Ini Punca Makanan Basi Dengan Lebih Cepat No 3 Itu Selalu Orang Kita Buat


Bayangkan jika anda sudah menyimpan makanan dan bercadang untuk makan kelak namun apa yang berlaku adalah makanan basi. Ini sudah pasti akan mengecewakan.
Kemudian, perkara ini mungkin akan membawa kepada soalan seperti “adakah cara menyimpan itu ternyata salah?” atau “adakah tempoh menyimpan itu terlalu lama?”.

Justeru itu, kita semua perlu tahu cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul!
Kenapa makanan atau minuman boleh basi?
Hakikatnya, tidak semua orang berpeluang untuk makan dan minum tepat pada waktunya angkara faktor bekerja, belajar dan sebagainya. Jadi, ia mungkin perlu untuk disimpan.
Apa yang menjadi kebimbangan adalah cara dan tempoh menyimpan yang kurang tepat akan jadi punca makanan basi. Kesannya, anda tidak boleh lagi untuk mengambilnya.
Punca makanan basi adalah akibat pertumbuhan mikroorganisme seperti ragi, kulat dan bakteria yang akan membiak dan mengubah warna, tesktur, bau serta rasa sajian.
Setiap jenis makanan dan minuman mempunyai daya tahan yang berbeza bergantung kepada jenisnya juga. Ada yang boleh tahan lama atau cepat basi dan perlu dimakan dengan segera.
Dalam kes yang tertentu, wujud antara lain faktor yang akan jadi punca makanan basi lebih cepat!

Apa faktor sajian basi dengan lebih cepat?
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas, ada faktor makanan basi dengan lebih cepat yang lain:
#1. Cara menyimpan yang ternyata salah
Punca utama makanan basi dengan lebih cepat adalah individu yang tidak tahu cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul. Ia adalah perkara yang paling penting.
Anda perlu kenal makanan mana yang perlu disimpan pada suhu sejuk atau sederhana. Dalam pada itu juga, jangan sesekali simpan makanan di tempat yang terlalu panas.
Antara tip penting lain dalam cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul adalah anda perlu mengasingkan makanan mengikut jenis seperti daging, buah atau sayur.
#2. Tempoh menyimpan yang terlalu lama
Selain daripada cara, tempoh menyimpan juga adalah sangat penting. Anda mungkin perlu untuk mengehadkan berapa lama ia boleh disimpan untuk dimakan sebelum ia menjadi basi.
Contohnya, anda mungkin boleh simpan sajian nasi dengan lauk dan ulam di dalam peti ais selama beberapa jam sahaja. Sila peka dengan waktu ia disimpan dan diambil.
Jika makanan itu telah basi, maka segera buang daripada simpanan anda agar ia tidak pula akan menjejaskan makanan-makanan lain yang disimpan di tempat sama dengannya.
#3. Menyimpan makanan yang panas dan bertutup
Satu kesilapan yang orang kita selalu buat adalah menyimpan makanan ketika ia masih panas dan bertutup. Sebenarnya, ia hanya akan buat wap air terperangkap.
Akibatnya, ragi, kulat atau bakteria akan dapat habitat yang sangat sesuai untuk tinggal yakni lembap dan hangat. Jadi, sila hindari daripada melakukan kesilapan ini untuk elak makanan menjadi basi.

#4. Paparan cahaya yang berlebihan
Siapa yang sangka bahawa paparan cahaya berlebihan daripada matahari atau lampu juga boleh jadi punca sajian basi dengan lebih cepat angkara proses photodegradation.
Meskipun lebih biasa berlaku pada bahan bukan makanan seperti hiasan atau lukisan, makanan juga ada risiko untuk mengalaminya lantas merosakkan ia dengan lebih cepat.
Disebabkan itu juga, logik peti ais adalah ia akan gelap apabila ditutup dan hanya terang apabila dibuka. Jadi, sila elak makanan anda daripada terkena paparan daripada cahaya.
#5. Suhu peti ais yang kurang sejuk
Tempat paling popular untuk menyimpan makanan adalah di dalam peti ais dengan alasan ia akan memperlahankan pertumbuhan mikroorganisme dan buat ia lambat basi.
Ya, ia mungkin benar jika suhunya berada pada kadar 4 darjah selsius ke bawah. Namun, jika ia lebih tinggi daripada itu, maka mikrorganisme masih mampu untuk membiak.
Pun begitu, suhu ini mungkin berbeza bergantung jenis makanan. Contohnya, hanya sumber daging yang perlu untuk disejukbekukan dan bukannya sayur serta buah segar.
Cara menyimpan makanan agar ia tidak basi?
Sebenarnya, ia tidak begitu sukar dan anda hanya perlu elak daripada melakukan 5 perkara penting di atas ini. Apa yang paling utama, semak label pada makanan untuk tahu cara tepat penyimpanannya.
Konklusinya, anda masih boleh menyimpan makanan dan minuman untuk diambil pada waktu akan datang. Cuma, anda kena tahu cara, tempoh, tempat dan suhu yang tepat.

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Ini Punca Makanan Basi Dengan Lebih Cepat, No. 3 Itu Selalu Orang Kita Buat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ini-punca-makanan-basi-dengan-lebih-cepat-no-3-itu-selalu-orang-kita-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa

Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 172 hits
Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa JUADAH berbuka puasa masyarakat Malaysia pastinya tidak akan lengkap tanpa makanan berminyak seperti ayam goreng popia goreng karipap dan sebagainya Hakikatnya p...
Cara Untuk Packing Makanan Supaya Tidak Basi Untuk Mangsa Banjir

Cara Untuk Packing Makanan Supaya Tidak Basi Untuk Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 341 hits
Sejak empat hari lalu banjir teruk melanda beberapa kawasan di selangor dan kuala lumpur terutama di shah alam dan klang Dan sekarang beberapa tempat di negeri pahang pula di landa banjir besar Banjir untuk kali ni banyak mengorbankan nyawa...
Inflasi Melanda Uk Lebih Teruk Daripada Eu

Inflasi Melanda Uk Lebih Teruk Daripada Eu

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 140 hits
Kenaikan harga di UK berkemungkinan besar akan memberi kesan yang besar ke atas pendapatan sebenar rakyat Britain Selain itu tekanan ini akan menjadi lebih kuat daripada di EU Ia dilaporkan oleh ketua ekonomi UK di Goldman Sachs Steffan Bal...
Emas Menarik Lebih Ramai Pembeli Di Atas Tahap Utama 1 966

Emas Menarik Lebih Ramai Pembeli Di Atas Tahap Utama 1 966

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 190 hits
Harga Emas telah ditarik semula dalam dagangan jangka pendek namun kecenderungan pasaran XAU USD kekal menaik Logam kuning ini berpotensi untuk kembali diniagakan lebih tinggi pada bila bila masa Ia hanya boleh menguji dan menguji semula ta...
Prestasi Amanah Lebih Baik Dari Pkr Guan Eng Kata

Prestasi Amanah Lebih Baik Dari Pkr Guan Eng Kata

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 207 hits
PETALING JAYA DAP menyifatkan prestasi Parti Amanah Negara lebih baik berban ding PKR berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Johor sebelum ini Bercakap Kepada Utusan Malaysia Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata dalam PRN itu Amanah hanya ...
Resipi Sahur Ibu Menyusu Lebih Kenyang Bertenaga Sepanjang Hari

Resipi Sahur Ibu Menyusu Lebih Kenyang Bertenaga Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 184 hits
Sepanjang bulan Ramadan ibu menyusu memerlukan tenaga yang lebih Jadi pemakanan seimbang penting untuk memastikan ibu lebih bertenaga dan pengeluaran susu lancar Bagi ibu menyusu yang mahu terus bertenaga sepanjang hari resipi berasaskan oa...
Bagi Pengguna Laptop Komputer Perlu Tahu Mengapa Ssd Lebih Baik Dari Hdd

Bagi Pengguna Laptop Komputer Perlu Tahu Mengapa Ssd Lebih Baik Dari Hdd

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 240 hits
Sebagai pengenalan HDD adalah singkatan daripada Hard Disk Drive dan SSD adalah singkatan Solid State Drive Kedua dua drive ini mempunyai fungsi yang sama iaitu sebagai media penyimpanan data untuk peranti elektronik seperti komputer dan la...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025