Ini Cara Untuk Kenal Pasti Ada Masalah Kurang Keyakinan Diri Dan Panduan Untuk Atasinya




Ramai yang tak sedar dia ada masalah kurang keyakinan diri.
Bila tak sedar ada masalah tersebut, maka tak hairan jika anda tak berusaha untuk atasinya.
Langkah pertama untuk selesaikan apa saja masalah adalah dengan kenal pasti dan akui yang anda ada masalah

Jadi langkah awal yang anda perlu buat adalah dengan mula dapat kan kepastian samada anda ada masalah kurang keyakinan diri atau tidak.Tanya soalan penting ini ..

“Macam mana nak tahu samada saya ada masalah kurang keyakinan diri?” 

Tanda kurang keyakinan diriSaya kongsikan cara paling mudah nak tahu adanya masalah kurang keyakinan diri. Mohon kerjasama untuk benar-benar buat apa yang saya sarankan di bawah. Insyaallah anda akan rasa berbaloi masa yang diluangkan untuk baca artikel ini.
Ambil pen dan buka buku nota. Kalau tak ada buku nota, ambil sekeping kertas kosong.
Cuba fikirkan dan buat senarai perkara atau benda yang anda sangat-sangat mahukan.
Itu langkah pertama.
Ambil masa sekejap. Berhenti membaca dan mula buat senarai itu. Nanti sambung balik bacaan.
Saya andaikan senarai tu dah siap.
Sila tengok senarai dan buat langkah ke-2 berikut di bawah.
Di setiap perkara atau benda yang anda mahu, di hujungnya tuliskan pula apa yang anda perlu buat untuk dapatkannya.
Sekali lagi berhenti sejenak dan buat apa yang saya sarankan di atas.
Kemudian, buat pula langkah ke-3 di bawah ini.
Buat nota kat hujung setiap perkara yang disenaraikan tadi. Adakah anda dah buat perkara ke-2 di atas. Maksudnya dah ada pergerakan usaha untuk mendapatkan apa yang anda mahu tersebut. Masih dalam status 'in-progress'.
Ada kemungkinan di langkah ke-2 anda tulis tak tahu apa yang perlu dilakukan.
Itu tandanya sudah jelas ada masalah kurang keyakinan diri.
Jika anda tahu apa yang perlu dilakukan, namun tak buat apa-apa tindakan untuk mula berusaha laksanakannya, itu juga petanda yang menunjukkan anda sedang hadapi masalah kurang keyakinan diri yang spesifik.
Tak yakin pada diri sendiri untuk berusaha terhadap apa yang anda mahu capai atau dapatkan.
Halangan dari membuat tindakanApa yang menghalang anda dari bertindak?
Saya berikan satu contoh mudah.
Katakan dalam senarai perkara yang anda inginkan, salah satu darinya adalah ingin memiliki jumlah simpanan wang tunai sebanyak RM1 juta.
Anda tentu cuba nafikan yang RM1 juta itu benar-benar penting dan diperlukan. Sekadar teringin saja.
Hakikat sebenarnya anda tak hinginpun ada jumlah duit sebanyak RM1 juta.
Ramai yang amalkan sindrom penafian tersebut.
Paling mudah adalah mencari alasan kukuh kenapa tak perlu. Alasan paling banyak yang pernah saya dengar adalah seperti di bawah.
Takut hilang kawalan, takut lupa diri, takut itu dan ini .. yang kesemuanya adalah sindrom penafian yang sentiasa wujud pada sesiapa saja yang tak ada duit sebanyak tu.
Itu cara paling mudah berikan rasa lega pada diri sendiri terhadap perkara yang anda tak nampak jalan untuk mendapatkannya.
Apa saja perkara. Apa saja benda. Yang bila anda teringin nak dapatkan, akan mencetuskan satu perasaan was-was.
Rasa ragu-ragu samada anda perlu teruskan hasrat itu atau tak perlu.
Di hati kecil anda memang mahu.
Tapi semuanya terhalang disebabkan anda ada masalah kurang keyakinan diri.
Mungkin berpunca dari pengalaman hidup anda selama ini.
Mungkin juga berpunca dari apa yang anda dapat dari maklum balas masyarakat sekeliling terutamanya orang yang anda kenal.
Ada satu cerita berkenaan Musashi Miyamoto.
Kalau anda tak kenal siapa mamat Jepun tu. Dia merupakan seorang pakar bermain pedang. Dilahirkan pada tahun 1584 di sebuah tempat bernama Harima, Jepun. Dia meninggal pada tahun 1645.
Dari kecil dia belajar bermain pedang. 
Diceritakan pada umur 13 tahun dia sudah bunuh seorang pencabar dengan sekali lawan saja.
Dia juga merupakan penulis kepada buku strategi bertajuk Gorin no sho atau dalam Bahasa Inggeris, The Book of Five Rings.
Ada sekali tu, seorang anak muridnya bertanya, “apa rahsia untuk menjadi seorang yang handal dalam menguasai seni bermain pedang?”
Musashi jawab pendek.
“Bila nak cantas orang didepan, jangan fikir satu apapun selain dari mencantasnya”
Musashi MiyamotoJawapan yang pendek tetapi mendalam maksudnya.
Musashi cuba memberikan gambaran bahawa apa saja yang anda mahu buat, perkara paling asas ke arah itu adalah dengan membuang segala pemikiran selain dari fokus kepada melaksanakan matlamat tersebut.
Biasanya, ketika tergerak nak tumbuk orang kat depan, yang akan halang anda berbuat begitu adalah, timbul rasa kurang keyakinan diri.
Timbul persoalan layakkah aku tumbuk dia ni?
Patutkan aku tumbuk?
Bolehkah aku tumbuk?
Kalau dia tempis, belasah aku balik tak sempat nak cabut macam mana?
Itu semua soalan yang timbul bila ada keraguan.
Sama juga macam impian nak ada duit RM1 juta di atas tadi. Perkara pertama terlintas dalam benak kepala anda adalah layakkah aku memiliki duit sebanyak itu?.
Mampukah atau bolehkah aku dapatkannya?
Kalau aku memang layak, kenapa sampai sekarang masih tak ada?
Itu semua adalah soalan yang memberikan petanda kurang yakin akan keupayaan diri. Samada timbul disebabkan faktor dalaman mahupun faktor luaran.
Selagi semua itu bermain dalam benak kepala anda, selagi itulah tak akan mampu berusaha untuk bergerak dan mula mendapatkannya.
Cari bantuan pecahkan halanganJika anda dah buat senarai keinginan anda. Dan dah kenal pasti memang ada banyak perkara dan benda yang anda mahukan tapi masih tak bergerak-gerak lagi.
Rasa tak layak dan serba tak cukup.
Segera dapatkan bantuan seorang kawan atau mentor atau coach yang berpengalaman untuk selesaikan masalah yang dihadapi tu.
Orang yang ada pengalaman membimbing dapat membantu anda untuk pecahkan semua halangan minda dan seterusnya membantu anda untuk mula bergerak.
Biasanya, life coach atau business coach boleh membantu.
Itulah sebenarnya kepakaran seorang coach yang terlatih dan tahu apa tugasnya yang sebenar dalam membantu coachee yang hadapi masalah untuk ke depan.
Coach akan menjadi pendengar setia dan cuba membantu anda dengan bertanya soalan yang berkuasa tinggi. 
Jawab segala soalan dari coach itu dengan jujur dan hati terbuka.
Tak perlu risau takut coach gelak besar dan anda rasa malu. Seorang coach yang baik tak akan dedahkan apa saja perbualan dan perbincangan anda denganna kepada orang selain dari orang yang anda izinkan untuk kongsikan.
Untuk makluman, sejak tahun 2014, saya dah bertemu dengan lebih 3 ribu orang dalam projek membantu usahawan. Semuanya usahawan yang mahu berjaya dalam apa yang mereka lakukan.
Perkara paling utama yang saya akan pastikan terlebih dahulu adalah dengan sedarkan setiap coachee bahawa dia ada masalah kurang keyakinan diri. 
Samada dia sedar atau tidak sedar.
Bila dia dah mula sedar dan akui, saya akan berusaha untuk hilangkan segala keraguan yang terpendam dalam mindanya. Kemudian barulah boleh mencari jalan untuk bergerak ke depan.
Itu satu kerja yang saya sangat puas melaksanakannya. Kepuasan membantu dan seterusnya melihat orang yang anda bantu berjaya adalah satu nikmat yang sangat besar.
Jika anda ada rasa perlukan bantuan, boleh hubungi saya melalui email [email protected]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/01/ini-cara-untuk-kenal-pasti-ada-masalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Pakaikan Lampin Baby Boy Tak Sama Dengan Baby Girl Rujuk Panduan Ini

Cara Pakaikan Lampin Baby Boy Tak Sama Dengan Baby Girl Rujuk Panduan Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 236 hits
Setiap kali nak pakaikan si manja lampin bayi tentu rasa risau takut mereka mengalami ruam Jangan bimbang ada petua untuk penjagaan kulit dan napkin baby yang boleh dicuba Penjagaan kulit dan lampin bayi Tiada siapa boleh menafikan kegembir...
Cara Buat Susu Kunyit Untuk Menghilangkan Masalah Batuk Dan Selsema

Cara Buat Susu Kunyit Untuk Menghilangkan Masalah Batuk Dan Selsema

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 238 hits
Susu kunyit sangat bagus untuk menghilangkan batuk selesema atau penyakit yang melibatkan saluran pernafasan seperti asthma Ianya juga sangat baik untuk pencernaan
Dipenj4ra Lima Bulan Kerana Lindungi Long Tiger Identiti P0ndan Ini Di Kenal Pasti

Dipenj4ra Lima Bulan Kerana Lindungi Long Tiger Identiti P0ndan Ini Di Kenal Pasti

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 168 hits
Sungai Petani Seorang lelaki dihukum penjara lima bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melindungi Long Tiger di rumahnya bulan lalu
Cara Berinvestasi Untuk Diri Sendiri

Cara Berinvestasi Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 200 hits
Berinvestasi tidak melulu tentang uang saham atau sejenisnya Ada banyak cara salah satu yang kadang dilupakan adalah berinvestasi terhadap diri sendiri Inti dari investasi terhadap diri sendiri adalah menginvestasikan waktu dan modal untuk ...
Cara Niat Dan Panduan Solat Sunat Qobliyah Subuh

Cara Niat Dan Panduan Solat Sunat Qobliyah Subuh

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 1388 hits
Cara Niat Dan Solat Sunat Qobliyah Subuh Apa itu sunat qobliyah subuh Bilakah waktunya yang sebenar kita solat sunat tersebut Adakah sebelum azan subuh atau sesudah azan subuh Solat sunat qobliyah adalah solat sunat sebelum solat fardhu Sol...
Bahasa Kurang Sopan Ubah Cara Komunikasi Remaja Masa Kini

Bahasa Kurang Sopan Ubah Cara Komunikasi Remaja Masa Kini

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 349 hits
BILA sebut bahasa kurang sopan tergambar perkataan kotor mencarut dan ayat ayat maki hamun yang keluar daripada percakapan seseorang atau tulisan mereka di media sosial Bagi mereka yang diajar sejak kecil mengamalkan bahasa yang baik dan be...
Perhimpunan Ulama Dan Kemunculan Imam Mahadi Polis Kenal Pasti Dalang

Perhimpunan Ulama Dan Kemunculan Imam Mahadi Polis Kenal Pasti Dalang

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 221 hits
IPOH Polis telah mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang didapati memuat naik dakwaan kononnya bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi di Sabah Perkongsian individu itu yang disiarkan secara langsung melalui Facebook tu...
Cara Daftar Dan Panduan Lengkap Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Cara Daftar Dan Panduan Lengkap Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 520 hits
Di Lazada sebenarya terdapat cara lain untuk buat duit sampingan selain daripada jual barang iaitu melalui program Affiliate Lazada Ya kita sedia maklum program affiliate ini anda memperoleh pendapatan melalui komisyen yang diperoleh melalu...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun