Ini Sebenarnya Kos Membesarkan Seorang Anak Di Malaysia Terutama Di Ibu Kota


Berdasarkan data dari Numbeo.com, Malaysia masih lagi dikategorikan sebagai antara negara yang memiliki kos sara hidup terendah di dunia. Jika anda tinggal di ibu negara Kuala Lumpur, kos sara hidup di sini berada pada ranking ke-222 daripada keseluruhan 354 buah bandar dalam indeks Numbeo.com.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berkeluarga ramai, semestinya kos yang diperlukan akan menjadi lebih besar. Tambahan lagi, jika seseorang individu tersebut memiliki pendapatan yang tidak seberapa setiap bulan. Secara realitinya, kos bagi membesarkan seorang anak di Malaysia bukanlah satu kos yang kecil.
Kami kongsikan di bawah ini berkenaan dapatan kajian anggaran kos membesarkan seorang anak di Malaysia daripada bermulanya fasa kehamilan sehinggalah anak tersebut mencapai umur sekurang-kurangnya 23 tahun.

Jika anda melihat kepada infografik di atas, kami telah memberikan anggaran jumlah terendah keseluruhan kos yang diperlukan untuk anda membesarkan seorang anak. Kami memberikan dua pilihan anggaran kos, sama ada anda memilih untuk menggunakan kemudahan kerajaan yang bersubsidi atau memilih menggunakan perkhidmatan swasta.
Kehamilan dan keperluan bayi
Kos kehamilan yang diperlukan antara kedua-dua fasiliti kerajaan dan swasta sememangnya mempunyai perbezaan yang agak besar. Jika anda mendaftarkan diri di klinik atau hospital kerajaan, anda hanya memerlukan kos sekitar RM200 hingga RM300 sahaja termasuklah caj wad harian. Manakala bagi hospital atau pusat perubatan swasta, anda boleh mendapatkan perkhidmatan serendah RM4,000 sehingga RM20,000 bergantung kepada jenis hospital dan pilihan pakej anda.
Umum mengetahui, bermula 1 Januari 2020, kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi bayi dalam kereta bagi meminimumkan kadar kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak akibat impak kemalangan. Oleh itu, kami telah memasukkan harga kerusi bayi ini sebagai antara kos wajib yang perlu dibelanjakan oleh golongan ibu bapa atau penjaga untuk anak-anak mereka. RM150 adalah anggaran terendah yang kami berikan kerana kami tidak mahu mencadangkan kerusi bayi yang lebih murah daripada harga tersebut. Soal keselamatan kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi! Kerusi bayi yang terlalu murah belum tentu selamat digunakan.
Kos persekolahan kanak-kanak
Bagi ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah milik kerajaan, yuran yang dikenakan untuk tempoh setahun pembelajaran boleh dikatakan agak rendah. Walau bagaimanapun, kos bagi mempersiapkan anak ke sekolah seperti alat tulis, buku-buku, uniform sekolah, dan belanja harian, perlu diambil kira. Manakala bagi sekolah-sekolah milikan swasta sama ada sekolah rendah atau menengah, kos tahunan akan meningkat sekali ganda daripada kos keseluruhan tahunan sekolah kerajaan. Ini kerana, anda perlu membuat pembayaran kos operasi sekolah tersebut dan pelbagai jenis yuran-yuran lain yang tidak terdapat di sekolah kerajaan.
Pembiayaan ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi
Bagi anak-anak yang memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat asasi Universiti Awam atau matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kos tahunan juga boleh dikatakan agak rendah kecuali kos pendaftaran pengajian. Ini kerana yuran pengajian telah diberikan subsidi dan ibu bapa hanya perlu membayar sekitar RM350 bagi yuran pengajian dan RM360 bagi yuran penginapan setiap semester. Pelajar yang mendaftar di asasi
Universiti Awam juga akan diberikan elaun sebanyak RM1,250 setiap semester bagi mereka yang layak. Antara Universiti Awam yang menawarkan program asasi ini ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Jika anda memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta atau IPTS sebagai destinasi pengajian tinggi pertama untuk anak anda, kos tahunan yang diperlukan adalah sebanyak tiga kali ganda daripada kos pengajian di Pusat Asasi Universiti Awam atau Kolej Matrikulasi KPM.
Bagi pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, kos yang diperlukan bagi pengajian di Universiti Awam adalah sekitar RM20,400 bagi tempoh setahun. Ini bergantung kepada yuran pengajian setiap semester sama ada kurang atau lebih daripada jumlah RM1,000 bagi setiap semester. Manakala bagi IPTS, ia bergantung kepada jenis IPTS itu sendiri. Bagi IPTS yang berstatus tinggi dan lebih berprestij seperti Taylor’s University atau INTI University, kosnya adalah lebih tinggi berbanding universiti atau kolej universiti swasta biasa. Jika anak anda mendaftarkan diri ke universiti-universiti luar negara yang mempunyai kampus cawangan di Malaysia, kosnya akan menjadi lebih tinggi. Bagi mereka yang mungkin masih tidak tahu, Malaysia merupakan rumah kepada beberapa kampus cawangan universiti luar negara yang ternama. Antaranya termasuklah University of Reading dan Newcastle University (UK) di Johor Bahru, Heriot Watt University (UK) di Putrajaya, Monash University (Australia) di Subang, University of Nottingham (UK) di Semenyih dan Xiamen University (China) di Sepang.
Cadangan bagi mereka yang ingin mengurangkan kos
Terdapat beberapa perkara yang mungkin anda boleh ikuti bagi mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung dalam membesarkan anak anda. Antaranya adalah:
Bagi kelengkapan bayi seperti baby walker dan buaian, anda mungkin boleh mendapatkannya melalui pembelian secara second-hand atau meminjamnya daripada saudara mara anda sendiri
Bagi mereka yang tinggal di kawasan Perumahan Awam (PA) atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), anda boleh menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma yang disediakan oleh DBKL
Selain itu, bagi anak-anak yang kerap menggunakan perkhidmatan LRT, MRT atau mana-mana kemudahan pengangkutan awam yang diselia oleh RapidKL, anda boleh memohon Pas Pelajar untuk kegunaan anak anda
Bagi anak anda yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, pilihlah pusat pengajian yang menyediakan kemudahan biasiswa dan pinjaman pelajaran seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)
Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar, kos yang diperlukan sememangnya lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar. Namun, kerajaan juga menyediakan beberapa inisiatif tertentu terutamanya kepada golongan bersasar seperti B40 dan M40 bagi mengurangkan beban tanggungan menyara keluarga. Gunakan kesempatan ini secara maksimum kerana kemudahan dan inisiatif yang diberikan ini sememangnya untuk kesejahteraan rakyat.
Sumber: Hello Health
The post Ini Sebenarnya Kos Membesarkan Seorang Anak Di Malaysia Terutama Di Ibu Kota appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ini-sebenarnya-kos-membesarkan-seorang-anak-di-malaysia-terutama-di-ibu-kota/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aplikasi Theasianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak Yang Riang Sihat Dan Berkeyakinan

Aplikasi Theasianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak Yang Riang Sihat Dan Berkeyakinan

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 383 hits
Aplikasi theAsianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak yang Riang Sihat dan Berkeyakinan Seiring dengan peredaran masa pada masa kini semua maklumat kini semuanya dihujung jari saja Apa maklumat yang kita nak cuma taip je kemudian searc...
Susukan Anak Waktu Rehat Separuh Masa Pemain Bola Tampar Wanita Buktikan Tugas Tak Halang Tanggungjawab Seorang Ibu

Susukan Anak Waktu Rehat Separuh Masa Pemain Bola Tampar Wanita Buktikan Tugas Tak Halang Tanggungjawab Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 394 hits
Peranan seorang ibu dan juga tugas sebagai seorang atlet ternyata bukan satu perkara yang mudah Meskipun sedang bertarung dalam sebuah perlawanan bola tampar untuk pasukan seorang ibu tetap menjalankan tanggungjawab terhadap anak yang masih...
Seorang Ibu Tergamak Berikan Makanan Sebulan Sekali Kepada Anak Biarkan Mereka Makan Kertas Dinding

Seorang Ibu Tergamak Berikan Makanan Sebulan Sekali Kepada Anak Biarkan Mereka Makan Kertas Dinding

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 333 hits
Hari ini apa kata Ohmedia kongsi sedikit kisah yang berlaku di dunia luar negara Ini berkaitan dengan dua orang adik beradik dari Ukraine berumur 5 dan 1 tahun yang akhirnya berjaya diselamatkan polis selepas dipercayai ditinggalkan kebulur...
Kos Besarkan Anak Hingga Dewasa Di Malaysia Cecah Rm300 Ribu

Kos Besarkan Anak Hingga Dewasa Di Malaysia Cecah Rm300 Ribu

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 486 hits
Dizaman kos sara hidup semakin meningkat bukan mudah untuk membesarkan anak anak terutama buat mereka yang mempunyai keluarga yang besar Jika tinggal di bandar sudah tentu ianya cabaran besar dan tekanan kepada ibu bapa Diakui kos untuk mem...
Anak Hidap Kanser Buah Pinggang Ibu Rayu Bantuan Kewangan Tampung Kos Rawatan

Anak Hidap Kanser Buah Pinggang Ibu Rayu Bantuan Kewangan Tampung Kos Rawatan

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 577 hits
Tidak dapat dibayangkan perasaan seorang ibu apabila anak yang dikandung selama 9 bulan menghidapi sakit kronik dan keadaan kesihatan anak ini dilihat semakin serius Tambah perit lagi apabila keadaan kewangan keluarga tidak mencukupi untuk ...
Beda Dengan Betrand Yang Manja Pada Sarwendah Anak Angkat Dewi Perssik Justru Malu Dicium Sang Ibu

Beda Dengan Betrand Yang Manja Pada Sarwendah Anak Angkat Dewi Perssik Justru Malu Dicium Sang Ibu

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 863 hits
Sama sama beranjak remaja Gabriel dan Betrand punya cara sendiri menyikapi kedekatan mereka dengan sang ibu
Tak Sempat Nak Siapkan Sarapan Anak Variasi Oat Ibu Ni Memang Mantap Anak Kenyang

Tak Sempat Nak Siapkan Sarapan Anak Variasi Oat Ibu Ni Memang Mantap Anak Kenyang

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 450 hits
Kekangan masa ketika pagi hari adalah penyebab ibu bekerjaya gagal mempersiapkan sarapan pagi buat anak anak Sebenarnya bagi menyediakan sarapan tidak perlulah sarat dengan menu seperti nasi dan sebagainya Cukup hanya lengkap nutrisi dan se...
Ibu Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium Sentuh Supaya Berkesan Di Hati Anak

Ibu Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium Sentuh Supaya Berkesan Di Hati Anak

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 678 hits
Tahukah anda ciuman itu penting buat seorang anak namun wajib mak ayah tahu dimana cara yang betul nak cium dan sentuhan kepada anak anak Apa yang jelas setiap sentuhan itu akan menimbulkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak Jika diperha...
Sayu Ibu Kucing Belek Tiga Ekor Anak Dipercayai Dilempar Dari Tingkat 9

Sayu Ibu Kucing Belek Tiga Ekor Anak Dipercayai Dilempar Dari Tingkat 9

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 324 hits
Haiwan peliharaan seperti kucing seringkali menjadi peneman kesayangan bagi kebanyakan orang Ditambah pula jika ia dijaga sejak lahir perasaan kasih sayang terhadap kucing umpama seperti keluarga sendiri Jadi apabila melihat haiwan tersebut...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey