Ini 8 Benda Anda Perlu Tahu Nak Bodek Hati Mentua Confirm Jadi
Ini 8 Benda Anda Perlu Tahu Nak ‘Bodek’ Hati Mentua, Confirm Jadi! Jika anda sudah mempunyai keputusan untuk berkahwin itu bermakna anda sudah bersedia untuk menempuh kehidupan anda bersama pasangan.
Tidak hanya itu, anda bukan sahaja dengan pasangan, malah anda juga berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya.
Bagi wanita sudah pasti memikat hati mentua bukanlah semudah yang anda sangkakan. Terutama sekali hati ibu pasangan anda. Ia menjadi lebih rumit apabila pasangan anda merupakan anak tunggal/sulung.
Anda tidak perlu risau, apa yang perlu anda lakukan hanyalah persediaan dari segi mental dan juga fizikal. Banyak cara sebenarnya nak pikat hati mak mentua ini yang anda boleh cuba.
1. Kenal keluarga terlebih dahulu
Jika anda dan pasangan sudah lama mengenali inilah masanya untuk anda berjumpa dengan ahli keluarganya. Cukuplah sekadar pengenalan diri yang ringkas terlebih dahulu supaya mereka tahu latar belakang anda.
2. Berpakaian kemas dan sopan
‘First impression’ itu sangat penting lebih-lebih lagi bila anda bertemu mentua anda. Pakaian melambangkan peribadi seseorang oleh itu pakailah pakaian yang kemas dan sedap mata memandang.
3. Komunikasi dengan mentua
Ya, komunikasi itu sangat penting. Kalau anda bukanlah jenis yang kuat bercakap cari topik yang mampu merancakkan perbualan anda dengannya. Supaya adanya komunikasi yang baik.
4. Bawa buah tangan
Cukuplah hanya sekadar buah-buahan atau kuih-muih supaya mereka rasa dihargai. Tak perlu beli barang yang mahal-mahal untuk pikat mereka. Apa yang penting adalah anda ikhlas.
5. Ringan tulang
Tolong-menolong lebih bagus daripada melihat semata. Ini adalah kualiti penting yang paling dicari oleh mentua tidak kira perempuan atau lelaki. Tawarkan sesuatu yang boleh anda tolong seperti membasuh pinggan atau mengemas.
6. Hormat tempat tinggal mereka
Jika pasangan anda berasal dari kampung, janganlah pulak anda memandang rendah dengan bandar mereka. Bila di rumah pula jangan sibuk mengadu panaslah atau tunjuk muka tidak suka anda.
7. Jangan bergaduh depan mentua
Perkara sebgini boleh memberi gambaran buruk sikap anda terhadap anak mereka. Sekali gus akan menimbulkan rasa marah mentua kepada anda. Lebih elok jika anda selesaikan masalah anda dan pasangan di tempat lain.
8. Ikhlas
Tidak kira dalam mana-mana perkara sekali pun niat itu paling penting. Jika niat anda ikhlas dan terima seadanya, in shaa allah anda pasti akan diredhai.
Sumber: Pesona Pengantin
The post Ini 8 Benda Anda Perlu Tahu Nak ‘Bodek’ Hati Mentua, Confirm Jadi! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/ini-8-benda-anda-perlu-tahu-nak-bodek-hati-mentua-confirm-jadi/