Harga Rm2 20 Ron95 Wajar Disemak Semula Rafizi Ramli



(graf dan carta boleh didapati dicapaian https://rafiziramli.com/2018/12/harga-rm2-20-ron95-wajar-disemak-semula/)

Sejak 9 Mei 2018, Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Pakatan Harapan telah menetapkan harga RON95 pada RM2.20 seliter untuk menstabilkan harga minyak dan mengurangkan kesan turun naik harga minyak kepada kenaikan harga barang (seperti yang berlaku sebelum itu).

Ia bertepatan dengan manifesto Pakatan Harapan untuk menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan subsidi bersasar kepada golongan 40% terbawah (B40).

Oleh kerana harga minyak mentah naik melambung, terutamanya antara bulan Ogos 2018 ke Oktober 2018, Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung jumlah subsidi yang tinggi untuk mengekalkan harga RON95 pada RM2.20 seliter.

Saya sertakan Lampiran Kiraan untuk menunjukkan kiraan RON95 berdasarkan formula, menggunakan angka rasmi berikut:

- Harga MOPS95 (harga pasaran RON95 yang telah ditapis seperti yang didagangkan di Singapura) seperti yang diterbitkan setiap minggu oleh Australian Institute of Petroleum
- Harga purata Brent adalah seperti yang diterbitkan Bloomberg
- Kadar tukaran matawang adalah seperti yang diterbitkan Bank Negara Malaysia

Kiraan mengikut formula menunjukkan bagaimana harga RON95 mengikut formula mengikuti dengan dekat pergerakan harga minyak mentah Brent yang naik melambung melebihi USD80 se-tong menjelang Oktober 2018.

Kalau tidak kerana dasar pentadbiran Pakatan Harapan yang memperkenalkan kembali subsidi untuk menstabilkan harga RON95 pada RM2.20, harga mengikut formula mencecah RM2.70 seliter di dalam bulan Oktober 2018 (seperti yang ditunjukkan graf berikut).

Jika tidak kerana pertukaran pentadbiran di Putrajaya, penyokong UMNO dan PAS yang paling ralit mendesak harga RON95 diturunkan kepada RM1.50 (sebagai modal politik murahan) dengan senang hati terpaksa membayar RM2.70 seliter (jika Dato’ Seri Najib Tun Razak masih menjadi Perdana Menteri).

Subsidi Cecah RM3.4 Bilion

Kerajaan membelanjakan tanggungan subsidi mingguan di antara RM70 juta hingga RM220 juta seminggu untuk mengekalkan harga RON95 pada RM2.20, dalam keadaan harga minyak mentah dunia naik melambung.

Kiraan saya menunjukkan menjelang akhir November 2018, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM3.4 bilion subsidi yang membolehkan harga RON95 dikekalkan pada RM2.20 (lihat graf di bawah).

Harga Formula Bawah RM2.20

Walau bagaimana pun, sejak beberapa minggu lalu, harga minyak mentah Brent telah jatuh mendadak ekoran dari lambakan minyak mentah dari Amerika Syarikat.

Mengikut kiraan saya (berdasarkan angka-angka rasmi yang diterbitkan yang dirujuk seperti di atas), harga RON95 mengikut formula yang digunakan kerajaan telah jatuh di bawah paras RM2.20 seliter sejak 3 minggu yang lepas, iaitu apabila harga minyak mentah Brent jatuh di bawah paras USD67 se-tong.

Mengambil kira keadaan pasaran minyak mentah dunia yang dijangkakan akan kekal sekitar USD60an se-tong (walaupun selepas OPEC mengurangkan pengeluaran), ini bermakna harga RON95 mengikut formula berkemungkinan akan terus kekal di bawah RM2.20 seliter.

Semak Kembali Harga RON95

Pada dasarnya, apabila harga RON95 mengikut formula (yang menggambarkan harga pasaran minyak mentah) adalah lebih rendah dari harga yang ditetapkan kerajaan, rakyat akan membayar cukai ke atas pembelian RON95.

Walaupun Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sehingga RM3.4 bilion dalam bentuk subsidi semasa harga minyak mentah melonjak tinggi dahulu untuk mengekalkan harga, pada dasarnya harga yang ditetapkan mestilah sama atau kurang dari harga formula untuk mengelakkan rakyat dari membayar cukai di atas pembelian RON95.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Kerajaan Persekutuan menyemak kembali harga RON95 yang ditetapkan dalam keadaan harga minyak mentah yang kekal sekitar USD60an se-tong.

Adalah lebih wajar jika harga RON95 diturunkan 10 sen supaya harga yang ditetapkan itu menggambarkan harga semasa minyak mentah dunia.

Rafizi Ramli
11 Disember 2018

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2018/12/harga-rm220-ron95-wajar-disemak-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Ron95 Dipastikan Tidak Meningkat Mendadak Apabila Diapungkan

Harga Ron95 Dipastikan Tidak Meningkat Mendadak Apabila Diapungkan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 203 hits
10 Disember 2018 2 31 PM PUTRAJAYA Kerajaan akan memastikan harga petrol RON95 bagi pengguna yang tidak layak mendapat subsidi bersasar tidak meningkat dengan margin terlalu besar wala
Kemenhub Maskapai Harus Jual Tiket Harga Wajar Jelang Libur Natal Tahun Baru 2019

Kemenhub Maskapai Harus Jual Tiket Harga Wajar Jelang Libur Natal Tahun Baru 2019

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 458 hits
Kemenhub minta agar maskapai tidak mematok tarif hingga batas atas agar para pengguna angkutan udara terutama untuk yang merayakan natal yang di dominasi masyarakat di daerah Indonesia Timur tidak terbebani harga tiket yang tinggi
Rafizi Mungkin Dilantik Semula Sebagai Naib Presiden Pkr

Rafizi Mungkin Dilantik Semula Sebagai Naib Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 293 hits
Rafizi mungkin dilantik semula sebagai naib presiden PKR Dikemas kini 23 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 13 Dec 2018
K Jaan Tidak Jamin Harga Ron95 Tak Naik Harga Pasti Naik Saifuddin Nasution

K Jaan Tidak Jamin Harga Ron95 Tak Naik Harga Pasti Naik Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 340 hits
Kerajaan akan memastikan harga petrol RON95 bagi pengguna yang tidak layak mendapat subsidi bersasar tidak meningkat dengan margin terlalu besar walaupun harga bahan api itu diapungkan mengikut harga pasaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri...
Thai Boat Noodles Harga Serendah Rm2

Thai Boat Noodles Harga Serendah Rm2

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 408 hits
Assalamualaikum Zaman sekarang susah nak dapat harga makanan serendah RM 2 Tapi sebenarnya masih ada lagi di kawasan Sg Buloh Restoran Imm Aroi yang terletak di Jalan Dataran Villa Putra 2 Sg Buloh Thai Boat Noodles harga serendah RM2 Baru ...
Pembunuh Adib Wajar Dihukum Bunuh Harga Nyawa Jangan Dipandang Ringan Kata Mufti Perlis

Pembunuh Adib Wajar Dihukum Bunuh Harga Nyawa Jangan Dipandang Ringan Kata Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 303 hits
Suara Tanpa Sempadan SHAH ALAM Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim perlu diadili dengan mengheret para pelakunya ke muka pengadilan demikian pandangan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mohd Asri berkata harga sebuah nyawa tidak b...
Arahan Dbkl Pindah Kenderaan Tidak Wajar Takiyuddin Rileksmedia

Arahan Dbkl Pindah Kenderaan Tidak Wajar Takiyuddin Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 266 hits
PAS menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan arahan termasuk memindahkan semua kenderaan rasmi yang berada di menara berkenaan ke Jalan Cheras adalah tidak wajar Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata ara...
Wajar Untuk Mb Johor Lepas Jawatan

Wajar Untuk Mb Johor Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 451 hits
SELEPAS SUBUHPEMANSUHAN pewartaan Pulau Kukup yang terletak di Pontian sebagai Taman Negara untuk digazetkan sebagai Tanah Kesultanan oleh kerajaan Johor pimpinan Pakatan Harapan telah memberi tekanan dan sekaligus mencabar wibawa Osman Sap...
Pengusaha Penyuap Eni Dan Idrus Marham Anggap Pemberian Uang Ke Golkar Wajar

Pengusaha Penyuap Eni Dan Idrus Marham Anggap Pemberian Uang Ke Golkar Wajar

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 197 hits
Pengusaha Johannes Budisutrisno Kotjo menyampaikan pleidoi atau nota pembelaan atas tuntutan 4 tahun oleh jaksa penuntut umum pada KPK Johannes Kotjo dianggap terbukti memberi suap kepada Eni Maulani Saragih dan Idrus Marham sebesar Rp 4 75...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang