Ini 7 Idea Masak Sup Tulang Boleh Cuba Salah Satu Di Aidil Adha Nanti
Sup antara menu paling digemari setiap kali tibanya Aidil Adha, selain mudah disediakan sup juga lebih segar bila dinikmati. Sesuai dipadankan dengan nasi mahu pun roti atau pelbagai jenis mi. Kepada anda yang menggemari sup, kali ini RASA bawakan lapan jenis sup dari sup tulang rawan, ekor, gear box, rusuk, mahupun keting keting.
Wau sedapnya kalau ditambah dengan sedikit sambal kicap. Memang berpeluh menghirup kuahnya. Apa lagi cubalah salah satu sup yang berkenan.
.
SUP TULANG RAWAN
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rawan1 sudu makan rempah sup1 sudu makan serbuk ketumbar2 batang serai | titikDaun sup secukupnya | hiris halusDaun bawang secukupnya | hiris halusSerbuk lada hitam/ putih secukupnyaGaram dan perasa secukupnyaSedikit ,minyak untuk menumisBAHAN PENUMIS:
2 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang4 biji buah pelagaBAHAN KISAR:
6-8 ulas bawang merah4 ulas bawang putih3cm haliaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah palaga. Tumis hingga wangi.Seterusnya masukkan bawang merah,bawang putih dan halia, kacau lagi hingga naik bau.Masukkan rempah sup dan ketumbar. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan serai.Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.Masukkan tulang rawan dan biarkan sampai empuk barulah garam dan serbuk perasa secukupnya.Setelah daging empuk dan secukup rasa. masukkan daun sup dan bawang goreng.Sup sedia untuk dihidang.
SUP URAT KETING
BAHAN-BAHAN:
1kg urat keting3 sudu makan rempah sup1 keping asam gelugorGaram dan perasa secukupnya3 sudu makan minyak masakBAHAN HIRIS:
4cm halia3 biji bawang besar6 ulas bawang putihBAHAN LAIN:
Daun sup | hirisDaun bawang | hirisBawang gorengSambal kicapCARA MEMASAK:
Rebus urat keting dan rempah sup dalam preasure cooker hingga empuk.Goreng bawang besar,putih dan halia hingga garing.Tambahkan air.dalam sup tadi , biarkan mereneh seketika.Perasakan dengan garam dan perasakan secukupnya.Setelah urat keting lembut dan kuah secukup rasa, tutup api.Sebelum dihidangkan taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.Hidangkan panas=panas.
.
SUP TULANG MERAH SINGAPURA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Direbus Sekali:
2kg tulang kambing dengan isi | dicuci bersih dan toskan4cm halia | dihiris nipis6 ulas bawang putih | dititik1 sudu makan garamBahan Rempah Penumis:1 batang kayu manis2 kuntum bunga lawang5 biji buah pelaga10 kuntum bunga cengkihBahan Kisar:
3 biji bawang besar15 biji bawang merah5cm halia12 ulas bawang putihBahan Lain:
5 biji kentang | kupas dan belah empat1 batang lobak merah | dipotong kiub3 biji tomato merah | dipotong dadu2 biji bawang besar | dpotong dadu2 biji telur, dipukul sedikit3 sudu makan penuh tomato pure2 sudu makan sos tomato1sudu makan kicap masin4 sudu makan cili kisar2 sudu makan rempah kari daging2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan satu cawan airGaram dan gula secukup rasaSedikit pewarna merahHirisan daun ketumbarKacang pis | jika sukaBawang goreng secukupnyaAir secukupnyaCARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, masukkan rempah penumis, tomato didadu.
2. Diikuti bahan kisar, kacau hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau rata dan masak timbul minyak.
4. Seterusnya tambah tomato puri dan sos tomato, kecilkan api dan terus kacau lebih kurang lima minit.
5. Masukkan tulang kambing, gaul rata dan tuang air secukupnya. Kacau dan biarkan mendidih.
6. Masukkan kentang, bawang besar dan lobak merah. Masak hingga kentang dan lobak merah empuk.
7. Tambahkan pewarna merah, garam, gula, kicap, kacang pis dan daun ketumbar.
8. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.
SUP GEAR BOX
BAHAN-BAHAN:
2 ketul gearbox | rebus hingga empuk1 sudu makan rempah kurma1 sudu makan rempah supGaram dan perasa secukup rasa1 sudu teh serbuk lada sulah2 sudu makan minyak masakBAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis4 ulas buah pelaga2 kuntum bunga lawang5 kuntum bunga cengkihBAHAN HIRIS:
6 ulas bawang merah4 ulas bawang putih3cm halia mudaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.Masukkan rempah sup dan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air.Kacau rata dan masukkan sedikit air, biarkan tumisan rempah pecah minyak baru masukkan gearbox bersama air rebusanya ke dalam periuk.Setelah mereneh, perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan perasa secukupnya.Apabila cukup rasa, tutup api dan sup sedia dihidangkan.
.
SUP DAGING ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan3-4 biji cili padi3 sudu tepung dhal | dibancuh bersama sedikit air1 kiub pati daging1 sudu kecil garamSedikit daun ketumbarSedikit daun bawang1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasarBAHAN TUMIS:
4 sudu makan rempah sup100gm bawang kecil | dikisar halus30gm bawang putih | dikisar halus50gm halia | dikisar halus2 batang kayu manis2 kuntum bunga lawangSedikit bunga cengkih dan buah pelagaCARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.
.
SUP EKOR SPECIAL
BAHAN-BAHAN:
400gm ekor | bersihkan dan rebus ¾ masak400ml air rebusan ekor1 biji tomato | belah 41 batang saderi | potong1 batang serai | titik5 tangkai cili padi | ketuk1 keping asam gelugur2 inci lengkuasGaram dan serbuk perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali ekor.
2. Masukkan air rebusan ekor tadi ke dalam periuk dan didihkan.
3. Biarkan kuah sup mendidih seketika dan masukkan ekor dan tutup api.
4. Angkat dan sedia dinikmati panas.
.
SUP TULANG RUSUK
BAHAN-BAHAN:
400gm tulang rusuk lembu | bersihkan dan rebus ¾ empuk400ml air rebusan tulang3 biji buah pelaga1 batang kulit kayu manis50gm rempah sup2 inci halia | hiris tebal1 batang serai | titik1 keping asam gelugurGaram dan serbuk perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
Didihkan air rebusan tulang tadi dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali tulang, garam dan serbuk perasa.Biarkan kuah mereneh dan mendidih seketika dan masukkan tulang rusuk.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau sekata.Angkat dan sedia dinikmati..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/07/ini-7-idea-masak-sup-tulang-boleh-cuba.html