Ini 7 Nasihat Dari Doktor Untuk Ibu Yang Berpantang Sendiri


Oleh : Rusyainie Ramli

Berpantang sendiri?

Tak ada masalah pun.

Saya kongsikan cara berpantang yang tak menyusahkan diri dan orang lain. Dan yang paling penting, sesuai untuk rakyat marhaen yang tak ada kemampuan kewangan nak berpantang cara orang kaya.
Rusyainie RamliMengandung, bersalin dan berpantang adalah suatu perkara yang normal untuk wanita. Kerana itulah satu-satunya cara manusia untuk membiak. Kekangan budaya yang membuatkan ia suatu benda yang menyusahkan dan meremehkan sehingga langsung tak masuk akal.

1. Berurut dan bertungku HANYALAH UNTUK memanjakan diri. Tak wajib. Harga yang dikenakan tukang urut bukan murah. Saya tak pernah menyarankan pada pesakit saya untuk mengambil tukang urut. 3 hari berurut RM300 - RM500. Tu boleh tampung makanan berkhasiat untuk satu keluarga. Kalau mampu silakan la. Tapi bukan untuk sengkak la, angkat rahim sampai ke langit la. Bukan. Hanya untuk relaks.

2. Makan minum seperti biasa. Ikut sukatan;  

👉 Suku karbohidrat 
👉 Suku protein 
👉 Separuh sayur dan buah

Tak ada pantang larang makan minum yang tak berasas yang diwarisi dari nenek moyang kita yang tak dapat akses kepada makanan berkhasiat macam kita sekarang. Ayam, ikan, daging, telur, udang, sotong, kerang semua boleh lah nak makan. Kalau sebelum ni tak ada alahan pada makanan tu semua, dalam berpantang lepas bersalin pun samalah. Tak ada istilah ikan gatal la bagai.

Luka cepat sembuh dengan protein sebab protein gunanya untuk membaiki sel-sel yang rosak. Luka yang bernanah adalah disebabkan jangkitan bakteria. Bukan sebab makanan. Tolong tanam fakta tu dalam kepala dan turunkan ilmu yang betul kepada generasi akan datang.

Gambar Hiasan - GoogleSayur dan buah makan ikut porsi yang KKM cakap tu. Tak ada istilah sayur menjalar tak boleh la. Sayur buah tu ada vitamin, mineral dan serat yang sangat penting untuk kita sembuh cepat dan sihat.

Sesetengah sayur dan buah susah sikit nak dihadam oleh bakteria di usus dan menghasilkan gas. Tu saja. Tak ada masalah pun. Apa pun yang kita makan akan dicernakan dalam sistem digestif. Makan lah tembikai ke, nenas ke, apa sekali pun, dengan kadar sederhana.

Pening kepala saya, kenapalah pelik sangat budaya bangsa saya ni. Saya fahamlah nenek moyang kita dulu tak ada ilmu sains. Mereka turunkan petua semua berdasarkan pemerhatian saja. Tapi kita ni yang belajar sains kat sekolah dari darjah 1, kenapa masih di takuk lama?

Makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan bilis tu TAK BERKHASIAT! Protein mana? Dapat karbohidrat dan kandungan garam tinggi saja!

Masakan cara bakar, rebus, singgang, stim tu memang lebih baik dari goreng dengan minyak banyak, tapi kan, kenapa nak menipu diri sendiri? Masa 42 hari tulah masakannya begitu? Yang beratus hari lagi tu? Amalkan la cara masakan tu seumur hayat.

Yang kelakar, pantang belum pun habis, dah merancang nak makan apa nanti dan senarai tu tak ada pun makanan yang sihat. Haih la. Menipu diri sendiri lagi.

Makan dalam pantang untuk mereka yang bersalin normal atau Caesarean SAMA. Tak ada beza. Sebenarnya cara makan yang sama mesti diamalkan sepanjang hayat. Bukan hanya 42 hari.

3. Minum air yang cukup. Tak kiralah sejuk ke panas ke suam ke. Bani pantang tegar sangat alergik dengan ais. Kasihan betul. Agaknya kan mereka tak pernah dengar kot tempat kat dunia yang ada musim panas yang sangat terik macam kat Arab tu. Agaknya kan kalau mereka berpantang kat situ, tahan ke dengan berstokin, berbaju tebal, tak ada pendingin hawa atau kipas dan minum air panas?

Air kosong tak kiralah suhunya apa kalorinya 0. Kajian menunjukkan kalau minum air sejuk, kita akan minum lebih banyak berbanding air suam kalau lepas aktiviti fizikal. Matahari panas lit lit suruh minum air panas dah kenapa. Tapi milo cicah biskut tu pula yang dibanggakan mereka tu, hanya penuh dengan gula dan gula. Lepas tu berat badan tak turun-turun, dok salahkan tak pantang. Padahal yang dia makan tu kalorinya dah berapa.

Air takkan menyebabkan urat kembang. Atau becak kat vagina. Tu momokan yang tak logik. Sudahlah tu. Jangan dengar cakap mereka yang suruh minum air dengan sudu. Air pun air herba apa entah. Tu mendera namanya! Nak suruh mak-mak ni dehidrasi agaknya!

4. Sihat dalaman tu adalah mitos yang saya tak faham. Apa maksud? Rahim kecut sendiri secara normalnya dalam masa 4 ke 6 minggu lepas bersalin. Tak payah nak buat apa-apa. Jamu dan maajun semua tu adalah produk sampah yang dijaja untuk menjatuhkan maruah wanita. Tak ambil kononnya nanti peranakan jatuh, buncit abdomen, faraj longgar, semua tu hanyalah mitos yang meletakkan wanita semata-mata sebagai objek seksual lelaki.

Untuk mengelakkan tombong. Senaman Kegel. Habis cerita.

Silakan bangun berjalan dan bergerak masa dalam pantang. Terbaring saja tu meninggikan risiko darah beku di kaki. Darah beku di kaki yang terserpih dan masuk ke saluran darah pulmonari adalah salah satu sebab kematian mak dalam pantang. Jangan bagi banyak alasan. Buatlah kerja rumah tu selagi mampu.

5. Belajar tentang perubahan fizikal pada diri yang berlaku. Sekiranya ada simptom seperti demam menggigil, pergilah ke klinik. Dapatkan nasihat doktor. Bukan panggil makcik bawang mana entah yang mulalah buat diagnosis sendiri. Dia tu tak sudah dok salahkan tak pantang padahal mak tu rupanya ada jangkitan kuman. Pandai dia dari doktor.

6. Berbengkung bukan untuk bagi abdomen kempis. Tu kena bersenam. Ianya hanya sebagai sokongan pada postur badan. Itu saja. Berpilis, tak mandi berhari-hari, sanggul rambut ketat-ketat dan tinggi-tinggi tu semua perkara sia-sia. Nak buat juga silakan lah. Tapi tulah busuk la kalau tak basuh rambut kan. Tak adanya air masuk ikut kepala, kulit kita ni bukan span nak serap air.

7. Suplemen lepas bersalin? Tak payah kecuali doktor yang bukan cap ayam nasihatkan. Set bersalin yang harga beratus RM? Tu lagilah tak payah. Sampah saja. Makanan yang lengkap nutrisi, segar dan cukup jumlahnya dah terbaik dah tu. Makanan yang asal takkan boleh diganti oleh pil, jus, kapsul atau seangkatan dengannya.

Tak payah nak stres pasal berpantang ni. Hidup macam biasa dengan sedikit limitasi. Raikan kehadiran orang baru dalam keluarga kita. Abaikan segala tohmahan makcik bawang. Kita dah bertahun belajar sains kan, maka dah tiba masanya kita jadi bijak, cerdik dan pandai.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/04/ini-7-nasihat-dari-doktor-untuk-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baik Dan Buruk Surirumah Bekerja Sendiri Dari Rumah Dari Perspektif Ibu Anak Empat

Baik Dan Buruk Surirumah Bekerja Sendiri Dari Rumah Dari Perspektif Ibu Anak Empat

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 902 hits
Menjadi surirumah sambil menjadikan ruang di rumah ini sebagai ofis tidak pernah mudah Anak anak tidak faham bagaimana mama bekerja tetapi masih di rumah menguruskan mereka kerja kerja rumah dan sebagai driver sepenuh masa Apabila semuanya ...
Kalau Ibu Menyusu Sakit Mesti Beritahu Doktor Ada Ubat Tak Selamat Digunakan

Kalau Ibu Menyusu Sakit Mesti Beritahu Doktor Ada Ubat Tak Selamat Digunakan

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 415 hits
Ibu yang menyusukan mesti tahu info ini Ada sesetengah ubat ubatan tidak boleh diambil semasa dalam proses penyusuan susu ibu kepada bayi Ibu tidak terkecuali akan mengalami masalah kesihatan Kadang kadang ada ibu yang ambil keputusan untuk...
Semua Dia Buat Sendiri Ibu Kongsi Hobi Anak Autismenya Buat Ramai Kagum

Semua Dia Buat Sendiri Ibu Kongsi Hobi Anak Autismenya Buat Ramai Kagum

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 377 hits
Semua Dia Buat Sendiri Ibu kongsi Hobi Anak Autismenya Buat Ramai Kagum Siapa sangka koleksi kereta Hot Wheels ini dikumpul oleh seorang anak istimewa yang menghidap autisme sejak berusia tujuh tahun Menurut ibunya Norlaila semua kereta mai...
Biarkan Syahmi Menangis Di Sisi Mamanya Nasihat Doktor Tengok Reaksi Fadilla Selepas Koma

Biarkan Syahmi Menangis Di Sisi Mamanya Nasihat Doktor Tengok Reaksi Fadilla Selepas Koma

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 448 hits
Mama walaupun masih belum mampu mengangkat dan memegang Muhammad Syahmi tetapi air mata dah membuktikan segalanya Walaupun tak mampu nak ucapkan sayang hanya linangan air mata dah mengambarkan kerinduan yang tak tertanggung oleh Nur Fadilla...
Rangkuman Kisah Alia Kanak Kanak Yang Didera Pengkid Kekasih Ibu Kandungnya Sendiri

Rangkuman Kisah Alia Kanak Kanak Yang Didera Pengkid Kekasih Ibu Kandungnya Sendiri

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 566 hits
Oleh Episod i Cikgu saya tidur dalam bilik air hampir setiap malam Kena basuh baju 5 orang guna tangan Adik saya pula tidur kat luar atas simen kata Alia sambil tersenyum Demi Tuhan aku tidak pernah sebak seperti hari ini Dah banyak kes aku...
Saya Tak Pandai Didik Anak Macam Anda Ibu Mua 11 Tahun Luah Rasa Sedih Anak Dike Cam Netizen

Saya Tak Pandai Didik Anak Macam Anda Ibu Mua 11 Tahun Luah Rasa Sedih Anak Dike Cam Netizen

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 423 hits
Saya Tak pandai didik anak macam anda Ibu MUA 11 tahun luah rasa sedih anak dike cam netizen Sebelum ini telah tular kemahiran bersolek seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun ramai yang tidak percaya bahawa kanak kanak ini mampu mem...
Pesakit Kanak Kanak Boleh Drive Mercedes Atau Volkswagen Beetle Sendiri Buat Mereka Jadi Teruja Ke Dewan Pembedahan

Pesakit Kanak Kanak Boleh Drive Mercedes Atau Volkswagen Beetle Sendiri Buat Mereka Jadi Teruja Ke Dewan Pembedahan

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 405 hits
Orang dewasa pun takut mahu masuk ke dewan pembedahan apatah lagi kanak kanak Berhadapan dengan ketakutan pesakit kecil yang tidak mahu ke dewan pembedahan seorang jururawat di Doctors Medical Center in Modesto California mendapat idea untu...
Kasih Seorang Isteri Sempat Tolak Suami Elak Kemalangan Ibu Hamil Pergi Dulu Bersama Kandungan

Kasih Seorang Isteri Sempat Tolak Suami Elak Kemalangan Ibu Hamil Pergi Dulu Bersama Kandungan

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 476 hits
Kasih sayang seorang isteri untuk suami sempat selamatkan suami tersayang sebelum diri sendiri maut dalam kemalangan Tindakan ini tidak disangka menjadi punca pemergian ibu ini bersama kandungan empat bulan Kejadian yang melibatkan motorsik...
Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Melawat Bayi Baru Lahir Jangan Sampai Ibu Dan Bayi Stres

Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Melawat Bayi Baru Lahir Jangan Sampai Ibu Dan Bayi Stres

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 683 hits
Dengar sahaja berita kelahiran sama ada ahli keluarga atau rakan setiap daripada kita mesti teruja untuk melawat bayi baru lahir Walaubagaimanapun kita perlu tahu bayi yang baru lahir amat sensitif kerana mereka sedang membiasakan diri kepa...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian