10 Perkara Mengecewakan Dunia Teknologi 2019


https://ift.tt/37nRSBb Tinggal beberapa minggu sahaja sebelum tahun 2019 melabuhkan tirai dengan peranti mercu dari pengeluar-pengeluar utama pula akan dilancarkan pada awal Februari 2020. Tahun demi tahun peranti mercu akan dilengkapi fungsi baharu yang tidak ditemui pada peranti mercu tahun sebelumnya. Dengan Snapdragon 865 telah diumumkan secara rasmi, beberapa ramalan kini boleh dilakukan mengenai peranti mercu 2020.
1. Kereta Terbang MalaysiaKita mulakan dengan perkara paling mengecewakan dunia teknologi tempatan terlebih dahulu. Tahun ini kita dijanjikan dengan kereta terbang pertama buatan tempatan. Ia bermula dengan model Vector yang diperlihatkan Aerodyne di acara LIMA 2019. Pelbagai jenaka dan meme dihasilkan kerana model konsep yang diperlihatkan kelihatan seperti permainan. Namun begitu kekecewaan sebenar memuncak pada bulan November apabila penerbangan pertama kereta terbang Malaysia telah dibatalkan kerana gagal mendapat permit.
Kekecewaan kemudian berganda apabila ia sebenarnya hanya sebuah dron membawa penumpang Ehang dari China yang dijenamakan semula oleh EastCap Berhad. Penggunaan nama “kereta terbang buatan Malaysia” di sini tidak bermakna kerana ia sama sahaja seperti Proton dan Perodua yang memulakan langkah dengan menjenamakan semula kenderaan Mitsubishi dan Daihatsu. Berita baik ialah kenderaan terbang peribadi buatan Malaysia sebenar masih sedang dibangunkan oleh Aerodyne namun tarikh pelancaran masih lagi misteri.
2. Perkhidmatan Seru Pandu Di MalaysiaPada 12 Julai 2019, pemandu perkhidmatan seru pandu kereta perlu mempunyai lesen untuk beroperasi. Namun begitu kerana masalah untuk mendapatkan lesen seru pandu, melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dan rekaan pelekat seru pandu yang masih belum dimuktamadkan, undang-undang hanya berkuatkuasa bermula 12 Oktober. Sejak tarikh tersebut mencari kenderaan untuk dinaiki menjadi semakin sukar dengan waktu menanti yang lebih lama.
Tambah tragis sekiranya anda berjaya menyeru kenderaan, harga tambang juga melonjak naik. Ramai pengguna merungut harga tambang kini hampir setiap masa dikategorikan sebagai “masa puncak” sedangkan sebelum ini tidak berlaku.
Penguatkuasaan seru pandu adalah baik untuk memastikan keselamatan penumpang dan memastikan pemandu yang layak sahaja beroperasi. Tetapi kerana pelbagai kos tambahan yang dikenakan untuk beroperasi, perkhidmatan seru pandu kini sudah menjadi Teksi 2.0. Malahan dalam situasi tertentu menaiki teksi biasa adalah lebih murah. Pada tahun 2019 kiamat seru pandu berlaku yang menyebabkan pengangkutan awam pilihan di banda-bandar utama kini tidak menjadi pilihan terbaik ataupun kompetitif.
3. Situasi Huawei
Kami mengatakan apa yang berlaku kepada Huawei mengecewakan kerana ia mengakibatkan jutaan pengguna seakan hidup tidak bertali. Peranti keluaran Huawei mendapat sambutan ramai kerana dijual pada harga yang berpatutan dengan kemampuannya. Malahan tanpa Huawei mungkin kemampuan kamera pada telefon pintar mungkin akan masih di takuk lama. Mereka juga berani memperkenalkan inovasi seperti kemampuan mengecas peranti lain secara nirwayar yang kemudian turut menjadi ikutan.
Sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ini membuatkan peranti baharu seperti Mate 30 Pro pincang. Tanpa GMS dan Dolby ia seperti sebuah Ferrari yang hanya dilengkapi dua tayar. Tetapi pada waktu yang sama Huawei juga masih belum mampu menawarkan perkhidmatan HMS yang setanding dengan GMS. Pelbagai aplikasi popular dan perbankan tempatan masih belum dapat dimuat turun menerusi App Gallery. Sungguhpun kami faham dengan masalah mereka dengan A.S, kegagalan Huawei untuk memberikan alternatif yang setanding adalah mengecewakan.
Tahun 2020 akan menjadi tahun yang lebih mencabar bagi mereka. Persoalannya adalah tekanan dari A.S akan membuatkan Huawei berubah seperti karbon menjadi permata atau menjadi titik tolak mereka tidak lagi menjadi kuasa besar dunia telefon pintar di luar China.
4. Google Pixel 4 Dan Pixel 4 XL
Menerusi telefon pintar Pixel, Google akhirnya boleh menawarkan peranti yang dikawal sepenuhnya oleh mereka. Akhirnya peranti Android kelas pertama yang setanding dengan iPhone akan dapat dihasilkan lengkap dengan kemas kini terpantas. Tetapi Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL adalah antara peranti paling mengecewakan tahun 2019.
Google enggan menyertakan lensa sudut ultra-lebar walaupun ia kini menjadi standard pada peranti mercu lain termasuk yang dikeluarkan oleh Apple. Lebih menyedihkan ia ditawarkan dalam storan, saiz RAM dan saiz bateri yang lebih mirip peranti 2017. Fungsi kawalan gestur Motion Sense pula dihalang mengikut lokasi. Google mungkin boleh dimaafkan jika kedua-dua Pixel 4 dijual pada harga mampu milik tetapi harga jualannya setanding dengan Galaxy S10 yang mempunyai spesifikasi yang lebih baik.
5. Kemas Kini Android
Dengan pengenalan Project Treble dua tahun yang lalu, kemas kini Android sepatutnya berlaku dengan lebih pantas. Realitinya proses kemas kini masih lambat dan berkecamuk. Ini kemudian ingin digantikan pula oleh Project Mainline yang memberikan kemas kini menerusi Play Store. Selepas dua janji Google yang setanding janji pilihanraya umum masih belum ditepati. Kemas kini untuk peranti Pixel mereka sendiri mula mengalami kelewatan. Dalam hal ini Google masih gagal menawarkan apa yang mampu diberikan Apple menerusi iOS.
Lebih mengecewakan pengenalan fungsi yang tertentu eksklusif pada peranti Pixel terlebih dahulu yang mewujudkan kasta di antara pelbagai pelbagai peranti Android di pasaran. Mahukan Assistant yang boleh menyaring dan menjawab panggilan telefon anda? Ia masih terhad ke pasaran tertentu sahaja. Perkara yang sama berlaku dengan sistem Live Caption. Antara komen negatif yang sering didengari mengenai Android ialah masalah fragmentasi. Di tahun 2019 ia masih wujud dan nampaknya akan menjadi semakin teruk.
6. iOS 13
Alasan yang paling kerap kami dengar mengapa individu memilih iPhone ialah kerana iOS ialah “sistem operasi terbaik yang tidak bermasalah” atau “it just works”. Pada tahun ini iOS 13 tidak lagi boleh dikategorikan sebagai tidak bermasalah. Dari hari pertama kami menggunakan iPhone 11 Pro Max sehinggalah hari ini, masih terdapat pelbagai pepijat yang menjengkelkan. Paling sadis ialah ini selepas Apple memberikan lima kemas kini yang sepatutnya menampal kesemua pepijat yang dilaporkan.
Masalah paling kritikal ialah peranti tidak mampu melakukan multi-tugas sebenar. Kadang kala aplikasi akan mengalami segar semula walaupun selepas bertukar di antara tiga aplikasi. Jelas sekali pada tahun 2019, peranti mercu dengan memori sebesar 4GB RAM tidak lagi sesuai. Imej iOS sebagai sistem operasi yang “sentiasa berfungsi” tercemar tahu ini. Lebih memalukan Android 10 yang dilancarkan tahun ini tidak mempunyai masalah kronik yang sama,
7. Lambakan Perkhidmatan Penstriman Video
Perkhidmatan penstriman video mengubah cara kita menikmati filem, siri TV dan juga acara sukan. Di awal pengenalannya, hanya terdapat beberapa perkhidmatan penstriman ditawarkan dengan pertindanan kandungan. Tetapi pada tahun 2020, apokalips penstriman mula berlaku dengan pelancaran Disney+ dan Apple TV+. Kemasukan dua gergasi media dalam peperangan penstriman mengakibatkan tiada lagi pertindanan kandungan. Penstriman yang sepatutnya membebaskan kita dari langganan TV satelit yang mahal, kini turut tidak lagi mampu milik kerana keperluan untuk melanggan kepada beberapa perkhidmatan secara serentak.
Pengguna kini tiada pilihan selain melanggan kepada beberapa perkhidmatan penstriman bagi menikmati kesemua kandungan yang diminati. Pada tahun 2020 situasi ini akan menjadi semakin tenat dengan HBO Max pula dilancarkan eksklusif untuk kandungan Warner Media (Cinemax, New Line, DC Entertainment, Warner Bros., The CW, CNN, TNT, TBS, TruTV, Turner Classic Movies, Crunchyroll, Adult Swim, Cartoon Network, Rooster Teeth, Looney Tune). Jadi tidak mengejutkan dengan lambakan perkhidmatan penstriman video, masalah cetak rompak kini meningkat semula.
8. Papan Kekunci Butterfly
Selepas empat tahun eksperimen Apple untuk terus menggunakan papan kekunci suis butterfly telah dihentikan. Masalah terus dilaporkan walaupun rekaan kekunci telah ditambah baik beberapa kali. Apple akhirnya terpaksa menawarkan program gantian papan kekunci percuma kepada pengguna MacBook dengan kekunci butterfly.
Menerusi Macbook Pro 16 yang dilancarkan November lalu, papan kekunci Magic Keyboard dengan mekanisme gunting kembali digunakan. Adalah amat jarang sekali melihat Apple menyedari kesilapan mereka dan menerima realiti rekaan mekanisme kupu-kupu tidak boleh ditambahbaik.
Ini adalah mengecewakan kerana sejak hari pertama MacBook 12 dilancarkan pengguna telah merungut ia tidak sebaik papan kekunci terdahulu. Rungutan tentang kekunci tersekat mula diterima beberapa bulan selepas ia dipasarkan. Tetapi Apple hanya mengumumkan program gantian percuma tahun ini. Selamat tinggal butterfly dan semoga pengguna MacBook dengan papan kekunci ini tidak akan mengalami sebarang masalah sebelum tempoh gantian percuma tamat.
9. Spam Judi Pada Telefon PintarFenomema baharu pada tahun 2019 ialah ribuan mesej sampah yang diterima pada telefon pintar mempromosikan perkhidmatan judi atas talian. Setiap hari kami akan menerima sehingga lima mesej judi dalam bentuk khidmat pesanan ringkas dan WhatsApp. Awal bulan ini SKMM mengatakan hampir 6000 nombor telefon telah ditamatkan kerana terlibat dalam penghantaran mesej judi. Masalahnya ia langsung tidak menyelesaikan masalah ini.
Nombor baharu menghantar mesej wujud setiap hari. Di manakah sistem pendaftaran nombor baharu yang memerlukan identiti pengguna disahkan terlebih dahulu? Persoalan utama ialah siapakah yang menjual nombor pengguna kepada perkhidmatan judi ini? Sehingga kini tidak ada individu dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam penirisan data peribadi pengguna tahun lalu. Hanya perkhidmatan syarikat dihentikan oleh pihak SKMM. Selagi ketirisan data pengguna tidak diambil serius, selagi itulah kita semua harus berhadapan dengan serangan SMS dan mesej sampah pada peranti saban hari.
10. Media Sosial Yang Mengintip Dan DisalahgunaTahun 2018 kita dikejutkan dengan skandal Cambridge Analytica. Data pengguna telah diakses untuk menyasarkan iklan politik yang kemudian dikatakan mempengaruhi pilihanraya presiden Amerika Syarikat. Pada tahun ini kit akhirnya menyedari bukan Facebook sahaja menjual data pengguna untuk tujuan pengiklanan. Perkhidmatan percuma sebenarnya dibayar dengan hilangnya privasi. Pelbagai aplikasi sentiasa menjejak lokasi, laman yang dilayari dan pesanan suara yang diberikan kepada pembantu maya.
Berita baik untuk pengguna ialah ramai semakin cakna dan pelbagai laporan mengenai privasi telah diterbitkan. Hasilnya ialah Google kini membenarkan data peribadi dipadam. Rakaman suara Assistant boleh dipadam dengan memberikan arahan suara. Android 10 dan iOS 13 memberikan kawalan aplikasi yang lebih terperinci. iOS akan sentiasa mengingatkan pengguna apabila mendapati aplikasi mengakses lokasi misalnya. Malahan Mark Zuckerberg kini menggandakan usaha untuk menjadikan Facebook lebih cakna privasi.
Tetapi masalah sebenar media sosial bukan sahaja terletak pada privasi tetapi juga pada penggunaannya. Ribuan akaun palsu digunakan untuk menyebarkan berita palsu. Akaun pro China, Rusia dan Arab Saudi dikesan di media sosial untuk menyebarkan propaganda. Pengguna manusia pula masih bersalah menyebarkan berita palsu sehingga mewujudkan panik di Malaysia (bangunan robot di KL minggu ini), menyebabkan kematian di India (orang Islam dituduh menyeludup lembu) dan menyebar kebencian (mesej tular anti Rohingya di Myanmar).
Media sosial memulakan dekad 2010 sebagai platform untuk merapatkan silaturahim dan kedai atas talian. Pada penghujung dekad ia menjadi padang periuk api yang memutuskan silaturahim dan kedai menjual propaganda.
Ini pada pendapat kami ialah berita dan perkara paling mengecewakan pada tahun 2019. Bagaimana pula dengan anda? Jika kami terlepas pandang sesuatu sila nyatakan di ruangan komen di bawah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2019/12/10-perkara-mengecewakan-dunia-teknologi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucl 2019 20 5 Perkara Yang Berlaku Di Peringkat Kumpulan

Ucl 2019 20 5 Perkara Yang Berlaku Di Peringkat Kumpulan

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 325 hits
Semua 48 perlawanan di peringkat kumpulan saingan Liga Juara Juara Eropah telah pun selesai 16 pasukan telah pun mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati di mana undian akan berlangsung pada Isnin ini di ibu pejabat UEFA yang terletak di...
Sembanglebat Teknologi Terbaik Dan Terburuk 2019

Sembanglebat Teknologi Terbaik Dan Terburuk 2019

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 332 hits
https ift tt eA8V8J Dengan tahun 2019 yang kini melabuhkan tirai kami melihat kembali kepada pelbagai teknologi menarik yang telah diperkenalkan sepanjang tahun 2019 ini Pada SembangLebat kali ini kami membincangkan antara penawaran teknolo...
5 Kisah Horor Yang Ngehits Di Tahun 2019 Ketika Makhluk Ghaib Nimbrung Di Platform Teknologi

5 Kisah Horor Yang Ngehits Di Tahun 2019 Ketika Makhluk Ghaib Nimbrung Di Platform Teknologi

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 299 hits
Mulai dari nimbrung di Google Maps sampai pesan ojek online bukti hantu tahun 2019 lebih melek teknologi Nggak mau ketinggalan zaman
Ini Perkara Biasa Dalam Dunia Korporat La Kadir Jasin Gunalah Kuasa Untuk Sekat

Ini Perkara Biasa Dalam Dunia Korporat La Kadir Jasin Gunalah Kuasa Untuk Sekat

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 286 hits
Buat beberapa waktu saya menahan diri daripada menulis menganai watak Umno ini dan tindak tanduknya walaupun kami telah bertukar tukar mesej melalui WhatsApp Daripada bahas kecil WhatsApp itu saya sudah memperoleh cukup bahan dan butir untu...
Ceo Vietjet Rakyat Vietnam Tunggal Tersenarai 100 Wanita Paling Berkuasa Di Dunia 2019 Oleh Forbes

Ceo Vietjet Rakyat Vietnam Tunggal Tersenarai 100 Wanita Paling Berkuasa Di Dunia 2019 Oleh Forbes

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 488 hits
Presiden dan CEO Vietjet Ms Nguyen Thi Phuong Thao telah disenaraikan di antara 100 Wanita Paling Berkuasa Di Dunia oleh Forbes susulan daripada senarai wanita paling berkuasa di Asia Ms Nguyen Thi Phuong Thao merupakan satu satunya wanita ...
Sepanjang 2019 Ma Putuskan 20 021 Perkara

Sepanjang 2019 Ma Putuskan 20 021 Perkara

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 258 hits
Ketua MA Hatta Ali menyebutkan sepanjang 2019 ada 19 370 perkara yang diregister lembaga peradilan
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport