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) menduduki tempat ke-8. Seterusnya, Kim Tae-hyung atau V daripada BTS berada di tempat ke-7.
Halil İbrahim Ceyhan, pelakon dan pemuzik terkenal dari Turki menduduki tempat ke-6, manakala Yu Menglong, yang juga seorang pelakon, penyanyi dan model berada di tempat ke-5.
Di tempat ke-4, pelakon British, Henry Cavill dinobatkan sebagai salah seorang lelaki paling kacak tahun ini, manakala pelakon Singapura, Ayden SNG berada di tempat ke-3.
Manakala pelakon Australia yang tinggi lampai, Jacob Elordi berjaya menduduki tempat ke-2.
Menerusi perkongsian di laman rasmi YouTube TC Candler, menjulang nama sebagai lelaki paling kacak tahun ini, tempat pertama dalam senarai tersebut adalah pelakon dan penyanyi Cina terkenal yang popular iaitu Zhang Zhehan.
“Top 10” Wanita Paling Cantik
Pempengaruh dari Rusia, Dasha Taran merangkul kedudukan ke-10 dalam senarai ini. Selain itu, penyanyi dari Thailand iaitu Sitala menduduki tempat ke-9.
Di tempat ke-8, ahli kumpulan Aespa, Karina telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik tahun ini, manakala seorang pelakon, penyanyi dan model Thai-British yang sedang meningkat naik iaitu Becky menyandang kedudukan ke-7.
Kedudukan ke-6 disandang oleh Deva Cassel yang merupakan model dan pelakon berdarah Itali-Perancis. Dalam pada itu, pelakon Uganda dan Kanada iaitu Whitney Peak berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-5.
Pelakon dan personaliti terkenal dari Filipina, Andrea Brillantes menduduki tempat ke-4 sebagai wanita paling cantik di dunia.
Pharita, salah seorang ahli kumpulan K-Pop popular, BABYMONSTER berjaya merangkul kedudukan ke-3.
Manakala Sydney Sweeney yang merupakan pelakon Amerika Syarikat yang terkenal dengan watak dalam siri Euphoria, muncul di kedudukan ke-2 dalam senarai itu.
Menjulang gelaran wanita paling cantik tahun ini, tempat pertama dalam senarai jatuh kepada Rosé, ahli kumpulan K-Pop popular BLACKPINK.
BACA: Selepas 12 Tahun Menyewa, Khairul Aming Akhirnya Beli Rumah Pertama
Sumber: TC Candler (1), (2)
The post Ini “Top 10” Lelaki Paling Kacak & Wanita Paling Cantik 2025 appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/29/ini-top-10-lelaki-paling-kacak-wanita-paling-cantik-2025/