Ini 7 Cara Bagaimana Iphone Naik Taraf Kamera Mereka Melalui Ios 14 Nanti
iOS 14 sudahpun boleh dimuat untuk versi Beta. Seperti korang semua tahu, iOS. 14 membawakan beberapa ciri baru kepada iPhone korang termasuklah sistem kamera. Dipetik 9To5Mac, dikatakan iOS4 akan menaik taraf kamera pada iPhone dengan beberapa jalan atau cara. Berikut adalah 7 cara bagaiamana kamera iPhone dinaik taraf.
Faster Shots
Sumber gambar dari AppleInsiderApa yang lebih penting sebagai sebuah kamera mudah alih melainkan dapat menangkap momen unik dengan pantas. Dikatakan iOS 14 nanti, kira-kira masa untuk mengambil gambar pertama disingkatkan dengan 25% kelajuan, manakala gambar kedua pula adalah 90% kelajuan. Bagi Potrait Mode, masa untuk gambar diambil ditingkatkan sehingga 15%. Perubahan ini secara automatik akan berada pada semua peranti yang menjalankan iOS 14.
Fast Shooting Sebagai Keutamaan
Sumber gambar dari ElectroDealProSelain dari Faster Shots untuk menangkap gambar pada iOS 14, kemaskini berkenaan turut menyertakan option baru untuk menjadikan proses berkenaan lebih laju. Dengan pilihan Fast Shooting pada Setting, kamera iPhone secara intelligent mengadaptasi image processing apabila korang menekan shutter dengan cepat. Meskipun mengambil masa sedikit untuk iOS improve shot korang namun korang akan mendapat kualiti yang lebih baik capturing specific moment.
Night Mode Yang Dinaik Taraf
Sumber gambar dari iOS Gadget HacksSetakat ini IPhone belum lagi melakukan apa-apa perubahan pada Night Mode untuk iPhone 11 namun ciri ini sekarang digunakan dengan built-in gyroscope yang membantu korang menjadikan iPhone korang lebih steady saant melakukan shot.
Volume Up Untuk Burst Mode
Sumber gambar dari iOS gadget HacksBurst Mode membolehkan korang menangkap gambar dengan banyak dalam satu sequences dan memilih gambar yang terbaik dari sequence berkenaan. Option terbaru pada iOS 14 ini akan membelohkan korang melakukan Burst Mode dengan menekan butang volume up pada Camera berkenaan. Manakala butang volume down pula adalah untuk QuickTake recording namun pada supported devices sahaja.
QuickTake Dan In-Camera Resolution Setting
Sumber gambar dari TapSmartModel seperti iPhone 11 dan SE 2020 sudahpun dilengkapi dengan QuickTake, yang membolehkan korang merakam terus momen-momen tertentu tanpa menukar kepada mode video pada app Camera terlebih dahulu. Video Format Control juga dimasukkan dalam camera setting, di mana membolehkan korang menukar terus resolusi yang korang inginkan pada Camera tanpa perlu pergi ke Setting untuk berbuat sedemikian.
Mirror Front Camera
Sumber gambar dari 9to5MacKalau korang perasan, setiap kali korang lakukan selfie, mesti korang akan perasan bahawa gambar yang diambil adalah lain dari yang korang tengok secara live preview saat mengambil selfie. Ini kerana Camera berkenaan menunjukkan kepada korang mirrored preview walhal untuk versi yang disimpan adalah tidak. Jadi dengan ada kemaskini kamera pada iOS 14 nanti, korang akan diberi pilihan untuk menyimpan gambar seperti yang korang tenngok secara live preview sangat selfie dengan Mirror Front Camera.
Exposure Control
Sumber gambar dari TapSmartPilihan lain yang ditawarkan pada iOS 14 untuk kamera nanti ialah korang boleh set dan lock exposure level untuk semua gambar dan video yang diambil. Ini bermakna bahawa korang tak perlu lagi adjust exposure level pada setiap individual shot. Berita buruk, pilihan ini hanya tersedia untuk iPhone XR dan keatas sahaja.
OHMEDIA:PIHAK APPLE TIDAK MEMBUAT PERUBAHAN BESAR IOS UNTUK CAMERA TAHUN INI, NAMUN PENINGKATAN INI TENTUNYA MEMBUATKAN KORANG MENIKMATI PENGALAMAN YANG LEBIH MENGGUNAKAN IPHONE LEBIH BAIK.
Kredit: 9to5Mac
+ Baca respon pembaca 7 cara iPhone naik taraf kamera melalui iOS 14 di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2020/07/ini-7-cara-bagaimana-iphone-naik-taraf.html