Hello Ahli Keluarga Baru Samsung S20 Plus
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi, 3 hari lepas handphone dah upgrade dari Samsung Note 3 ke Samsung S20 Plus selepas beberapa kali (belas-belas kali kot) membuat pertimbangan untuk beli fon ni.
Bukan apa, fon Samsung Note 3 saya ni dah 6 tahun usianya dan kecekapan untuk buat kerja-kerja online dah perlahan walaupun prestasinya masih cemerlang. RAMnya dah tak power lagi dengan apps yang ada sekarang. Kalau tidak memang tak upgrade fon lagi.
Ini antara sebab saya stick dengan jenama Samsung je. Jatuh berderai dah, terpijak, terduduk pecah dah tapi masih steady. So malas nak fikir jenama lain dah huhu.
Hi S20 Plus
Plan nak beli Samsung Note 10 tapi teringin lak nak cuba guna siri Samsung S ni.
Antara sebab saya pilih Samsung S20 Plus sebab :
- Ada bateri yang besar dan tahan lama 4500mah. Penting kalau selalu travel
- Ada fungsi fast charging. - Camera dan video cantik. Gambar kamera nampak natural dan tak fake. Saya suka dengan gambar kamera fon Samsung dan iPhone. Dua jenama ni kualiti pic memang bagus
- Stabiliti video kamera yang lebih baik berbanding Note 10 (kurang sikit gegaran bila rakam video)-Storage yang besar (boleh tambah hingga 1 TB)- Laju buat kerja, RAM 8GB, tapi kebanyakan fon sekarang memang 8GB pun
- Sound padu. Speaker dia memang kuat.
- Kalis air. Tak risau kena hujan kalau gi kerja naik motor. Biar badan basah jangan fon basah haha
Setelah buat research secara intensive perbezaan antara S10 Plus iaitu model sebelumnya dengan S20 Plus (abaikan S20 Ultra) beza dia tak banyak sangat pun cuma ada peningkatan sikit je. Tapi teruja lak tengok kamera belakang dia yang ada 4 lens tuh nampak stailo macam iphone 11 hihi
Antara perkara kurengg sikit pasal S20 Plus ni :
- Fast charging yang fast sikit je dari fon lama. Dekat sejam juga nak cas penuh
- Teruja dengan fungsi wireless charging tapi casnya lebih lambat, dekat 2 jam! Lol- Nak pasang simcard / memory card kena cucuk dengan jarum. Kalau jarum hilang
- Sound memang padu tapi bila terlalu kuat fon rasa bergegar.
- Berat
- Tiada earphone jack. Tak tahu kenapa fon yang baru keluar tiada earphone jack sama seperti Note 10.
Wireless fast charging yang tidaklah fast seperti dijangka..
Walaupun harga dia boleh tahan juga tapi kita beli fon bukannya tiap tahun (gila kau bukan orang kaya upgrade fon tiap tahun hehe) boleh la untuk pakai sampai 5-6 tahun lagi. Lagipun untuk urusan kerja dan harian.
Adik beradik, perbandingan S20 Plus dan Note 3. Jauh beza umur. Spec pun of course dah jauh beza
Kalau tunggu beberapa bulan lagi confirm turun lagi harga Samsung S20 ni. Gadget macam ni memang sekejap turun harga. Saya beli lepas dapat diskaun di Lazada dan yang penting ori walaupun bukan beli dari Samsung official store Malaysia
Yang penting kepuasan dan kau tak terkenang-kenang kenapa kau tak beli, baik beli je kan. Rezeki masa PKP alhamdulillah rezeki blog pun ada. Overall memang puas hati walaupun belum habis explore lagi
Harap lepas ni nak buat kerja-kerja online ni lebih mudah lagi especially teaching, networking, blogging, youtubing etc...
Antara sample gambar Samsung S20 Plus yang saya ambil. (Belum habis explore cameranya lagi sebenarnya nanti update kemudian)
Back camera
Front camera
So last sekali jom layan video ni. Ragam dengan anak nak unboxing @ buka kotak Samsung S20 Plus, suka-suka rakam sebagai kenangan... 😁
Jangan lupa tekan butang subscribe ya supaya ini boleh datangkan semangat untuk upload video menarik lagi.
Beberapa tips untuk jaga handphone supaya tahan lama :
- nak bateri tahan lama cas fon ketika off atau dlm flight mode. Cas sebelum bateri bawah 20%
- pakaikan glass protector.
- pakai cover.
- elak dari budak bawah 5 tahun pegang.
- untuk kesihatan, jangan tidur sebelah handphone.
- anggaplah handphone seperti isteri sendiri 😁🥰
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2020/06/hello-samsung-s20-plus.html