Ini Antara 3 Perkara Yang Orang Johor Paling Bangga Dengan Negeri Mereka


Ini Antara 3 Perkara Yang Orang Johor Paling Bangga Dengan Negeri Mereka
Kalau tanya orang luar, Johor mungkin sekadar pintu selatan tanah air yang dikaitkan dengan negeri yang pesat membangun, sibuk dengan projek besar dan sentiasa ‘bergerak laju’. 
Tapi bagi orang Johor sendiri, ia lebih daripada itu. Ia adalah tanah yang menyimpan kisah sejarah, warisan budaya dan jati diri yang masih utuh terpelihara hingga ke hari ini. 
Di sebalik pembangunan moden dan kepesatan ekonominya, tersembunyi nilai-nilai yang terus dijaga, diwarisi dan dibanggakan oleh rakyatnya.
Sama seperti negeri-negeri lain di Malaysia, Johor juga mempunyai kebanggaan tersendiri yang lahir daripada sejarah panjang, budaya yang berakar kukuh dan warisan turun-temurun yang membentuk identiti negeri ini sejak dahulu hingga kini.
Jadi, artikel ini akan mendedahkan antara tiga perkara yang paling dibanggakan oleh orang Johor tentang negeri kesayangan mereka.
1. Adat Diraja Johor Johor dikenali sebagai antara negeri yang masih teguh memelihara adat dan institusi diraja dengan penuh tertib dan hormat. 
Sejak zaman Kesultanan Johor lagi, adat istiadat, seni budaya serta nilai tradisi yang diwarisi telah sebati dalam kehidupan masyarakatnya, menjadi lambang jati diri dan kesinambungan sejarah Johor.
Istimewanya, keunikan adat tersebut masih terus diamalkan hingga ke hari ini walaupun Johor pesat membangun. 
Tradisi ini melambangkan kedaulatan, kesetiaan rakyat kepada Sultan, serta hubungan erat antara institusi diraja dan rakyat yang terus terpelihara dari generasi ke generasi.
Fakta menarik
Tahukah anda? Johor merupakan negeri pertama di Tanah Melayu yang memiliki mahkota diraja sendiri dan mengadakan istiadat kemahkotaan secara rasmi pada 29 Julai 1886. 
Mahkota kerajaan Johor diinspirasikan daripada mahkota British King Edward, namun diubah suai dengan memasukkan unsur lambang Islam seperti bulan sabit dan bintang serta kalimah Allah dan Muhammad di mercunya. 
Keindahan mahkota ini turut diperkaya dengan balang mahkota, bulan sabit dan bintang yang dihiasi dengan berlian, zamrud, delima dan batu permata.
2. Makanan Tradisional Selain itu, Johor juga kaya dengan makanan tradisional yang menjadi kebanggaan turun-temurun penduduknya. 
Negeri ini terkenal dengan kepelbagaian warisan masakan yang mencerminkan keragaman budaya masyarakat berbilang etnik di Johor.
Daripada masakan klasik Melayu, Cina dan India yang lazat, Johor menawarkan pelbagai pengalaman rasa yang unik, enak dan autentik. 
Antara yang paling sinonim dengan negeri ini sudah tentu Laksa Johor. Berbeza dengan laksa di negeri lain, Laksa Johor menggunakan mi spaghetti bersama kuah berasaskan ikan yang kaya dengan aroma dan rasa.
Selain itu, Mee Bandung Muar turut menjadi kebanggaan rakyat Johor. Kuahnya yang pekat serta gabungan rasa manis, pedas dan berempah menjadikan hidangan ini kegemaran ramai. 
Johor juga terkenal dengan Asam Pedas Johor yang mempunyai kelainan tersendiri berbanding versi negeri lain. Tidak ketinggalan, nasi briyani gam, kacang pool, botok-botok, telur pindang dan banyak lagi. 
3. Warisan seni Dalam kesibukan mengejar kemodenan, ada satu perkara yang Johor tidak pernah tinggal mahupun pandang sebelah mata, iaitu warisan budayanya. Inilah akar kepada jati diri orang Johor sejak dahulu lagi.
Di negeri ini, permainan tradisional merangkumi pelbagai aktiviti unik seperti congkak, batu Seremban, diabolo, gasing pangkah dan sebagainya. 
Permainan ini bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat terdahulu sebagai pengisi masa lapang. Malah, sering dipertandingkan hingga kini sebagai usaha memelihara dan mempromosikan warisan nenek moyang.
Selain permainan tradisional, kraf tradisional juga memainkan peranan yang sangat penting dalam melestarikan khazanah budaya negeri ini. 
Ia bukan sekadar hasil seni, tetapi turut menggambarkan gaya hidup, tradisi serta nilai masyarakat Johor. Bagi generasi lebih tua, kraf ini membawa kembali memori dan nostalgia yang sukar diganti.
Sama seperti beberapa negeri lain di Malaysia, kraf tradisional seperti batik turut menjadi sebahagian penting daripada warisan budaya Johor.
Menariknya, terdapat juga beberapa kraf tradisional Johor yang sebenarnya popular tetapi masih kurang diketahui ramai. 
Orang ramai mula ‘banjiri’ Johor, apa yang ada dekat sana sekarang? Bercakap soal warisan tanah air, inilah masanya untuk anak watan Johor dan pengunjung luar mendekati budaya tempatan kita dengan lebih dekat. 
Untuk info, Kraftangan Malaysia kini bawakan kembali Festival Kraf Johor 2025 yang dikatakan lebih meriah daripada tahun-tahun sebelumnya. 
Di sini, pengunjung bukan sahaja berpeluang mendapatkan pelbagai hasil kraf tempatan yang unik. Malah, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang festival berlangsung.




Festival ini juga bakal menjadi platform terbaik untuk pengunjung mengenali lebih banyak informasi mengenai dunia kraftangan, tradisi serta produk kraf Malaysia, terutama produk kraf beridentiti negeri Johor yang cukup istimewa. 
Berlangsung dari 18 hingga 29 Disember 2025 di Padang Akasia, Angsana Johor Bahru Mall, inilah peluang untuk hadir bersama-sama, menyokong penggiat seni tempatan dan merasai sendiri keindahan warisan kraf negara. 

Jadi, jangan lepaskan peluang ajak keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pengalaman penuh makna bersama komuniti pembuat kraf tempatan di Johor. Jumpa anda di sana.
The post Ini Antara 3 Perkara Yang Orang Johor Paling Bangga Dengan Negeri Mereka appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/21/ini-antara-3-perkara-yang-orang-johor-paling-bangga-dengan-negeri-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 228 hits
Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia PM Anwar PETALING JAYA 13 Dis Malaysia kekal sebagai antara negara paling aman di dunia meskipun memiliki kepelbagaian kaum agama dan serantau yang rumit kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibra...
Peluang Memiki Rumah Bagi Golongan Muda Di Negeri Johor

Peluang Memiki Rumah Bagi Golongan Muda Di Negeri Johor

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 161 hits
Mr GPT kali ini saya ada soalan yang agak berat Untuk anak muda lelaki yang baru berumahtangga perlukan beli rumah Ada tak peluang beli rumah yang ditawarkan oleh kerajaan Johor khususnya sebab saya confius beberapa berita yang tidak jelas ...
Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Bantu Rakyat Melalui Simpan Sspn Dan Bayaran Balik Pinjaman Ptptn

Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Bantu Rakyat Melalui Simpan Sspn Dan Bayaran Balik Pinjaman Ptptn

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 102 hits
Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Bantu Rakyat Melalui Simpan SSPN Dan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas inisiatif dan komitmen berterusan Kerajaan N...
Cuti Tahun Baru 2026 Ini 5 Negeri Yang Tidak Bercuti 1 Januari

Cuti Tahun Baru 2026 Ini 5 Negeri Yang Tidak Bercuti 1 Januari

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 116 hits
Selamat Tahun Baru 2026 Tahun baru maka azam pun mestilah baharu agar hidup kita sentiasa mempunyai misi dan halatuju Semoga tahun tahun yang sudah lepas banyak mengajar kita tentang erti kehidupan dan mematangkan hidup kita Setiap kali dat...
Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Empat Negeri Metmalaysia

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Empat Negeri Metmalaysia

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 88 hits
Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Empat Negeri MetMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri hingga bermula 25 hingga 29 ...
Google Year In Search 2025 Malaysia Senarai Carian Paling Trending Tahun Ini

Google Year In Search 2025 Malaysia Senarai Carian Paling Trending Tahun Ini

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 377 hits
Google Year In Search 2025 Malaysia Senarai Carian Paling Trending Tahun Ini Tahun 2025 menyaksikan pelbagai topik menjadi tumpuan rakyat Malaysia Google telah menerbitkan senarai rasmi Year In Search 2025 untuk Malaysia yang memaparkan car...
Kerajaan Negeri Yang Punya Tanggungjawab Bukan Macam Kerajaan Negeri Walaun Jahanam

Kerajaan Negeri Yang Punya Tanggungjawab Bukan Macam Kerajaan Negeri Walaun Jahanam

papar berkaitan - pada 21/12/2025 - jumlah : 94 hits
Ustaz Al Asri Sarawak pinjamkan 1b pada Kerajaan pusat untuk biayai pusat kanser di Sarawak sebagai langkah mempercepatkan projek yg diperlukan rakyat negeri itu Selama ini pesakit kanser Sarawak terpaksa terbang ke Semenanjung untuk rawata...
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini

Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 98 hits
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga jam 2 pagi ini Menurut kenyataan itu beberapa daerah di negeri Perak Sarawak da...
Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Don T Stop Us From Rejoicing Dap Disciplinary Chief Tells Crook Lovers

Best Best Pulled Beef Recipe Nz

Bagi Payang Water Taxi Dan Bas Kite

Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto

Fahamkan Separuh Masa Memahami Konsep Dan Kepentingannya Dalam Pengurusan Masa

Kakak Dah Habis Spm Sekarang Nak Rasa Dunia Kerja


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bukan Kerana Kuat

Table Dessert

Lirik Lagu Mengukir Kenangan Amirul Fauzan Ft Haadi Razali

Polimer Memori Bentuk Bahan Pintar Yang Mengingat Bentuk Asal Dan Potensinya Dalam Perubatan

Namplawan Berhantu

Kenapa Kita Sanggup Makan Menu Sama Rahsia Saintifik Psikologi Yang Mengejutkan