Ini Penjelasan Isu 211 Anak Yatim Dihalau


Bahagian pertama.

MAKLUMAT PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) atau PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI atau PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BISTARI.

Mereka tular rayuan bantuan anak yatim miskin dalam media sosial atas nama PUSAT RAWATAN AMAL, apabila berurusan secara rasmi dengan PEJABAT AGAMA DERAH KUALA MUDA, mereka guna atas nama PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI (PPLAB) – rujukan daftar PPM-001-02-07042014 di bawah ROS pada 7 April 2014, di alamat KM 17, Kampung Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. Manakala berurusan secara rasmi dengan JKM Sungai Petani pula, mereka guna nama PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BESTARI yang didaftarkan di bawah SSM pada 23/7/2017 (Asrama anak yatim miskin). Aduan orang ramai kepada JKM pula atas nama PUSAT RAWATAN AMAL. Sebenarnya tidak ada rekod surat menyurat atas nama PRA. Pusat Rawatan Amal terkini di bawah SSM. No. Pendaftaran : AS0317891-V bertarikh 2 Ogos 2018 sehingga 1 Ogos 2021.


Nama ini (PRA) tidak pernah digunakan ketika berurusan dengan JKM dan juga tidak pernah wujud nama PRA ketika mereka berurusan dengan Pejabat Agama. Mereka masih gagal untuk menyerahkan dokumen yang diminta oleh JKM dan Pejabat Agama. Dokumen yang diminta antaranya ialah dokumen anak2-nanak yang tinggal di pusat tersebut. Jika anak yatim, mistilah ada salinan sijil mati ayah. Juga lain-lain dokumen bukti alamat dalam sijil lahir anak-anak ini berasal dari negeri mana.

Sebelum ini nama Pusat Tahfiz Amal Bestari, yang menjadi Pengetua ialah HAJI MUSLIM AB KARIM. Setelah beliau ditangkap dan dipenjara dan kini mereka tukar nama Pusat Jagaan Anak-anak Cahaya Amal Bestari dan pengetua baru Zainal Abidin bin Haji Abu Samah. Penah jadi guru di bawah Kementerian Pendidikan dan berhenti awal untuk aktif dengan ARQAM. Mereka ini berasal dari kumpulan ARQAM yang diharamkan oleh kerajaan.

Apabila arqam diharamkan, mereka tubuh kumpulan baru bernama Al-Mansor. Semasa mereka bergerak atas nama Al-Mansor, bermulalah Pusat Tahfiz Amal di Bandar Amanjaya Sungai Petani. Budak-budak ini kononnya anak yatim miskin dihantar untuk punggut derma di seluruh Negara. Apabila pihak berkuasa menggambil tindakan, mereka tukar strategi kepada jualan amal. Selepas itu mereka berpindah ke KM 17, Kampung Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah.

Ada 2 surat dari Jabatan Agama Kedah dihantar supaya pusat tersebut ditutup tetapi mereka masih berdegil dan bertahan sehingga perjanjian sewa tanah dengan tuan tanah tamat dan mereka diusir keluar. Akhirnya mereka berpindah ke Taman Pekan Baru, Sungai Petani dalam Kariah Masjid Taman Intan. Kesah mereka ini tidak perlu saya detailkan sebab boleh menulis sebuah buku.

Ada dua kumpulan pecahan ARQAM tapi saya hanya fokus kumpulan Al-Mansor yang telah difatwakan ajaran sesat. Kini mereka tidak lagi menggunakan nama Al-Mansor untuk bergerak. Semasa peringkat awal wujudnya pecahan kumpulan ini dari ARQAM, mereka tubuh Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani. Ketika itu mereka menggunakan anak-anak mereka (anak-anak ahli) untuk punggut derma seluruh Negara. Ketua mereka adalah Azhar Wahab yang bergelar Raja Sakti atau Raja Azhar bin Raja Wahab.

Selepas itu mereka berpindah PUSAT TAHFIZ AMAL di alamat KM 17, Kg. Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya Sungai Petani dijadikan pejabat YAYASAN HANG TAWI yang dipengerusikan oleh anak Raja Azhar bin Raja Wahab sendiri.

Saya harap kalian di luar sana, jika ada sebarang pertanyaan dan masalah mengenai isu PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) ini terus berhubung dengan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda Sungai Petani dan JKM Sungai Petani. Tanya sendiri isu ini dan apa tindakan yang telah mereka lakukan dan akan lakukan.

PERHATIAN:

1. Gunakan kemahiran siasatan dan bertindak secara profesional

2. Turun padang ambil tahu

3. Jangan mudah tular sebarang isu sebelum disahkan oleh pelbagai pihak yang ada kuasa

4. Jangan mudah simpati sebelum maklumat tersebut ditularkan

5. Jumpa agensi yang terlibat untuk pastikan isu ini. Jabatan Agama & JKM rujukan utama

Mereka gunakan Ayat Al-Quran dan Hadis untuk mendapat simpati masyarakat.

Sedikit sejarah penempatan belajar di SK Taman Intan. Pada 6 Ogos 2017 pihak sekolah, SK Taman Intan menerima seramai 117 orang pelajar yang tidak pernah bersekolah di mana-mana sekolah Kerajaan atau Bantuan Kerajaan. Mereka ini hanya belajar pendidikan sendiri di bawah kelolaan Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari sendiri.

Satu majlis telah diadakan untuk mengalu-alukan kedatangan semua pelajar dari Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari (PPLAB) ke Sekolah Kebangsaan Taman Intan. Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Encik Jasni bin Md Kechik dan Penyelia Kanan Pengurusan Murid, Encik Mohd Shakib bin Mohd Salleh.

Malah turut dihadiri oleh Pegawai Pejabat Daerah Kuala Muda, Encik Mahadhir bin Ismail, Encik Ahmad bin Hashim dan Puan Zuraida binti Zakaria. Turut hadir bersama pemangku Pengetua Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari, Encik Zainal Abidin bin Abu Samah, oleh sebab Pengetuanya Haji Muslim bersama isteri ditangkap polis. Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Puan Norsuyani binti Mohd Noor dan Puan Azizah binti A. Razak, Pegawai Perhubugan Sekolah (PPS) Siti Salmah binti Shaik Saim dan Sarjan Samsudin bin Ismail (Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Daerah Kuala Muda).

Pada tahun ini 2018, murid-murid daripada PPLAB adalah seramai 120 orang, 119 daripada aliran perdana dan seorang daripada kelas pendidikan Khas iaitu Nur Saidatul Syazia binti Azfar, OKU Kategori Pembelajaran Lembam.

DATA MURID MENGIKUT KELAS SK TAMAN INTAN:

1A lelaki 9 orang, perempuan 13 orang. 2A lelaki 6 orang, perempuan 9 orang. 3A lelaki 11 orang, 13 perempuan. 4A lelaki 4 orang, perempuan 11 orang. 5A lelaki 15 orang, perempuan 9 orang. 6A lelaki 10 orang dan perempuan 9 orang. Intan 1 (PPKI) perempuan 1 orang.

Bangunan yang mereka guna hari ini perjanjian sewa selama 3 tahun bermula 1 Januari 2017 (three (3) years.

Sewa bulanan RM14,000 sebulan.

Deposit RM42,000 (Ringgit Malaysia Forty Two Thousand only).

Stamping Date (03/10/2017) LHDN sebanyak RM1,326.00 Address – No. 959-972 (registered owner of all that fourteen (14) units of double storey), Off Jalan Zamrud 6, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Mudir Tabib Pusat Rawatan Amal Ustaz Razif mengatakan Encik dan kawan-kawan Encik yang masih menabur benih fitnah dan umpatan. Malam ini InsyaAllah dibaca yasin khusus dan doa hajat untuk encik dan mereka. Macam-macam kata-kata mereka melalui media sosial menuduh pihak saya membuat fitnah. Mereka masih tidak menjawab pertanyaan saya, Pejabat Agama, JKM dan SK Taman Intan, minta maklumat sijil kematian ayah (jika anak yatim), salinan KP ayah ibu, salinan sijil nikah, salinan Mykid dan salinan dokumen hak penjagaan. Banyak lagi maklumat yang diperlukan sebagai bukti setakat ini mereka masih gagal sediakan. Kesimpulan budak-budak ini adalah anak-anak ahli dan anak-anak mereka sendiri. Mereka ini adalah dari kumpulan ARQAM dan muncul atas pelabagai nama.

Maklumat bekas-bekas ahli yang tinggalkan kumpulan mereka ini, melaporkan ahli yang masih setia dengan kumpulan ini percaya Azhar Wahab bakal menjadi imam mahadi.

SEKARANG INI MEREKA BERGERAK KE SELURUH NEGARA ATAS NAMA ‘SEDEKAHLAH ENTERPRISE @ CIMB 8603280292 atau Pusat Rawatan Amal CIMB BANK 86031577946

Hasil Siasatan Awam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/03/ini-penjelasan-isu-211-anak-yatim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Khidmat Masyarakat Csr Thbwecare Di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis

Program Khidmat Masyarakat Csr Thbwecare Di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 387 hits
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua Pada hari Sabtu bersamaan 9 Mac 2019 yang lalu Zumal telah dijemput untuk bersama menjayakan Program Khidmat Masyarakat CSR THBWECARE di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis Kompleks Penyayang...
Penjelasan Teresa Kok Isu Buluh Ganti Sawit

Penjelasan Teresa Kok Isu Buluh Ganti Sawit

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 668 hits
DENYUT REFORMASIKUALA LUMPUR Menteri Industri Utama Teresa Kok menjelaskan bahawa tanaman buluh bagi menggantikan kelapa sawit sebagaimana disiarkan Mingguan Malaysia hari ini hanyalah sebagai cadangan alternatif Beliau memberitahu selain b...
Bertemu Jokowi Di Istana Ulama Aceh Minta Penjelasan Soal Isu Pki

Bertemu Jokowi Di Istana Ulama Aceh Minta Penjelasan Soal Isu Pki

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 309 hits
Menurutnya Jokowi menegaskan kepada para ulama bahwa isu tersebut hoaks dan fitnah Para ulama pun meminta Jokowi mengambil sikap tegas terhadap hoaks dan fitnah yang beredar di masyarakat
Akhirnya Wanita Ini Dedah Sikap Sebenar Anak Yatim Ini Ramai Yang Tidak Percaya

Akhirnya Wanita Ini Dedah Sikap Sebenar Anak Yatim Ini Ramai Yang Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 426 hits
Menerusi halaman facebook Siakap Keli pemilik FB Nurjuliana Rahmat meninggalkan komen yang mencuri perhatian wanita ini mendedahkan sikap sebenar Anak Yatim yang baru sahaja tular di media sosial semalam Komen yang ditulis oleh wanita terse...
Pergi Keluar Budak2 Ni Kotor Ibu Dan Anak Dihalau Dari Masjid Tapi Masih Teruskan Solat

Pergi Keluar Budak2 Ni Kotor Ibu Dan Anak Dihalau Dari Masjid Tapi Masih Teruskan Solat

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 519 hits
Pergi keluar Budak2 ni kotor Ibu dan anak dihalau dari masjid tapi masih teruskan solat Connect with us Oh My Media Pergi keluar Budak2 ni kotor Ibu dan anak dihalau dari masjid tapi masih teruskan solat
Anak Anak Yatim Dieksploitasi Sementara Pemilik Pusat Amal Tahfiz Puas Berjoli Sakan

Anak Anak Yatim Dieksploitasi Sementara Pemilik Pusat Amal Tahfiz Puas Berjoli Sakan

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 991 hits
Percaya Atau Tidak Pusat Tahfiz Songsang Diarah Tutup Sejak 2007 LagiRupa rupanya Pusat Tahfiz Amal yang bercawangan di KM17 Jalan Yan sememangnya sudah lama diarahkan agar ditutup sejak 1 Januari 2007 lagi mynewshub myTimbalan Pendaftar Se...
Baca Penjelasan Lelaki Ini Tentang Isu Pencemaran Sungai Kim Kim Istihar Darurat Atau Pun Tidak

Baca Penjelasan Lelaki Ini Tentang Isu Pencemaran Sungai Kim Kim Istihar Darurat Atau Pun Tidak

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 553 hits
Rrtikel ini dipetik dari tweet saudara di laman twitter nya PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM ISYTIHAR DARURAT ATAU TIDAK Ada yang desak perisytiharan darurat ada yang tolak Tapi berapa ramai yang faham apa yang didesak atau ditolak ni Fahamkan dul...
Penjelasan Langsung Warga Ponorogo Soal Isu Kiamat

Penjelasan Langsung Warga Ponorogo Soal Isu Kiamat

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 276 hits
Namun dari beberapa warga Ponorogo mengaku mondok di Pondok Pesantren Miftahul Falahil Mubtadin hanya untuk belajar ilmu agama bukan karena termakan isu kiamat
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation