5 Punca Utama Anda Gagal Menjadi Seorang Usahawan Berjaya


Keusahawan adalah satu bidang yang sangat luas untuk semua orang boleh ceburi kerana ia sememangnya mampu menjana pulangan ekonomi lumayan namun begitu, untuk menjadi usahawan yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah.


Kami kongsikan kepada anda 5 sebab kenapa ramai gagal menjadi seorang usahawan yang berjaya.

1. Wang syarikat = Wang peribadi

Fahaman yang mengatakan bahawa wang syarikat adalah wang peribadi adalah salah sama sekali. Ia ibarat seperti anda mencuri wang syarikat sendiri.

Syarikat dan individu merupakan dua entiti yang berbeza oleh itu, tindakan menggunakan wang syarikat untuk kepentingan peribadi mampu melumpuhkan perniagaan anda.

Terdapat sesetengah usahawan berpendapat bahawa wang yang masuk ke dalam akaun syarikat adalah keuntungan dan sebagai pemilik syarikat, mereka bebas membelanjakan wang tersebut untuk apa sahaja termasuk untuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.

Kesan daripada tindakan ini dapat dilihat apabila di saat syarikat memerlukan bajet tambahan dan ketika itu duit yang ada tidak mencukupi kerana sudah habis dibelanjakan untuk kepentingan peribadi.

2. Mulakan perniagaan dengan wang pinjaman

Memang terdapat banyak jalan pintas untuk mencari modal bagi memulakan perniagaan. Ini termasuklah pinjaman daripada bank dan sebagainya.

Seeloknya, elakkan daripada memulakan perniagaan anda dengan menggunakan wang pinjaman kerana hal ini akan meletakkan anda di dalam situasi tertekan.

Fokus anda untuk mengembangkan perniagaan akan terganggu kerana sibuk memikirkan beban hutang yang tidak tertanggung kerana hasil keuntungan tidak seberapa.

Pinjaman bank seeloknya digunakan apabila perniagaan sudah stabil, bukan ketika anda hendak memulakan perniagaan.

3. Gagal merancang

Mereka yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal. Mungkin ada yang sudah merancang, tetapi rancangan yang dibuat tidak jelas dan spesifik.

Sebagai contoh; Encik A mensasarkan untuk mencapai keuntungan di hujung tahun namun, dapat dilihat beliau tidak meletakkan sasaran keuntungan yang ingin dicapai, malah cara untuk merealisasikan sasarannya juga tidak diperincikan dengan betul.

Sasarannya hanya terawang awang di atas kepala dan tidak dikaji, ditapis dan dipersembahkan dahulu di atas kertas.

4. Kurang ilmu perniagaan

Para usahawan seharusnya rajin untuk menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa agar tidak mudah ditipu. Semakin kurang ilmu seseorang itu, semakin mudah untuk dia diperdaya.

Ramai usahawan yang sanggup mengeluarkan modal berpuluh ribu ringgit tetapi perniagaannya tetap tidak berjaya.

Dalam berniaga, terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira seperti strategi pemasaran, pemilihan lokasi dan sebagainya.

Ilmu perniagaan ini bukan sahaja boleh didapati dengan menghadiri seminar atau kursus, tetapi boleh juga diperolehi daripada buku-buku perniagaan yang ditulis oleh pakar-pakar industri.

5. Sikap negatif usahawan itu sendiri

Terdapat segelintir usahawan yang mempunyai sikap negatif seperti tamak, hasad dengki dan sebagainya.

Harus diingat, apabila tamak dan hasad dengki mula menguasai diri, anda mula tersasar jauh dari landasan yang benar.

Perkara ini bukan sahaja mampu menggoyahkan perniagaan anda, malah boleh menjadikan perniagaan anda bertemu dengan kegagalan.

Ada juga para usahawan yang mengambil mudah aspek persaingan dan terlalu yakin dengan kelebihan diri sendiri.

Mereka bukan sahaja tidak berdaya saing malah tidak berusaha dalam meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apa Itu Industry 4.0 Dan Kenapa Usahawan Wajib Tahu Mengenainya!Produk Kecantikan, Perniagaan Yang Melahirkan Paling Ramai Jutawan Di Malaysia
sumber: usahawan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/09/punca-gagal-menjadi-usahawan-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Tokoh Usahawan Berjaya Yang Pernah Gagal

Senarai Tokoh Usahawan Berjaya Yang Pernah Gagal

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 541 hits
Siapa kata kejayaan itu mudah dan datang sekelip mata Buka mata anda luas luas kerana semua tokoh usahawan dunia yang berjaya pasti wajib merasai kegagalan walaupun sekali Berikut adalah senarainya 1 Steve Jobs Nama usahawan ini tidak
Paru Paru Gagal Berfungsi Selama 10 Hari Doktor Dakwa Vape Antara Punca Utama

Paru Paru Gagal Berfungsi Selama 10 Hari Doktor Dakwa Vape Antara Punca Utama

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 320 hits
Seorang remaja berusia 17 tahun hidup bergantung pada mesin ventilator iaitu mesin yang menyokong fungsi paru paru selama 10 hari kerana paru paru gagal berfungsi didakwa vape itu sebagai habit di mana ibu bapanya tidak mengetahui perkara t...
Lagi Paru Paru Seorang Remaja Gagal Berfungsi Gara Gara Vape

Lagi Paru Paru Seorang Remaja Gagal Berfungsi Gara Gara Vape

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 284 hits
Seorang remaja berusia 17 tahun di Texas Amerika Serikat harus menghabiskan 10 hari menggunakan alat yang menopang fungsi paru parunya Diklaim itu disebabkan oleh rokok elektrik atau yang biasa disebut vape Pada awalnya Tryston Zohfeld terb...
Menjadi Jutawan Selepas Gagal 348 Kali

Menjadi Jutawan Selepas Gagal 348 Kali

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 355 hits
Pandora merupakan aplikasi saranan muzik online yang dilancarkan sejurus sebelum terletusnya dot com bubble pada bulan March 2000 sewaktu krisis yang melihat banyak perusahaan online ditutup dan walaupun ketika ini Pandora merupakan penyedi...
Tips Dahsyat Menjadi Ahli Jualan Untuk Seorang Pedagang

Tips Dahsyat Menjadi Ahli Jualan Untuk Seorang Pedagang

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 278 hits
Topik kita kali ini yakni Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki pendapatan tambahan maka ...
Gimana Cara Jitu Menjadi Pebisnis Seorang Ahli Jualan

Gimana Cara Jitu Menjadi Pebisnis Seorang Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 285 hits
Sekarang kami akan jelaskan terkait dengan Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau punya pendapatan tamb...
Tips Menjadi Jago Jualan Buat Seorang Penjual

Tips Menjadi Jago Jualan Buat Seorang Penjual

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 303 hits
Kali ini kami akan bahas perihal Reseller merupakan pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki penghasilan tam...
Seorang Pasien Rehabilitasi Narkoba Di Banda Aceh Gantung Diri

Seorang Pasien Rehabilitasi Narkoba Di Banda Aceh Gantung Diri

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 200 hits
Seorang pasien rehabilitasi narkoba di Banda Aceh berinisial SF ditemukan tewas gantung diri Kamis sekira pukul 11 45 WIB Dia ditemukan dengan kondisi leher tergantung di teralis dalam kamar mandi
Apa Sajakah Tips Ahli Jualan Seorang Pelaku Bisnis

Apa Sajakah Tips Ahli Jualan Seorang Pelaku Bisnis

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 304 hits
Pembahasan kita kali ini yaitu Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau memiliki income tambahan maka r...
Rafizi Dan Prinsip Prinsip Mesti Konsisten Tak Boleh Bertukar Tukar Kata Rafizi

Sengaja Cederakan Kerabat Diraja Pahang Ditahan Atas Dakwaan Tikam Orang Awam

Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Exploring The World S Quietest Place The Anechoic Chamber At Orfield Labs

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya

Semakan Keputusan Permohonan Melalui Upuonline 2025

Resepi Daging Kaprau

Raised Beds Terkini Jun 2025

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter