Ini Sebab Lebuh Raya Malaysia Boleh Bertahan Dalam Keadaan Cuaca Ekstrem


Ini Sebab Lebuh Raya Malaysia Boleh Bertahan Dalam Keadaan Cuaca Ekstrem
Negara kita mendapat curahan hujan yang banyak setiap tahun terutama apabila tibanya musim monsun. Impaknya, ada sesetengah negeri yang dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan.
Namun, pernah atau tidak anda terfikir impaknya kepada infrastruktur di Malaysia khususnya lebuh raya?
Jika dikira hujan lebat yang turun setiap tahun, ia juga sebenarnya boleh merosakkan struktur jalan raya. Malah, hujan merosakkan jalan raya lebih cepat daripada kenderaan.
Pengasas Colony Coworking Space, Timothy Tiah berkongsi mengenai perkara tersebut di akaun TikTok miliknya baru-baru ini.
Sebab lebuh raya Malaysia boleh bertahan Menurutnya, apabila air meresap masuk ke dalam jalan, walaupun melalui rekahan kecil, ia akan melembutkan dan melemahkan lapisan di bawahnya. Keseluruhan struktur jalan akan mula rosak dari dalam.
“Malaysia menerima hujan yang sangat banyak iaitu kira-kira 2,500 milimeter setahun. Jumlah itu adalah dua kali ganda Jepun, tiga kali ganda United Kingdom dan lima kali ganda California. Cuaca seperti ini sebenarnya boleh  meranapkan jalan raya,” katanya.
Disebabkan itu, lebuh raya Malaysia dibina jauh lebih tebal berbanding banyak jalan di negara barat.
Kebanyakan negara menggunakan lapisan turapan sekitar 10 hingga 15 cm. Lebuh raya Malaysia pula antara 20 hingga 28 cm.
Ia direka untuk bertahan menghadapi ribut berterusan, haba, kelembapan dan tanah yang sentiasa tepu air.
Namun, ketebalan sahaja tidak mencukupi. Rahsia sebenar terletak pada sistem saliran yang tersembunyi di dalam jalan.
Terdapat paip saliran bawah tanah, lapisan batu kerikil untuk saliran, asfalt berliang, cerun jalan yang curam untuk menyalirkan air dengan segera, serta lapisan asas tebal bagi menghadapi rendaman air monsun.
“Tayar kenderaan kita kekal di atas permukaan yang rata kerana air sentiasa dialirkan keluar dari bawah jalan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Malaysia antara negara yang paling kerap disambar kilat di dunia.
BACA JUGA: Pensyarah Indonesia Dedah Sebab Pelabur Lebih Pilih Malaysia Berbanding Negaranya Jika lebuh raya negara tidak direka untuk keadaan ini, satu sambaran kilat sahaja boleh memadamkan lampu, papan tanda digital, kamera dan sistem kecemasan.
“Sebab itu setiap tiang dibumikan, setiap litar dilindungi daripada lonjakan arus dan tenaga kilat disalurkan dengan selamat ke dalam bumi. Kilat menyambar lebuh raya sepanjang masa dan selalunya kita langsung tidak menyedarinya.
“Bagaimanapun, semua ini tidak akan berfungsi tanpa penyelenggaraan berterusan. Rekahan ditutup awal, saliran dibersihkan, cerun dipantau, penurapan semula dibuat mengikut jadual dan ada pasukan khas yang bekerja di sebalik tabir, lama sebelum kita memandu di atasnya.
“Jadi, apabila anda memandu di Lebuhraya PLUS atau LDP ketika hujan lebat dan jalan masih lancar, ingatlah lebuh raya kita sebenarnya boleh terjejas kerana cuaca ekstrem.
“Tetapi ia tidak berlaku kerana kejuruteraan tropika bertaraf dunia dan ribuan wira tidak didendang yang memastikan jalan raya ini terus ‘hidup’,” kata Timothy lagi.
@timtiah Malaysian highways should collapse under our weather. They don’t, here’s why.
♬ original sound – timtiah – timtiah

Perkongsiannya itu telah membuka mata ramai dan membuatkan mereka lebih menghargai infrastruktur di Malaysia.
“Orang seperti awak inilah yang mengubah cara kita melihat negara kita. Kita semua patut bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Ia bukan negara yang mudah untuk diurus, tetapi kita berjaya melakukannya! Kita boleh! Teruskan usaha yang baik,” kata seorang netizen.
Sumber: Timothy Tiah
The post Ini Sebab Lebuh Raya Malaysia Boleh Bertahan Dalam Keadaan Cuaca Ekstrem appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/27/ini-sebab-lebuh-raya-malaysia-boleh-bertahan-dalam-keadaan-cuaca-ekstrem/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Cryptocurrency Panduan Mudah Untuk Orang Malaysia

Apa Itu Cryptocurrency Panduan Mudah Untuk Orang Malaysia

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 145 hits
Apa Itu Cryptocurrency Panduan Mudah Untuk Orang Malaysia Sejak beberapa tahun kebelakangan ini perkataan cryptocurrency atau kripto makin kerap kita The post appeared first on
Jabatan Meteorologi Malaysia Maklumkan Hujan Lebat Dijangka Berlaku Berterusan Di Pahang Sehingga Hari Jumaat

Jabatan Meteorologi Malaysia Maklumkan Hujan Lebat Dijangka Berlaku Berterusan Di Pahang Sehingga Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 134 hits
PETALING JAYA Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 19 Disember ini MetMalaysia dalam satu hantaran berkata keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Semenanj
Adakah Pelaburan Kripto Selamat Di Malaysia Ini Penjelasannya

Adakah Pelaburan Kripto Selamat Di Malaysia Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 202 hits
Adakah Pelaburan Kripto Selamat Di Malaysia Ini Penjelasannya Soalan yang Paksu paling kerap dengar bila bercakap tentang kripto ialah Selamat The post appeared first on
Rising Data Centre Load Drives Structural Step Up In Malaysia S Electricity Demand

Rising Data Centre Load Drives Structural Step Up In Malaysia S Electricity Demand

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 99 hits
MALAYSIA s power sector is set to sustain a broad based upcycle into the first half of 2026 underpinned by accelerating renewable deployment rising baseload capacity requirements and a structural step up in electricity demand led primarily ...
Hasrat Thailand Raih 100 Emas Tercalar Malaysia Tamatkan Dominasi 34 Tahun Sepak Takraw

Hasrat Thailand Raih 100 Emas Tercalar Malaysia Tamatkan Dominasi 34 Tahun Sepak Takraw

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 160 hits
BANGKOK Hasrat Thailand untuk meraikan pencapaian melepasi 100 pingat emas di Sukan SEA sedikit tercalar apabila seteru tradisi mereka Malaysia mencipta kejutan dengan menewaskan tuan rumah dalam final acara berpasukan lelaki sepak takraw p...
Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 194 hits
TERKINI Malaysia akhirnya menamatkan penantian selama 34 tahun apabila berjaya merangkul pingat emas acara regu berpasukan sepak takraw selepas menewaskan musuh tradisi Thailand dengan keputusan 2 1 Kali terakhir emas acara ini menjadi mili...
Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 217 hits
Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama PUTRAJAYA 18 DISEMBER 2025 Sebanyak 198 992 kematian direkodkan pada 2024 yang mana 133 844 adalah sebab kematian yang disahkan secara perubatan dan 65 148 adala...
Reformasi Madani Pacu Keyakinan Pelabur Malaysia Catat Pelaburan Tertinggi Rm384 4 Bilion Sepanjang 2025

Reformasi Madani Pacu Keyakinan Pelabur Malaysia Catat Pelaburan Tertinggi Rm384 4 Bilion Sepanjang 2025

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 137 hits
Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda reformasi nasional apabila Malaysia mencatatkan nilai pelaburan tertinggi sebanyak RM384 4 bilion sepanjang tahun 2025 Pencapaian ini secara jelas mencerminkan tahap keyakinan yang semakin kukuh dala...
6 Tempat Cantik Malaysia Wajib Pergi Tahun 2026 Serta 60 Diskaun Untuk Dinikmati

6 Tempat Cantik Malaysia Wajib Pergi Tahun 2026 Serta 60 Diskaun Untuk Dinikmati

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 146 hits
Dari bandar kecil hingga pulau tersembunyi ada banyak tempat yang tenang cantik dan penuh pengalaman unik cukup untuk membuatkan anda terfikir Kenapa baru sekarang aku sampai sini 1 Perlis Wang Kelian Berkabus Terminal Bas Terdekat Padang B...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Jalan Jalan Cari Makan

Hari Skiing Di Cairngorms Day 3


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Follow Up Mama Day

Kuala Lumpur Dan Masjid

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025