Ini Ganjaran Yang Diperoleh Dengan Memberi Makan Orang Yang Bepuasa



Kita sedia maklum bahawa amalan pada bulan puasa mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dan cukup istimewa. Ramai orang mula berlumba untuk bersedekah, memberi makan orang yang berbuka dan meningkatkan amal ibadah. Rata-rata masjid pula menyediakan makanan percuma buat orang yang berbuka puasa hampir setiap hari.
Seperti yang disebutkan di atas, amalan yang khusus dianjurkan dalam bulan puasa adalah memberi makan orang yang berpuasa. Anjuran bersedekah ini banyak disebut dalam Al-Quran, antaranya dalam Surah Al-Munafiqun, ayat kesepuluh.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ”
(Surah Al-Munafiqun 63:10)
Orang yang bersedekah tahu hakikat ganjaran yang tersedia yang dapat membantu mereka di akhirat kelak. Mereka juga menyedari bahawa segala harta dan rezeki yang mereka miliki bukan mutlak milik diri sendiri. Mereka tahu bahawa masih ada bahagian buat orang lain. Jadi sekarang, mari kita lihat apakah ganjaran yang disediakan buat mereka yang memberi makan orang yang berbuka.
#1- Mendapat Pahala Seperti Orang Yang Berpuasa
Nabi SAW bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
#2- Disediakan Kamar-Kamar Di Syurga
Dari Ali bin Abi Talib, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إنَّ في الجنَّةِ غُرفًا تُرَى ظُهورُها من بطونِها وبطونُها من ظُهورِها فقامَ أعرابيٌّ فقالَ لمن هيَ يا رسولَ اللَّهِ فقالَ لمن أطابَ الكلامَ وأطعمَ الطَّعامَ وأدامَ الصِّيامَ وصلَّى باللَّيلِ والنَّاسُ نيامٌ
“Sesungguhnya di syurga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya.” Lantas seorang arab badwi berdiri sambil berkata, “Untuk siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab, “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang senantiasa berpuasa dan solat pada malam hari di waktu manusia tidur.” (Sahih Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albani)

Ketika Nabi SAW diberi minum, beliau pun mengangkat kepalanya ke langit dan mengucapkan,
اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِى وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِى
“Allahumma ath’im man ath’amanii wa asqi man asqoonii”
(Ya Allah, berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minuman kepadaku)
#3- Mendapat Ganjaran Hingga 700 Kali Ganda
‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة
“Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.” Kemudian Rasulullah menjelaskan: “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna. Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali lipat banyaknya.” (HR. Muslim, no.1955 – Taraf hadis sahih)
Hadis ini diterangkan khusus bukan hanya pada bulan Ramadan sahaja sebenarnya, malah terpakai juga di luar bulan Ramadan. Tidak mampu kita bayangkan amalan kecil yang dilakukan begitu besar nilainya di sisi Allah. Rugi kiranya jika kita langsung tidak mengambil peluang yang telah disediakan oleh Allah.
Ulama-ulama Terdahulu Yang Mengamalkan Amalan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa
1. Hasan al-Basri memberi makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan duduk melayan mereka ketika mereka makan.
2. Abdullah bin al-Mubarak memberi makan kepada saudaranya ketika bermusafir dengan makanan yang lazat, sedangkan dia berpuasa.
3. Hammad menjamu setiap malam kepada orang ramai pada bulan puasa seramai 500 orang.
4. Abdullah bin Umar R.Anhuma berpuasa dan tidak berbuka kecuali bersama dengan fakir miskin.
Untuk bersedekah sebenarnya tidak susah. Anda tidak perlu pun berbelanja banyak dan memberi makan kepada ramai orang. Salah satu cara yang mudah adalah bersedekah dengan cara membayarkan makanan lebih apabila berbelanja di bazar. Orang yang datang setelah itu akan mendapat makanan percuma. Jadi, jom apa kata kita cuba!
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Ini Ganjaran Yang Diperoleh Dengan Memberi Makan Orang Yang Bepuasa appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/ini-ganjaran-yang-diperoleh-dengan-memberi-makan-orang-yang-bepuasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapakah Yang Mendapat Ganjaran Pahala Memberi Makan Kepada Orang Berbuka Puasa

Siapakah Yang Mendapat Ganjaran Pahala Memberi Makan Kepada Orang Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 471 hits
Soalan Siapakah yang mendapat pahala memberi makan kepada golongan yang berbuka puasa Adakah mereka yang memberikan sumbangan kurma atau mereka yang menyumbang untuk juadah berat yang mendapat pahala tersebut kerana kadangkala orang ramai b...
Resepi Udang Masam Manis Penambah Selera Makan Sahur

Resepi Udang Masam Manis Penambah Selera Makan Sahur

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 773 hits
RESEPI UDANG MASAM MANIS PENAMBAH SELERA MAKAN SAHUR Resepi ini agak ringkas saja tak ada sukatan yang khusus Sesedap rasa tekak korang sendiri Tapi power sedap dia tu boleh tambah nasi dua kali hehe Tak percaya korang kena cuba sendiri Bus...
Makan Tidur Di Sebelah Mayat Ibu Yang Kian Membusuk Selama 4 Bulan

Makan Tidur Di Sebelah Mayat Ibu Yang Kian Membusuk Selama 4 Bulan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 604 hits
Seorang lelaki berusia 40 tahun dari Tangkak Johor telah tinggal bersama mayat ibunya selama 4 bulan dan membiarkan mayat ibunya duduk di atas kerusia serta menemannya setiap hari BACA Bukan itu sahaja menurut lelaki itu juga didakwa didiag...
Jangan Lokek Selalu Lah Belanja Mak Ayah Makan Itu Rahsia Besar Murah Rezeki

Jangan Lokek Selalu Lah Belanja Mak Ayah Makan Itu Rahsia Besar Murah Rezeki

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 648 hits
AssalamualaikumSiapa yang tinggal sama mak atau ayah dia pasti tahu bagaimana keadaan mereka Kadang tak nak makan tak ada selera Bila anak anak dia balik bersama sama cucu merekalah orang yang paling bahagia Nak makan sama sama selera pun a...
Makan Nasi Kukus Pok Ya Manjung Perak

Makan Nasi Kukus Pok Ya Manjung Perak

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 1065 hits
Restoran Nasi Kukus Pok YaBahagian dalam Restoran Nasi Kukus Pok YaKalau korang ada di Manjung Perak boleh la nak cuba makan nasi kukus ayam berempah di Restoran Nasi Kukus Pok Ya nih Biasanya kita beli nasi kukus ni kat gerai gerai tepi ja...
Teringin Nak Makan Kuih Nekbat Beli Online Jer Senang

Teringin Nak Makan Kuih Nekbat Beli Online Jer Senang

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 353 hits
BESUT Berbekalkan keazaman untuk terus memelihara kuih warisan tradisional Pantai Timur nekbat daripada hilang ditelan zaman seorang wanita gigih menghasilkan kuih tersebut dan menjualnya sepanjang Ramadan ini Malah beliau turut mempromosik...
Jom Makan Balik Kampung At Hilton Kota Kinabalu

Jom Makan Balik Kampung At Hilton Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 486 hits
In the month of Ramadan this year Hilton Hotels in Malaysia invites guests to dine with Jom Makan at Hilton a special celebration of food and culture inspired by Ramadan s true spirit of giving and sharing Bringing back last year s successf...
Oknum Kepala Desa Digerebek Saat Di Rumah Janda Beranak Dua Saat Jam Makan Sahur

Oknum Kepala Desa Digerebek Saat Di Rumah Janda Beranak Dua Saat Jam Makan Sahur

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 312 hits
Seorang kepala desa tepergok tidur tanpa busana di rumah seorang janda di Jambi Terungkapnya peristiwa berawal dari kecurigaan warga yang sering melihat sang kepala desa berkunjung hingga akhirnya warga melakukan penggerebekan Kepala Desa S...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023