Ini Perkara Biasa Dalam Dunia Korporat La Kadir Jasin Gunalah Kuasa Untuk Sekat


Buat beberapa waktu, saya menahan diri daripada menulis menganai watak Umno ini dan tindak-tanduknya walaupun kami telah bertukar-tukar mesej melalui WhatsApp.

Daripada bahas kecil WhatsApp itu, saya sudah memperoleh cukup bahan dan butir untuk melakarkan sesuatu tetapi tidak melakukannya.

Saya mahu memberi ruang kepadanya untuk mengotakan apa yang dia kata walaupun saya sedar bahawa dari awal lagi dia cuba menggula-gulakan saya dengan merendahkan diri, bercakap tentang pengorbanan dan altruisme.

Tetapi apabila dia dilaporkan mengkritik dan menyalahkan kerajaan secara terbuka di media massa, saya terpaksa bertindak.

Watak yang saya maksudkan itu ialah Datuk Seri Johari Abdul Ghani, bekas Menteri Kewangan II zaman pemerintahan kleptokrasi Mohd Najib Abdul Razak.

Dia kalah pilihan raya umum 2018 kepada Pakatan Harapan tetapi masih menjadi ahli Majlis Tinggi Umno dan Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan.

Dalam laporan portal berita bebas Free Malaysia Today (FMT) bertarikh 21 Disember yang memetik akhbar ekonomi The Edge Weekly, Johari, antara lain, menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di atas tiga perkara yang kononnya menyebabkan ekonomi negara tertekan. (Baca lanjut DI SINI).

Pertama, peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang katanya menyebabkan ketidakpastian dalam pasaran modal.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berumur 94 tahun, dan orang ramai tidak tahu siapa ketua seterusnya. Orang yang dikatakan perdana menteri menanti, Anwar Ibrahim pun tak pasti.
Johari berselindung di sebalik alasan pasaran modal untuk memburukkan kerajaan PH supaya dia boleh menangguk di air keruh.

Kita pun tahu banyak pemimpin Umno berangan-angan kembali berkuasa melalui pintu belakang dengan memecahbelahkan PH.

Kedua, Johari mendakwa wujud ketidaktentuan dasar, misalnya mengenai konsesi lebuhraya yang mungkin menyebabkan hutang kerajaan meningkat. Ini, katanya, tidak selari dengan agenda kerajaan mengurangkan hutang.

Soalnya siapakah yang menyebabkan kerajaan berhutang dengan begitu banyak kalau bukan bosnya Najib dan dia sendiri?
Ketiga, proses membuat keputusan yang tidak jelas. Dia dipetik sebagai berkata bahawa maklum balas yang diterimanya daripada masyarakat perniagaan menunjukkan mereka keliru mengenai siapa yang membuat keputusan di peringkat tertinggi kerajaan.

Adakah menteri hal ehwal ekonomi, menteri kewangan, Pejabat Perdana Menteri atau Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)? tanya Johari.

Johari Vs CEP

Isu ketiga ini mendedahkan tujuan sebenar Johari iaitu ketidakpuasan hatinya dengan cara kerajaan PH membuat keputusan melalui konsensus.

Boleh jadi Johari tidak selesa dengan proses konsensus kerana di bawah Barisan Nasional (BN) semua kuasa di tangan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Atau (saya ulang, atau) kerana Johari kini dipercayai terlibat dengan beberapa urusan dan percubaan pengambilanalih korporat yang melibatkan syarikat dan agensi berkaikan kerajaan?

Maklumat yang saya peroleh menjurus ke arah meletakkan Johari sebagai pemain belakang tabir yang penting dalam beberapa urusan besar korporat. Antaranya :

Penjualan saham Umno dalam Media Prima BerhadRombakan aset melibatkan Felda dan FGVTawaran “membeli” UEM Sunrise Berhad dan Penyusuan semula pemilikan sebuah hotel mewah di Langkawi.

Dia dikatakan mempunyai peranan besar dalam penyusunan semula perniagaan Media Prima di mana dia bertindak sebagai pakar pemulihan (turnaround expert).

Beberapa orang wartawan Media Prima mengesahkan bahawa ada di kalangan mereka telah dipanggil berbincang dengan Johari mengenai masa depan dan halatuju kumpulan itu termasuklah pengecilan bilangan kakitangan.

Semua hal yang saya sebut ini sudah pun dibincangkan dengan meluas oleh media ekonomi dan portat-portal berita bebas tetapi kurang dalam media arus perdana, khususnya media bahasa Melayu.


Siapa Johari?

Sepanjang mengenai Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang dipengerusikan oleh Tun Daim Zainuddin, tempoh tugasnya hanya 100 hari dan dibubarkan sebaik saja laporan penyiasatannya diserahkan kepada kerajaan tahun lalu.

Tetapi adakah satu kesalahan kalau Perdana Menteri atau kerajaan terus mendapatkan nasihat daripada bekas anggota CEP?

Saya hendak tanya, siapakah Johari berbanding Daim, Robert Kuok Hock Nien, Tan Sri Hassan Merican, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Profesor Jomo Kwame Sundaram?

Saya tidak ada masalah dengan mana-mana pakar dan pengurus “turnaround” (atau yang mengaku pakar) mempamerkan kehebatan mereka tetapi janganlah perkecilkan kepakaran dan sumbangan orang lain, terutamanya yang berkhidmat secara sukarela.

Saya tidak sekat sesiapa pun mencari nama dan komisen. Cuma tolong beringat-ingat bahawa kerana tamak haloba “commission agents” inilah maka hari ini negara dan rakyat jelata terbeban dengan skandal 1MDB, SRC International, Felda/FGV, Tabung Haji dan banyak lagi.

Maaflah kalau saya kata, saya terbaca nama Johari yang disebut senada dengan Najib dalam laporan audit mengenai paksaan ke atas Felda supaya membeli saham Eagle High Plantations milik Peter Sondakh dengan harga berganda lebih tinggi daripada harga pasaran.

Saya tidak gembira menulis tentang Johari kerana saya mengenalinya lama dalam kapasitinya sebagai “backroom boy” kepada beberapa orang kenalanan dunia korporat, sama ada masih hidup atau telah mati, khususnya dari kumpulan KFC.

Tetapi apabila beliau mengkritik kerajaan secara terbuka saya terpaksa membalasnya.

Wallahuaklam.  - Kadir Jasin




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/12/ini-perkara-biasa-dalam-dunia-korporat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Perkara Mengecewakan Dunia Teknologi 2019

10 Perkara Mengecewakan Dunia Teknologi 2019

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 537 hits
https ift tt 37nRSBb Tinggal beberapa minggu sahaja sebelum tahun 2019 melabuhkan tirai dengan peranti mercu dari pengeluar pengeluar utama pula akan dilancarkan pada awal Februari 2020 Tahun demi tahun peranti mercu akan dilengkapi fungsi ...
Mood Isteri Ke Laut Waktu Haid Perkara Biasa Suami Kena Faham

Mood Isteri Ke Laut Waktu Haid Perkara Biasa Suami Kena Faham

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 481 hits
Menjadi seorang wanita sebulan sekali pasti kedatangan haid Bertuahlah jika anda tidak mengalami senggugut teruk Senggugut yang sederhana biasanya dapat dikurangkan dengan tuaman air panas atau dibiarkan begitu sahaja Namun ada yang mengala...
Kadir Jasin Semakin Low Standard

Kadir Jasin Semakin Low Standard

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 213 hits
oleh Syahir Cerita asalnya akhbar The Edge Markets tanya apa masalahnya dengan negara kita Malaysia ni Cover Story dia What Ails Malaysia Latar belakangnya adalah berkisar tentang keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu daripada ribuan ...
Uyghur Ummah Yang Berdarah Ozil Kritik Dunia Islam Abai Penindasan Etnik Uyghur

Uyghur Ummah Yang Berdarah Ozil Kritik Dunia Islam Abai Penindasan Etnik Uyghur

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 1162 hits
Pemain sensasi Arsenal yang juga bintang Liga Perdana Inggeris Mesut Ozil baru baru ini meluahkan kekecewaannya terhadap dunia Islam yang didakwa berdiam diri dengan penindasan yang ditanggung oleh etnik Uyghur di China Kenyataan dalam baha...
Mirip Kisah Azura Luna Orang Orang Ini Dikenal Sebagai Penipu Ulung Di Dunia

Mirip Kisah Azura Luna Orang Orang Ini Dikenal Sebagai Penipu Ulung Di Dunia

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 277 hits
Para penipu memang bisa berada di mana saja dengan modus apa saja dan beraksi kapan saja
Kisah Pilu Ganindra Bimo Kenang Buah Hatinya Yang Meninggal Dunia

Kisah Pilu Ganindra Bimo Kenang Buah Hatinya Yang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 410 hits
Ganindra Bimo mengenang momen pilu dalam hidupnya Ia harus kehilangan sang buah hati bersama sang istri Andrea Dian pada lima tahun lalu
Tetuang Alat Komunikasi Makin Hilang Dek Lapuk Dunia

Tetuang Alat Komunikasi Makin Hilang Dek Lapuk Dunia

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 547 hits
TETUANG Sejenis alat komunikasi yang diperbuat daripada tanduk dan digunakan untuk memanggil awak awak untuk turun ke laut Mengeluarkan bunyi dan gema melalui getaran udara yang dihasilkan dengan teknik tiupan yang betul Frekuensi yang diha...
Amalkan Doa Ini Untuk Orang Tua Yang Sudah Meninggal Dunia Sebagai Bekalan Pahala Mereka Di Alam Barzakh

Amalkan Doa Ini Untuk Orang Tua Yang Sudah Meninggal Dunia Sebagai Bekalan Pahala Mereka Di Alam Barzakh

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 3028 hits
Sahabat yang dirahmati Allah SWT Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak anaknya Bermula daripada kesusahan ibunya mengandung selama sekitar 9 bulan diikuti dengan kesusahan melahirkan anak anak dan menyusukan dan seterusnya m...
Air Terjun Victoria Terkenal Di Dunia Kini Mengering

Air Terjun Victoria Terkenal Di Dunia Kini Mengering

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 800 hits
Selama beberapa dekad Victoria Falls di Sungai Zambezi Selatan Afrika yang mengalir terjun 100 meter ke bumi sentiasa menarik berjuta juta pelancong ke Zimbabwe dan Zambia untuk menikmati pemandangan air terjun yang amat menakjubkan di duni...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint