Siapakah Yang Mendapat Ganjaran Pahala Memberi Makan Kepada Orang Berbuka Puasa



Soalan:
Siapakah yang mendapat pahala memberi makan kepada golongan yang berbuka puasa. Adakah mereka yang memberikan sumbangan kurma atau mereka yang menyumbang untuk juadah berat yang mendapat pahala tersebut kerana kadangkala orang ramai berbuka dengan kurma terlebih dahulu?

Jawapan:
Dalam bulan Ramadhan, kita amat-amat dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan soleh. Antara amalan soleh yang sangat digalakkan adalah memberi makan kepada golongan yang berbuka puasa. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” [Riwayat Al-Tirmidzi (807)]

Bahkan kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: “Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun.” Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18)

Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T:

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا
“Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.” [Surah Al-An’aam (160)]

Justeru apabila seseorang itu memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa maka dia akan mendapat ganjaran puasa sebanyak 36 kali. Kemudian pahala tersebut digandakan kepada 10 kali bagi setiap satu maka keseluruhannya dia akan mendapat 360 ganjaran dan ia merupakan jumlah hari dalam setahun mengikut kalendar hijrah.


Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa para ulama berbeza pendapat berkenaan kadar manakah yang dikira sebagai memberi makan berbuka kepada golongan yang berpuasa. Adakah pahala memberi makan itu terhasil dengan memberi sekalipun sebiji kurma atau sebekas air atau memberi makanan-makanan yang menghasilkan kekenyangan kepada golongan yang berbuka puasa?

Kata Imam Ibn Muflih ketika mensyarahkan hadis kelebihan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa di atas: “Yang zahir dari pendapat para ulama adalah apa sahaja makanan sebagaimana zahir khabar (hadis) tersebut. Manakala pahala yang lebih besar sekiranya makanan tersebut memberi kekenyangan kepada orang yang berbuka.” [Rujuk Al-Furu’, Ibn Muflih (3/73)]

Oleh yang demikian, seseorang itu sekiranya dia memberikan makanan kepada orang yang berbuka puasa sama ada dengan sebiji tamar, segelas air, dan sebagainya maka sudah terhasil baginya pahala memberi makan kepada orang yang berbuka sebagaimana zahir hadis.

Ini adalah jelas seperti yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya.” Lalu ditanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka?” Maka Rasulullah S.A.W menjawab: “Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman.” [Riwayat Ibn Khuzaimah (1878)]

Manakala pendapat yang kedua menyebut bahawa pahala memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa tidak terhasil melainkan bagi mereka yang memberi kekenyangan kepada orang yang berpuasa (melalui makanan yang disediakan). Ini kerana dengan terhasilnya kekenyangan akan tercapailah maksud dari sudut memberi kekuatan kepada orang berpuasa tersebut untuk beribadah dan mencukupkan dirinya pada malam tersebut. Inilah pendapat yang ditarjihkan oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.

Kesimpulan

Sebagai penutup kami menyatakan bahawa pandangan yang paling tepat adalah sesiapa sahaja yang memberi makan kepada orang berbuka puasa dengan apa sahaja makanan maka dia telah mendapat ganjaran pahala memberi makan kepada orang yang berpuasa. Ini tanpa mengambil kira makanan tersebut adalah kurma, bubur, secawan air, ataupun makanan berat sekalipun.

Meskipun begitu, memberi atau menyediakan juadah berbuka puasa yang memberi kekenyangan adalah lebih afdhal dan lebih besar pahala yang diperoleh. Ini merujuk kepada hadis Rasulullah S.A.W yang bersabda:

وَمَنْ أَشْبَعَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ وَسَقَاهُ اللَّهُ مِنْ حَوْضِي شَرْبَةً لَا يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الْجَنَّةَ
“Dan sesiapa yang memberi kekenyangan kepada orang yang berpuasa maka dia akan mendapat keampunan atas dosa-dosanya, dan Allah akan memberikan dia minum daripada Haudh (telaga) ku dengan minuman yang akan menyebabkan dia tidak akan dahaga selamanya sehinggalah dia masuk ke dalam syurga.” [Riwayat Ibn Khuzaimah (1878)]

Demikian juga terhasil pahala kepada mereka yang memberi makan kepada orang berbuka, tanpa mengambil kira ia di makan terdahulu atau terkemudian selama masih dalam tempoh berbuka puasa.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/siapakah-yang-mendapat-ganjaran-pahala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Bahana Makan Laju Ketika Berbuka Puasa

Awas Bahana Makan Laju Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 494 hits
Setiap kali tiba bulan Ramadan waktu iftar adalah detik yang paling ditunggu tunggu Ini kerana ia adalah masa untuk membalas dendam dengan makan sepuasnya segala juadah yang telah anda bayang bayangkan semasa berpuasa di siang hari Disebabk...
Ini Ganjaran Yang Diperoleh Dengan Memberi Makan Orang Yang Bepuasa

Ini Ganjaran Yang Diperoleh Dengan Memberi Makan Orang Yang Bepuasa

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 343 hits
Kita sedia maklum bahawa amalan pada bulan puasa mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dan cukup istimewa Ramai orang mula berlumba untuk bersedekah memberi makan orang yang berbuka dan meningkatkan amal ibadah Rata rata masjid pula me...
Mana Lebih Afdhal Bila Berbuka Puasa Makan Nasi Ke Solat Maghrib Dulu

Mana Lebih Afdhal Bila Berbuka Puasa Makan Nasi Ke Solat Maghrib Dulu

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 1746 hits
Mana lebih afdhal bila berbuka puasa Makan Nasi ke Solat Maghrib DuluAda orang kata makan sikit dulu berbuka dengan makanan manis atau buah ke atau air kemudian solat Lepas tu baru makan nasi atau makan makanan yang berat lain Kenapa Kalau ...
Buatkan 2 Menu Special Ini Untuk Si Kecil Bila Berbuka Puasa Si Kecil Pun Boleh Makan Bersama

Buatkan 2 Menu Special Ini Untuk Si Kecil Bila Berbuka Puasa Si Kecil Pun Boleh Makan Bersama

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 407 hits
Buntu betul memikirkan menu untuk si kecil tambah pula mama terpaksa memikirkan menu untuk sekeluarga berbuka puasa nanti Baca Puan berkongsi dua resipi istimewa yang boleh dijadikan juadah untuk si kecil makan bersama sama ahli keluarga ya...
Menu Berbuka Puasa Ramadan Ke Empat Kelima Dan Keenam

Menu Berbuka Puasa Ramadan Ke Empat Kelima Dan Keenam

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 497 hits
hai assalammualaikumMenu Berbuka Puasa Ramadan ke Empat Kelima dan Keenam Hehehe saja je letak dalam blog kot la ramadan nanti boleh tengok blog ni semula bila dah mati kutu tak tau nak masak apa Menu nad biasa biasa je takda la susah mana ...
Berbuka Puasa Di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice Ipoh Perak

Berbuka Puasa Di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 1008 hits
Berbuka Puasa Di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice Ipoh Perak Alhamdulillah ada rezeki lebih suami jadi suami Sha mempelawa Sha untuk berbuka puasa di luar sahaja Pada pagi semalam kami pun sama samalah fikir lokasi berbuka puasa yang berpa...
7 Resep Makanan Berbuka Untuk Anak Anak Biar Semangat Puasa

7 Resep Makanan Berbuka Untuk Anak Anak Biar Semangat Puasa

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 424 hits
Anak anak seringkali merasa kesulitan belajar berpuasa Cara terbaik menarik hati mereka untuk berpuasa yakni dengan iming iming makanan nikmat saat berbuka Gak cuma enak makanan buka puasa harus memiliki tampilan yang menggugah selera Orang...
Menu Berbuka Puasa Hari Pertama Kedua Dan Ramadan Ketiga

Menu Berbuka Puasa Hari Pertama Kedua Dan Ramadan Ketiga

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 800 hits
hai assalammualaikumMenu Berbuka Puasa Hari Pertama Dan Kedua Dah masuk ramadan ke 11 ni baru nak cerita menu berbuka dari ramadan pertama sampai ke harini hahaha Almaklumla ramadan ni macam lemah sikit je nak buat kerja Bila dah nak menaip...
Menjelang Berbuka Puasa

Menjelang Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 332 hits
Apa ISU SIAPA salah Itu BUKAN tajuknya Tetapi itulah sikap perangai orang Islam ketika seminit Dua lagi nak BERBUKA PUASA APA imej yang dibawanya Kronik
The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat

Bagaimankah Cara Kira Umur Kucing

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa