Ini 5 Sebab Bayi Cepat Panas Berpeluh Walaupun Dah Duduk Dalam Aircond


Ini 5 Sebab Bayi Cepat Panas & Berpeluh Walaupun Dah Duduk Dalam ‘Aircond’. Mak-mak mesti selalu jumpa kesan peluh pada tilam yang bayi tidur bila mereka diangkat atau dialihkan dari tempat tidur. Bukan main banyak peluh mereka kan?
Kadangkala rasa hairan juga sebab kita tak rasa panas pun. Ada tu, siap dah pasang aircond lagi, tetap juga berpeluh. Sebagai mak, dah tentulah rasa kasihan pula kalau bayi rasa tak selesa. Kalau terlalu banyak peluh pun boleh menyebabkan ruam.
Tapi kenapa bayi cepat berpeluh, terutamanya pada waktu malam atau ketika tidur?
Jom ketahui beberapa puncanya. Sebenarnya, bayi berpeluh ketika tidur memang biasa berlaku, terutamanya dalam iklim tropika seperti kita di Malaysia.
Sekalipun ianya normal, namun ada beberapa perkara yang perlu kita tahu tentangnya.
1. SISTEM SARAF YANG BELUM MATANG
Alasan yang pertama ini adalah punca bayi berpeluh yang paling biasa berlaku dan tak perlu dirisaukan oleh ibu ayah.
Bagi bayi yang masih kecil, mereka amat sensitif terhadap persekitaran. Oleh kerana sistem saraf mereka belum matang, tubuh bayi belum mampu lagi untuk mengawal suhu badannya. Maka, pertambahan kecil dalam suhu persekitaran boleh menyebabkan bayi berpeluh dengan lebih banyak berbanding orang dewasa.

2. PAKAIAN YANG KURANG SESUAI
Memang excited belikan bayi bedung, barut, stokin dan topi. Baju pula berfesyen-fesyen, siap dengan renda, bunga-bunga besar, dan berlapis-lapis pula. Nampak comel betul bila dipakai dek bayi, kan? Tapi kita mungkin tak perasan yang bayi sebenarnya kepanasan dan tidak selesa.
Seeloknya pakaian bayi dibuat daripada kain kapas yang menyerap peluh. Kalau nak dibedung pun, gunalah kain yang nipis dan sesuai dengan suhu bilik ya.
3. HIPERHIDROSIS
Hiperhidrosis adalah kondisi di mana peluh berlebihan dihasilkan di luar keperluan fisiologi badan. Dalam erti kata lain, mereka ini memang jenis yang ‘kuat berpeluh’. Ia mungkin disebabkan faktor keturunan, yang bermula di zaman kanak-kanak atau remaja dan mungkin berterusan selama beberapa tahun.
Biasanya kita boleh mengesan mereka yang mengalami masalah ini mempunyai kaki dan tangan yang cepat berpeluh berbanding anggota badan lain.
Sungguhpun ia tidak merbahaya, namun ibu ayah perlu memantau kondisi ini supaya anak kekal selesa.
4. MASALAH JANTUNG
Apa yang membimbangkan, bayi yang kerap berpeluh dikhuatiri mempunyai masalah jantung. Bayi yang mengalami masalah ini boleh dikenalpasti apabila mereka kerap berpeluh semasa menyusu dan semasa aktif, bukannya semasa tidur.
Bayi juga biasanya kelihatan letih ketika aktif seolah-olah membuat senaman yang berlebihan kerana jantungnya yang agak lemah.

5. MASALAH KESIHATAN LAIN
Selain daripada punca yang disenaraikan di atas, peluh yang berlebihan pada bayi mungkin boleh berpunca daripada masalah sistem saraf, masalah pernafasan, kelenjar tiroid yang terlalu aktif mahupun gangguan genetik.
Walaupun keadaan ini jarang berlaku, namun ibu ayah seharusnya merujuk kepada pakar sekiranya terdapat sebarang perkara yang luarbiasa pada anak.
JANGAN GUNA UBAT SEBARANGAN
Jika anak anda selalu berpeluh, anak kecil dan bayi memang mudah terkena ruam panas. Ruam ini selalunya terdapat di bahagian-bahagian badan yang terlipat dan tertutup oleh pakaian misalnya ruang lampin, celahan kulit pada sendi dan leher.
Jika ini berlaku, jangan bubuh sebarang ubat atau krim kulit pada ruam tanpa nasihat doktor, kerana ia mungkin mengandungi bahan-bahan yang akan merangsang kulit bayi dan menyebabkan ruam menjadi lebih teruk.
*Rujukan: DoktorBudak.com, TheAsianParent.com.my, UtusanMalaysia
Bahaya Atau Tidak Sekiranya Anak Anda Kuat Berpeluh?

Adakah anda mempunyai anak-anak yang kuat berpeluh pada waktu mereka menyusu atau tidur? Jika ya, mari baca ulasan ini. Adalah normal sekiranya seseorang bayi atau kanak-kanak berpeluh ketika menyusu atau tidur.
Ini kerana anak-anak yang menyusu badan, keadaan badan ibu dan bayi akan bersentuhan. Ketika ini, badan bayi akan berasa panas dan seterusnya bayi perlu mengeluarkan peluh untuk menstabilkan suhu badan mereka.
Namun, naluri seorang ibu itu sentiasa betul. Jika anda berasa peluh tersebut terjadi dengan berlebihan, anak anda mungkin mempunyai beberapa masalah kesihatan. Antaranya adalah;
1. HYPERTHYROIDISM
Hyperthyroidism ialah sejenis penyakit kelenjar thyroid di bahagian leher yang terlalu aktif dan menyebabkan peluh terjadi dengan banyak.
Selain berpeluh, bayi akan sukar tidur, mudah merasa penat, sentiasa rasa gelisah, tidak selesa dan kerap membuang air besar.
Penyakit ini sebenarnya boleh dikesan sejak dari dalam kandungan lagi. Sekiranya tidak dirawat, penyakit ini boleh menjejaskan kesihatan anak anda dan akan menggangu prestasi ketika mereka dewasa nanti.
2. Masalah jantung kongenital
Merupakan salah satu penyakit yang berkaitan dengan jantung yang tidak terbentuk dengan sempurna ketika di bayi dalam kandungan.
Apabila bayi lahir, ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh badan dan membuatkan anak anda berpeluh dengan berlebihan.
3. Hiperhidrosis
Keadaan ini selalunya terjadi ketika anak anda sedang tidur atau bermain di dalam bilik berhawa dingin. Sekiranya anak anda masih berpeluh walau berada di dalam suhu berhawa dingin anak anda mungkin mempunyai gejala di atas.
Ini kerana, mereka perlu berpeluh lebih daripada biasa untuk mengekalkan suhu badan mereka. Selalunya mereka yang mempunyai tangan dan kaki yang berpeluh mempunyai keadaan hiperhidrosis ini.
Sekiranya anda masih berasa ragu-ragu dengan tahap kesihatan anak anda, sila dapatkan penjelasan lanjut daripada doktor pakar anak anda.
The post Ini 5 Sebab Bayi Cepat Panas & Berpeluh Walaupun Dah Duduk Dalam ‘Aircond’ appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/ini-5-sebab-bayi-cepat-panas-berpeluh-walaupun-dah-duduk-dalam-aircond/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Selalu Berkahak Nafas Bunyi Lendir Kerap Ruam Panas Atau Susu Petanda Awal Mungkin Ekzema

Bayi Selalu Berkahak Nafas Bunyi Lendir Kerap Ruam Panas Atau Susu Petanda Awal Mungkin Ekzema

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 1619 hits
Kebanyakan anak anak ekzema masa lahir normal tapi selang beberapa bulan mula menunjukkan tanda tandanya Bagaimanapun di peringkat awal ibu bapa tak sedar kerana ia hanya merah merah di bahagian kulit dan tak teruk pun Namun bila keadaan in...
Ibu Kongsi 6 Aktiviti Rangsangan Untuk Bayi Yang Boleh Duduk Nampak Mudah Tapi Banyak Manfaatnya

Ibu Kongsi 6 Aktiviti Rangsangan Untuk Bayi Yang Boleh Duduk Nampak Mudah Tapi Banyak Manfaatnya

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 859 hits
Jangan pandang rendah kepada aktiviti rangsangan kepada si kecil Sesuaikan setiap aktiviti dengan tahap perkembangan anak Ibu ini berkongsi 8 aktiviti yang dilakukan bersama bayinya ketika anaknya sudah boleh duduk Rangsangan atau aktiviti ...
Cara Cepat Kuruskan Badan Yang Berkesan Dengan Hanya Menggunakan Air Rebusan Epal

Cara Cepat Kuruskan Badan Yang Berkesan Dengan Hanya Menggunakan Air Rebusan Epal

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 674 hits
Inilah Cara Cepat Kuruskan Badan Yang Berkesan Dengan Hanya Menggunakan Air Rebusan Epal Mungkin ada yang belum tahu bagaimana air rebusan dari epal boleh menguruskan badan dengan cepat dan sangat berkesan jika diamalkan secara betul Khasia...
9 Tips Luka Czer Cepat Sembuh Supaya Tidak Bernanah Berdarah Dan Berair

9 Tips Luka Czer Cepat Sembuh Supaya Tidak Bernanah Berdarah Dan Berair

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 3136 hits
Sekarang ni ramai yang mengalami komplikasi sewaktu hamil sehinggakan terpaksa bersalin secara pembedahan atau czer Mereka perlu memastikan kawasan luka czer cepat sembuh supaya kawasan luka tersebut tidak dijangkiti kuman Memang mudah bers...
Kemenhub Penghentian Proyek Kereta Cepat Dan Lrt Jabodetabek Hanya Di Area Tertentu

Kemenhub Penghentian Proyek Kereta Cepat Dan Lrt Jabodetabek Hanya Di Area Tertentu

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 236 hits
Kepala Biro Komunikasi dan Informasi Publik Kemenhub Hengki Angkasawan mengatakan hal itu terkait dengan upaya mengurangi kemacetan yang terjadi di Tol Jakarta Cikampek di mana pemerintah mengambil kebijakan untuk melakukan pengaturan waktu...
Karena Cepat Sembuh Ya Sudah Biasa Ucapkan Saja 9 Kalimat Ini Saat Dia Sakit Dan Butuh Perhatian

Karena Cepat Sembuh Ya Sudah Biasa Ucapkan Saja 9 Kalimat Ini Saat Dia Sakit Dan Butuh Perhatian

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 268 hits
Karena cepat sembuh ya pun sudah terlalu mainstream cobalah ganti dengan kalimat yang lebih romantis dan mengena
Tips Penyimpanan Susu Badan Agar Tidak Cepat Rosak

Tips Penyimpanan Susu Badan Agar Tidak Cepat Rosak

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 730 hits
Susu badan atau air susu ibu yang telah diperah kekuar mempunyai syarat syarat penyimpanan yang ketat yang perlu ibu patuhi Macam Xu sendiri yang masih megekalkan penyusuan ekslusif buat baby Ora memang banyak Xu melabur membeli keperluan m...
Ulama Golongan Berserban Agamawan Dan Akademik Bahasanya Indah Dan Tidak Cepat Terbang Allah Sudah Tunjukan 8723

Ulama Golongan Berserban Agamawan Dan Akademik Bahasanya Indah Dan Tidak Cepat Terbang Allah Sudah Tunjukan 8723

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 408 hits
Bersih yang jika berhimpun tiada matlamat lain selain menggulingkan kerajaan Gulingkan kerajaan cuma provokasi kerajaan waktu itu agar Bersih dipandang negatif Penganjur Bersih pun ada kalangannya pengamal undang undang Gerakan tolak ICERD ...
Anak Yang Dah Terbiasa Dibacakan Buku Sebelum Tidur Boleh Jadi Cepat Pandai Dan Petah Bercakap

Anak Yang Dah Terbiasa Dibacakan Buku Sebelum Tidur Boleh Jadi Cepat Pandai Dan Petah Bercakap

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 470 hits
Membaca buku pada anak sebelum tidur sangat bagus terutama dalam merangsang otaknya Tak perlu tunggu anak masuk tadika untuk buat rutin ini Seawal setahun pun dah boleh mulakan walaupun anak masih belum memahaminya Bukan sahaja baik untuk p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord