Ini Pasal Deep


 
Terus terang saya katakan saya tak ambil ‘port’ mengenai apa-apa pengumuman mengenai peraturan tatakerja penjawat awam. Kakitangan kerajaan istilah lazimnya. Namun, baru-baru ini satu rencana mengenai perkhidmatan awam tulisan Yong Soo Heong menarik perhatian saya.
Yong ialah bekas ketua pegawai eksekutif dan ketua pengarang Bernama. Rencananya disiar akhbar New Straits Times bertajuk ‘Chief secretary takes bold steps to revamp civil service’.
Ringkasnya rencana mengenai langkah berani yang diambil ketua setiausaha negara baharu yang dilantik 12 Ogos lalu dalam merombak perkhidmatan awam. “If there’s one person in the civil service who is sprinting full throttle and boost their service delivery its Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,” kata Yong dalam NST. Berdasar apa yang ditulis itu bolehlah dirumuskan Shamsul sedang ‘memecut’ melakukan reformasi perkhidmatan awam.
Pelbagai langkah diumumkan yang saya tidak berhasrat mengulanginya di sini. Cuma yang mendapat perhatian ialah sistem yang Shamsul perkenalkan dalam memberi fokus terhadap mengawasi dan menilai pencapaian penjawat awam.
Sistem diberi nama DEEP untuk Demerit Performance Evaluation. Lantas DEEP yang dirujuk tajuk artikel ini bukanlah ‘deep’ yang orang zaman sekarang gemar gunakan yakni mengaitkan dengan sesuatu yang mempunyai makna ‘mendalam’.
DEEP yang diperkenalkan untuk penjawat awam anehnya tidak ada akronim dalam bahasa Melayu. Saya kata aneh kerana majoriti kakitangan kerajaan orang Melayu dan kerajaan dipimpin oleh seorang perdana menteri yang cintakan bahasa Melayu dan terkenal dengan kegemaran mengetengahkan bermacam perkataan dan istilah Melayu yang ramai orang Melayu sendiri tidak tahu wujud. Apa pun saya akui ‘DEEP is catchy’.
DEEP sesuatu yang unik. Menurut Yong ‘DEEP shifts the focus from what has been achieved to what still needs to be done’. Amat menarik. Ertinya tumpuan ialah terhadap apa yang mesti dicapai berbanding apa yang sudah dicapai.
Lazimnya penilaian dibuat berdasarkan apa yang telah berjaya dilaksanakan petugas. Shamsul dipetik Sinar Harian berkata melalui sistem DEEP kaedah penilaian bermula dengan mata 100% dan ‘demerit’ dikenakan jika penjawat awam gagal mencapai objektif ditetapkan.
“DEEP ini kita bagi markah 100%. Kita demerit jika kalau katakan tidak capai petunjuk prestasi utama (KPI) atau tugasan gagal laksana,” Shamsul dilapor berkata.
Pada pemahaman saya setiap kali penjawat awam gagal laksanakan tugas atau tak capai KPI akan kena ‘denda’ yakni potong markah daripada 100 yang diberi pada awalnya. Apabila tiba masa untuk penilaian prestasi misalnya pada akhir tahun jika seseorang penjawat awam hanya ada jumlah baki tidak memberangsangkan (baca sikit markah) dia boleh dikategorikan golongan gagal. Sebab? Asyik kena potong markah. Demerit.
Tidak pula kita diberitahu apa yang menunggu penjawat awam yang kerap demerit. Bagi saya DEEP ialah sistem yang bagus. Bak kata Shamsul ia bukan untuk menghukum tetapi bagi memastikan sistem penilaian relevan – ‘penilaian tetap dan adil adalah mustahak dan ia akan memberi impak kepada perkhidmatan awam’.
Lantas kemungkinan besar pekerja yang ‘slack’ akan berpeluh. Kata seorang pegawai pangkat tinggi kerajaan yang bersara pelan KSN ini memang nampak cantik tetapi masalahnya ialah pelaksanaan dan memastikan ia terus berjalan lancar – ‘follow through’.
Kata rakan beliau, juga seorang pegawai atasan yang sudah bersara masalahnya ialah mentaliti penjawat awam yang sukar untuk diubah. “Mereka terlalu selesa, duduk dalam comfort zone, gaji dan pencen terjamin. Oleh itu buat apa nak susah-susah. Relaks je lah,” kata beliau.
Benar. Mereka golongan bertuah. Pasti dapat bonus dan duit raya hampir setiap tahun. Semasa pandemik dulu kakitangan kerajaan tidak hilang pekerjaan dan terima gaji seperti biasa. Tidak macam golongan pekerja ‘luar gomen’. Malah waktu itu penjawat awam diberi sumbangan khas. Namun banyak rungutan orang ramai kita dengar terhadap mereka.
Hakikatnya ada penjawat awam yang tidak bagus (sekadar menggunakan istilah lembut) dan ada yang bagus. Persoalannya golongan mana yang lebih ramai? Mungkinkah dengan adanya sistem DEEP masalah penjawat awam yang relaks dan terlalu selesa yang disebut si pesara tadi akan dapat diatasi?
Kedua dua pesara bersetuju Shamsul dan DEEP mesti diberi peluang untuk membuktikan keberkesanannya.
‘Let me state the obvious’. Walau apa pun sistem, macam mana bagus pun sistem yang diperkenalkan semuanya berbalik kepada penjawat awam. Pokok pangkalnya mereka. Majoriti penjawat awam semua maklum terdiri orang Melayu. Maka jika mereka memberi perkhidmatan yang ‘excellent’ akan berkata masyarakat bukan Melayu – lihat orang Melayu pandai bekerja. Cukup bagus. Orang Melayu yang bukan penjawat awam pun akan tumpang bangga. Bangsa Melayu diangkat tinggi.
Tetapi, jika penjawat awam tidak memberi perkhidmatan bagus kerana tabiat buruk keseluruhan bangsa Melayu akan dilihat malas, kaki ponteng dan tidak cekap.
Kesimpulannya jika penjawat awam sayangkan bangsanya mereka tahu apa yang mesti dilakukan, tak kiralah apa sistem penilaian yang dilaksanakan. ‘In this instance’ mereka mewakili bangsa Melayu
Oh seperkara lagi. Sistem DEEP akan dimulakan tahun depan. Maknanya beberapa hari sahaja lagi. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/ini-pasal-deep.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kongsi Video Deep Talk Terakhir Luahan Reda Bapa Buat Ramai Sebak

Anak Kongsi Video Deep Talk Terakhir Luahan Reda Bapa Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 159 hits
Seorang anak kongsi video deep talk terakhir dengan bapanya apabila bertanya tentang keadaan warga emas itu yang sedang diuji dengan penyakit Dalam perkongsian yang dibuat oleh milaahmad dia telah memuat naik momen perbualan bersama bapa se...
Rosmah S Acquittal Signals Deep Flaws In Agc

Rosmah S Acquittal Signals Deep Flaws In Agc

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 155 hits
Yesterday Rosmah Mansor wife of former prime minister Najib Abdul Razak was acquitted of 17 charges of money laundering and tax evasion amounting to RM7 million The judge granted an order of acquittal after allowing Rosmah s application to ...
Jangan Buat Pasal Musim Hujan Ni

Jangan Buat Pasal Musim Hujan Ni

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 171 hits
JANGAN BUAT PASAL MUSIM HUJAN NI Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Masih hujan Cuma mungkin lebih menjarak atau berselang seli tidaklah setiap hari Tapi ada masa masa setiap hari hujan Sejuk sampai...
Tausug Song Ha Pasal Bagay Chord

Tausug Song Ha Pasal Bagay Chord

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 163 hits
A m G F A m A m G F A m G A m G F A m F A m G A m Ha pasal bagay kita nag kila F G C indai bang mayta Tyubuan baya F G Fm A m tiauku na sadja in niat ku kan indah D m F A m F halaum atay di nakau malawa A m G A m Sin mahapun miyattu paka ni...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Potong Cake Birthday

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mati Rasa

Jadikan Allah Keutamaan Di Hati

Adakah Aku Seorang Alien

Bakwan Cucur Sayur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home