Ini 10 Persediaan Perlu Dibuat Untuk Menyambut Kedatangan Ramadhan


 

Alhamdulillah, bulan Ramadhan bakal menjelang tiba tidak lagi. Satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bagaimanakah persediaan kita bagi mengharungi Bulan Ramadhan penuh dengan ‘SOP’ pada tahun ini?
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah سبحانه وتعالى .
1) Berdoalah agar Allah سبحانه وتعالى. Memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksimum dan terbaik pada bulan itu, sama ada puasa, solat, tilawah Al-Quran dan zikir.
Para salafussoleh selalu memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar dikurniakan bulan Ramadhan dan berdoa dengan penuh pengharapan agar Allah سبحانه وتعالى menerima amal mereka.
Seboleh-bolehnya berdoalah sebagaimana doa yang diajar oleh Rasulullah SAW seperti dalam hadith daripada Abdullah Bin Umar berikut:
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالَأمْنِ وَالإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالِإسْلَامِ، وَالتَّوْفِيقِِ لِمَا تُحِبُّ رَبَّنَا وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللَّهُ
(Allaahu Akbar, Allaahumma ahillahu ‘alayna bil amni wal iimaan, wassalaamati wal-Islaam, wattawfeeqi limaa tuhibbu Rabbanaa wa tardhaa, Rabbunaa wa Rabbukallaahu.)
“Allah Maha Besar, Ya Allah, terbitkanlah ke atas kami bulan sabit dengan membawa keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, serta taufik untuk melakukan segala yang Engkau redha. Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah.”
(HR. At-Tirmidzi & Ad-Darimi)
2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى atas kurniaan Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkarnya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.”
Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah سبحانه وتعالى kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah ﷺ selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datangnya bulan Ramadhan,
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.”
(HR. Ahmad)
Para Salafussoleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.
4) Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin daripada bulan Ramadhan. Tempoh masa bulan Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isilah setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى.
5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Sesiapa yang jujur kepada Allah سبحانه وتعالى, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. Firman Allah سبحانه وتعالى :
فَإِذَا عَزَمَ الْأَمْرُ فَلَوْ صَدَقُوا اللَّـهَ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ {٢١}
“Maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.”
(Surah Muhammad 47 : 21).
6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan berlandaskan ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah سبحانه وتعالى. Firman Allah سبحانه وتعالى :
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Maka bertanyalah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Anbiya’ 21 : 7)
7) Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan segala dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar daripada segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. Firman Allah سبحانه وتعالى :
وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(Surah An-Nur 24 : 31)
8) Mempersiapkan mental, fizikal dan rohani kita dengan bacaan yang membantu proses penyucian jiwa atau nafsu kita (tazkiyatun-nafs). Hadirilah majlis ilmu yang membincangkan tentang keutamaan, hukum dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan di sepanjang bulan Ramadhan.
9) Persiapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan membuat catatan ringkas merangkumi puasa dan tarawih untuk edaran umum serta memberikan buku kecil atau lembaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.
10) Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih kepada Allah سبحانه وتعالى, dengan taubatan nasuha yakni taubat yang sebenar-benarnya. Hayati perjuangan dan mentaati Rasulullah ﷺ, dengan meneruskan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Mempereratkan hubungan silaturahim, berpesan-pesan tentang kebaikan dan amal kepada seluruh ahli keluarga, ibu bapa, isteri, anak-anak dan saudara-mara. Berbakti kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Kerana manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
The post Ini 10 Persediaan Perlu Dibuat Untuk Menyambut Kedatangan Ramadhan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/11/ini-10-persediaan-perlu-dibuat-untuk-menyambut-kedatangan-ramadhan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidangan Sempena Menyambut Ramadhan

Hidangan Sempena Menyambut Ramadhan

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 345 hits
Hi korang Assalamualaikum Siapa kerja hari ni SA kerja la walau plan asalnya nak cuti tapi tak lulus SA akan cuti esok jer kebetulan plak mak nak pergi check up so SA memang kena amik cuti la so hari ni seawal pagi SA dah sampai KL dah inga...
Selamat Menyambut Ramadhan 1442h Kepada Semua

Selamat Menyambut Ramadhan 1442h Kepada Semua

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 2215 hits
Selamat Menyambut Ramadan 1442 H Kepada Semua Muslimin Muslimat Salam ramadan semua kesayangan saya yang tak pernah serik menyokong blog comel bernama aynorablogs com ini Selama jatuh bangun suka duka kejayaan dan kegagalan telah anda saksi...
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 246 hits
Salam Ramadan kepada semua pembaca blog aziankhalil com Busy beberapa hari ni Tak sempat nak blogwalking dan menulis entry baru Alhamdulillah dengan keizinan Nya Dapat kita selesaikan ibadah puasa kita di hari pertama ini Untuk hari pertama...
Selamat Menyambut Bulan Puasa Dan Salam Ramadhan 2021

Selamat Menyambut Bulan Puasa Dan Salam Ramadhan 2021

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 446 hits
Assalamualaikum Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti nanti oleh seluruh umat Islam di dunia Di bulan ini semua pintu maaf terbuka Bulan di mana umat Islam berlumba lumba untuk memperbaiki ibadah dan memperbanyakkan kebaikan Shopee Malay...
Persediaan Menghadapi Ramadhan

Persediaan Menghadapi Ramadhan

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 471 hits
PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADAN Assalamualaikum dan salam sebelum Ramadan buat semua Ramadhan dah nak bermula adakah korang semua dah bersedia menghadapi bulan yang penuh rahmat ini Apa persediaan korang Jangan ingat raya je kena ada persedia...
Allahumma Ballighna Ramadhan

Allahumma Ballighna Ramadhan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 616 hits
Allahumma Ballighna Ramadhan Allahumma Ballighna Ramadhan Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan Alhamdulillah syukur Ya Allah Ramadhan bulan yang ditunggu tunggu dan didamba oleh setiap muslim yang cintakan Allah dan RasulNya bakal t...
Siapakah Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadhan

Siapakah Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadhan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 295 hits
1 Mereka yg Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan TETAPI membiarkan hari hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yang bermanfa at 2 Mereka yg menunggu nunggu waktu berbuka puasa TANPA mengambil kesempatan untuk berdoa ...
Kurang Lima Hari Sahaja Ramadhan

Kurang Lima Hari Sahaja Ramadhan

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 303 hits
KURANG LIMA HARI SAHAJA RAMADHAN Assalammualaikum wbt Alhamdulillah Kurang lima hari inshaAllah kita semua akan berpuasa Mendirikan rukun Islam ketiga Semoga masih ada lagi peluang dan rezeki untuk kita berpuasa dibulan Ramadhan kali ini Di...
Buffet Ramadhan 2021 Di S Lasih Padang Asian Cuisine Menawarkan 100 Jenis Pilihan Juadah Memikat

Buffet Ramadhan 2021 Di S Lasih Padang Asian Cuisine Menawarkan 100 Jenis Pilihan Juadah Memikat

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 417 hits
Pejam celik pejam celik eh kejap je dah nak masuk bulan Ramadhan kan Kalau bercakap pasal bulan Ramadhan ni apa memori yang korang boleh recall semula Mesti teringat memori liat nak bangun sahur memori mak marah pagi pagi sebab masing masin...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025