Ini Kronologi Detik Cemas Kereta Dirampas Mangsa Tragedi Pusat Membeli Belah Setia Alam Luah Rasa Trauma


Bagaikan nyawa di hujung tanduk, sebuah keluarga melalui detik cemas ketika kereta dirampas tempat letak kereta dalam kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam Sabtu lalu.
Memetik laporan Harian Metro keluarga berkenaan tak sangka suspek mengacukan pistol ke arah mereka dan berada dalam kenderaan selama 45 minit sebelum melepaskan diri.
“Kami sekeluarga berdepan detik mencemaskan selama 45 minit di dalam kereta bersama lelaki itu yang mengacu pistol dan mengarah saya beredar dari pusat beli-belah di Setia Alam pada hari kejadian,” kata pemandu Perodua Ativa berusia 30-an yang enggan dikenali.
Mengimbas kembali detik cemas itu, lelaki berkenaan berkata, dia dan keluarganya dikejutkan dengan suspek itu yang tiba-tiba muncul di kawasan parkir dan terus mengacukan pistol ke arah mereka.
“Saya tercengang. Lelaki itu (suspek) turut melepaskan tembakan ke arah dinding untuk menunjukkan bahawa itu pistol betul,” katanya.

Menurut lelaki itu, sebelum kejadian, dia bersama isteri dan empat anak makan di restoran pusat beli-belah terbabit sebelum keadaan tiba-tiba bertukar kecoh.
“Pengawal keselamatan mengarahkan kami semua segera keluar. Waktu itu, tidak tahu apa kejadian sebenar berlaku.
“Saya segera membawa ahli keluarga keluar dan ketika hendak ke tempat parkir, terdengar bunyi letupan,” katanya.
Lelaki itu berkata, awalnya, dia menyangka bunyi itu datangnya dari bunyi perlanggaran bonggol yang seolah-olah berbunyi seperti letupan.
“Saya anggap itu bunyi biasa sahaja dan tak sangka rupa-rupanya bunyi letupan daripada tembakan pistol.
“Pada masa itu, nampak banyak kereta bergerak laju. Ketika kami sekeluarga hendak masuk ke dalam kereta, secara tiba-tiba lelaki (suspek) itu muncul dan mengacukan pistol,” katanya.
Katanya, mereka diarah masuk ke dalam kereta dan lelaki itu duduk betul-betul di tempat duduk belakang.
“Saya minta dia simpan pistol supaya anak-anak tidak takut. Lelaki itu (suspek) kemudian mengarah saya ke laluan keluar sebelum turun di tepi lebuh raya.
“Dia berada dalam kereta kira-kira 45 minit dan sebelum menghilangkan diri, dia mengambil kad memori pada dashcam (kamera papan pemuka) kereta,” katanya.
SUSPEK USIA 30AN

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata suspek juga berkulit cerah dan berusia lingkungan 30-an.
“Dia dikenal pasti hasil risikan polis dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Kita sedang giat memburunya,” katanya.
Lelaki itu berusia 30 an berkulit cerah mempunyai 11 rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah. Suspek turut melepaskan 4 das tembakan ke arah seorang tukang cuci di tingkat P1.
Sumber: Harian Metro
The post Ini Kronologi Detik Cemas Kereta Dirampas, Mangsa Tragedi Pusat Membeli Belah Setia Alam Luah Rasa Trauma appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ini-kronologi-detik-cemas-kereta-dirampas-mangsa-tragedi-pusat-membeli-belah-setia-alam-luah-rasa-trauma/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Insiden Tembakan Pusat Beli Belah Setia Alam Seorang Cedera Ditembak Polis Sedang Buru Suspek

Hiburan Insiden Tembakan Pusat Beli Belah Setia Alam Seorang Cedera Ditembak Polis Sedang Buru Suspek

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 133 hits
Gempar di sebuah pusat beli belah di Setia Alam malam tadi selepas pengunjung tiba tiba terdengar bunyi tembakan sebelum diarahkan untuk keluar dari bangunan berkenaan Rakaman memaparkan suasana di dalam pusat beli belah berkenaan yang dira...
Ada Kejadian Tembakan Di Sebuah Pusat Beli Belah Di Setia Alam

Ada Kejadian Tembakan Di Sebuah Pusat Beli Belah Di Setia Alam

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 156 hits
Polis sahkan kejadian tembakan di Setia AlamBernamaSHAH ALAM Polis mengesahkan satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli belah di Setia Alam Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata pasukannya s...
Pelancong Cedera Jatuh Dari Tingkat 7 Pusat Beli Belah

Pelancong Cedera Jatuh Dari Tingkat 7 Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 162 hits
Zuhainy Zulkiffliam hmetro com myPELANCONG cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli belah di Persiaran Gurney di sini hari ini FOTO Tular Georgetown Pelancong asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingka...
Track Down Gun Supplier Of Setia Alam Shooter Cops Urged

Track Down Gun Supplier Of Setia Alam Shooter Cops Urged

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 132 hits
A man who police said is in his 30s fired several shots at a cleaner in a shopping mall in Setia Alam on Feb 8 before fleeing the scene He is still on the run PETALING JAYA Police have been urged to track down the supplier of the gun used i...
Polis Buru Lelaki Tempatan Lepaskan Lapan Das Tembakan Dalam Pusat Beli Belah

Polis Buru Lelaki Tempatan Lepaskan Lapan Das Tembakan Dalam Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 161 hits
Foto situasi cemas dalam sebuah pusat beli belah yang tular di media sosial pada Sabtu SHAH ALAM 8 Feb Seorang lelaki warga tempatan melepaskan lapan tembakan di dalam sebuah pusat beli belah di sini pada Sabtu sebelum bertindak melarikan d...
Mangsa Terakhir Tragedi Tanah Runtuh Di Miri Ditemukan

Mangsa Terakhir Tragedi Tanah Runtuh Di Miri Ditemukan

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 186 hits
Operasi menyelamat di Kampung Lereng Bukit tamat dengan penemuan mayat Fatimah Dawi MIRI Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit Fatimah Dawi 71 ditemukan pada 6 06 petang oleh penyelamat kata ketua Polis Miri Alexson N...
He Pointed Gun At Us Man Recalls Ordeal Over Shooting At Setia Alam Mall

He Pointed Gun At Us Man Recalls Ordeal Over Shooting At Setia Alam Mall

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 188 hits
A police car outside the mall in Setia Alam after the shooting PETALING JAYA A man who was forced to help the suspect in the shooting at a shopping mall in Setia Alam make his escape recounted the ordeal his family of six faced at gunpoint ...
Cops Identify Suspect Involved In Setia Alam Mall Shooting

Cops Identify Suspect Involved In Setia Alam Mall Shooting

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 175 hits
SHAH ALAM The police have identified the man who went amok and fired more than eight shots at a shopping mall in Setia Alam Selangor police chief Comm Datuk Hussein Omar Khan said the suspect is a local in his 30s He has 11 prior criminal r...
Jiran Selamba Parkir Depan Rumah Wanita Luah Rasa Geram

Jiran Selamba Parkir Depan Rumah Wanita Luah Rasa Geram

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 136 hits
Bila hidup berjiran ini sememangnya tidak mudah namun jika kita saling hormat menghormati serta bertolak ansur pasti semuanya dapat hidup dengan harmoni Baru baru ini sebuah video tular di kongsikan oleh pengguna di Facebook Sulyeana Yana y...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Makan Tengah Hari Di Ina Cafe Balik Pulau Dengan Permandangan Sungai

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Harga Bakar Poket Gas Ungu Untuk Peniaga Rm70

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dikecam Gila Kayuh Jauh Amar Baharin Buka Mulut Balas Guna Hadis Nabi

Tahun Kelima Alamanda Putrajaya The Golden Ticket Menampilkan Hadiah Tunai Rm 1000 Rm 500 Dan Rm 50

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Pertama Kali Melihat Kaabah Depan Mata

Malaysia Juara Dalam Best Cuisine Di Pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 Dubai