Ini Baru Rendam Belum Sental Wanita Terkejut Tak Sangka Cincin Perkahwinan Masih Kotor Walau Dibersihkan Selalu
Seorang wanita dari Australia terkejut apabila melihat sisa kotoran yang tersingkir dari cincin perkahwinannya setelah merendam cincin tersebut dalam semangkuk cairan khusus untuk mencuci barang kemas.
Wanita itu kemudiannya berkongsi gambar kotoran tersebut ke komuniti Mums Who Clean di Facebook.
Katanya, dia merendam barang kemasnya selama 12 jam di dalam semangkuk cairan khusus pencuci perhiasan sebelum terlihat kotoran hitam yang tertanggal.
“Saya bersihkan cincin saya setiap hari dalam cecair pencuci pinggan dan berus gigi. Tapi kali ini saya ingin mencuba cecair Koh (jenama cecair yang digunakannya),” kata wanita itu.
“Oh Tuhan, saya sangat terkejut. Ini baru rendaman 12 jam tanpa menyental cincin tersebut.”
Kredit: The Sun/Facebook
Terinspirasi dengan perkongsian wanita itu, beberapa ahli komuniti itu turut mencuba tips berkenaan dan berkongsi gambar hasil penyingkiran kotoran pada barangan kemas masing-masing.
Salah seorang daripada mereka berkata, “Saya baru merendam selama 10 minit tapi apabila saya letakkan barang kemas saya dalam balang kecil dan menggoncangnya perlahan, cecair itu terus bertukar warna!”
Seorang pengguna turut berkongsi keterujaan apabila mendapati banyak kotoran keluar daripada cincinnya walau baru dicuci di kedai emas beberapa hari sebelum itu.
Kredit: The Sun/Facebook
Sementara itu, ada pengguna yang berkongsi tips membersihkan barang kemas agar lebih berkilauan.
“Ayah saya seorang peniaga barang kemas selama lebih 35 tahun. Dia menyarankan untuk mengguna Handy Andy (jenama pencuci barang kemas) untuk membersihkan cincin di rumah.”
Selain itu, pengguna lain menambah, “Saya menggunakan Cloudy Ammonia yang dicampur dengan air. Itu apa yang pemilik kedai emas gunakan sebelum pencuci barang kemas elektrik dicipta. Kemudian, saya menggunakan berus gigi bayi untuk membersihkannya.”
Sumber: The Sun
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/08/22/ini-baru-rendam-belum-sental-wanita-terkejut-tak-sangka-cincin-perkahwinan-masih-kotor-walau-dibersihkan-selalu/