Ingat Wahai Sang Lelaki 5 Perkara Ini Boleh Jadi Asbab Suami Nusyuz



Ingat Wahai Sang Lelaki! 5 Perkara Ini Boleh Jadi Asbab Suami Nusyuz
SUAMI dan isteri masing-masing memikul tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam sebuah perkahwinan.
Selain itu, Islam memberi panduan kepada suami dan isteri supaya sentiasa bergaul dan bertolak-ansur di antara keduanya untuk melahirkan hubungan yang baik. Ini kerana pasangan suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.”
Namun, setiap perkahwinan itu semestinya mempunyai ujian dan cabaran yang mesti ditempuhi oleh setiap pasangan.
Adakalanya terdapat salah faham dan pengabaian tanggungjawab berlaku daripada suami atau isteri. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana Islam meletakkan kasih sayang dan saling mencintai sebagai asas utama dalam perkahwinan. Ini kerana faktor ini akan melahirkan ketenangan dalam perkahwinan. Firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Jadilah seorang suami yang mithali.
Kebanyakan masyarakat kita menganggap bahawa nusyuz itu hanya berlaku pada seorang isteri terhadap suaminya, sedangkan perbuatan ini juga boleh terjadi melalui seorang suami terhadap isterinya.
Nusyuz suami terjadi apabila dia mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada dirinya sebagai suami kepada isterinya. Terdapat ciri-ciri suami yang nusyuz. Antaranya ialah:
1. Tidak sediakan nafkah zahir dan batin
Suami dikira nusyuz apabila dia langsung tidak melakukan hubungan dengan isterinya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak dan tidak menyediakan nafkah yang sewajarnya dari segi tempat tinggal, makan minum dan pakaian kepada isteri dan anak-anak.
2. Menyakiti isteri
Menyakiti isteri bermaksud suami bertindak kejam dan kasar terhadap isteri seperti memukul, menarik rambut, mendera dan lain-lain yang boleh mendatangkan kecederaan pada tubuh badan isteri.
3. Mengabaikan isteri
Nusyuz bagi seorang suami apabila dia tidak mempedulikan isterinya seperti kurang berkomunikasi atau kurang bermesra dengan isterinya disebabkan suami itu sudah jemu dengan isterinya atau ingin mencari yang lain.

Ada segelintir suami mudah melempiaskan kemarahan kepada isteri.
4. Tidak menghormati isteri
Tidak memelihara kehormatan isteri juga dikira sebagai nusyuz apabila suami sering membuka aib isteri kepada orang lain lebih-lebih lagi hal di dalam rumahtangga.
5. Tidak adil terhadap isteri
Suami yang berpoligami tetapi tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya dari segi nafkah, keperluan wajib dan waktu penggiliran bagi isteri-isterinya, suami itu dianggap telah nusyuz.
Semua perkara yang dinyatakan pada ciri-ciri suami yang nusyuz ini akan memberi kesan yang buruk kepada hubungan keluargaan seperti keretakan hubungan suami isteri atau terjadinya ketegangan antara mereka kerana isteri selalu merasa tertekan terhadap situasi suami yang telah mengabaikan tanggungjawabnya.
Jika seorang isteri berhadapan dengan suami yang nusyuz, isteri tersebut boleh menggunakan beberapa cara yang dapat dijadikan panduan untuk menegur suami. Antara cara tersebut ialah:
1. Seorang isteri hendaklah bersabar dan menasihati suaminya dengan cara yang baik seperti mengingatkan suami tentang tanggungjawabnya dan patuh pada perintah agama.
2. Membuat perdamaian bersama suami dengan meminta bantuan orang tengah seperti ahli keluarga atau sahabat yang mampu membantu menyelesaikan masalah.
3. Isteri membuat pengakuan kepada pihak mahkamah sekiranya masalah masih tidak dapat diselesaikan.

Kedua-dua pasangan sama ada isteri atau suami hendaklah saling bertoleransi.
Justeru, suami dan isteri yang terlibat dalam apa sahaja konflik perkahwinan hendaklah berusaha mengenal pasti punca kepada masalah yang berlaku dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian agar perkahwinan dapat diselamatkan sebelum terlambat.
Kedua-dua pasangan sama ada isteri atau suami hendaklah saling bertoleransi. Tiada pasangan yang sempurna dalam perkahwinan.
Dalam konteks ini, merujuk pada sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteri-isteriku.” [HR Ibnu Majah 1977]
Oleh itu, contohilah sifat Rasulullah yang merupakan contoh teladan yang baik dalam pelbagai perkara, termasuklah dalam hal melayani isterinya kerana suami yang baik adalah idaman dan impian bagi setiap isteri.
Buat para suami, masih ada waktu untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik kerana isteri dan keluarga kita merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dengan sebaiknya.
***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook 
Ingat Wahai Sang Lelaki! 5 Perkara Ini Boleh Jadi Asbab Suami Nusyuz
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000? Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR Hadi dijangka bertemu Mahathir Khayla perlukan bantuan segera Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video) Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’ Jangan Arwahkan Mak Sendiri Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

The post Ingat Wahai Sang Lelaki! 5 Perkara Ini Boleh Jadi Asbab Suami Nusyuz appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/01/ingat-wahai-sang-lelaki-5-perkara-ini-boleh-jadi-asbab-suami-nusyuz/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Penyebab Menjadikan Suami Itu Nusyuz

5 Penyebab Menjadikan Suami Itu Nusyuz

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 264 hits
Jangan menyakiti seorang isteri sama ada secara fizikal atau pun mental kerana ia perbuatan nusyuz SUAMI dan isteri masing masing memikul tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam sebuah perkahwinan Selain itu Islam memberi panduan kepada...
7 Perkara Yang Pengusaha Bengkel Kenderaan Boleh Buat Untuk Selesaikan Masalah Kewangan Bisnes

7 Perkara Yang Pengusaha Bengkel Kenderaan Boleh Buat Untuk Selesaikan Masalah Kewangan Bisnes

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 172 hits
Dalam bancian tahun 2018 saya tengok ada sebanyak 25 324 bengkel selenggara dan baiki kenderaan di negara kita Jumlah bisnes yang jual spareparts pula ada sebanyak 18 139 syarikat Itu maklumat perniagaan untuk kenderaan bermotor selain dari...
Kerja Boleh Cari Family Tiada Ganti Isteri Tak Sihat Suami Jangan Buat Tak Peduli

Kerja Boleh Cari Family Tiada Ganti Isteri Tak Sihat Suami Jangan Buat Tak Peduli

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 197 hits
Isteri kita orang yang paling banyak berkorban dalam membesarkan anak Lebih lebih lagi suri rumah tangga Sebahagian besar masanya sepanjang hari dihabiskan untuk memberi perhatian pada anak Bukan seorang tapi pada anak anak yang lain Tak mu...
Suami Menabung Wang Beli Rokok 10 Bulan Boleh Balik Kampung Video

Suami Menabung Wang Beli Rokok 10 Bulan Boleh Balik Kampung Video

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 174 hits
TANGKAP layar memaparkan senario seorang isteri yang gembira dapat pulang ke kampung menggunakan wang disimpan oleh suaminya dengan tidak merokok Instagram JAKARTA Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan kegembiraan seorang ...
Boleh Tidak Makan Durian Ketika Mengandung Ini Info Yang Perlu Suami Pesan Kepada Isteri

Boleh Tidak Makan Durian Ketika Mengandung Ini Info Yang Perlu Suami Pesan Kepada Isteri

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 240 hits
Cerita durian masih belum selesai baik dalam media sosial mahu pun gerai gerai tepi jalan Masih ramai yang beratur untuk menikmati keenakan raja buah ini Tetapi ramai yang masih tertanya selamatkah durian untuk dinikmati oleh ibu ibu yang s...
4 Perkara Tak Boleh Kongsi Dengan Rakan Sekerja Walau Baik Sekalipun

4 Perkara Tak Boleh Kongsi Dengan Rakan Sekerja Walau Baik Sekalipun

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 187 hits
Walaupun rakan sekerja ni individu yang korang jumpa setiap hari tak semestinya korang boleh share semua benda dengan mereka Jom kita selongkar perkara yang korang kena elak untuk kongsi dengan rakan sekerja Jadi jom kita selongkar 4 Perkar...
Alami Gejala Ringan Covid Ni Cara Yang Boleh Buat Di Rumah Masa Tengah Kuarantin

Alami Gejala Ringan Covid Ni Cara Yang Boleh Buat Di Rumah Masa Tengah Kuarantin

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 269 hits
Dalam entry sebelum ni k fiezz ada kongsikan yang k fiezz dan mr hubby positif covid Jadi kena kuarantin di rumah saja sebab mengalami gejala ringan covid 19 So selain dari makan ubat klinik yang Dr bagi sebelum tu k fiezz ada buat beberapa...
Muka Pucat Lepas Bersalin Boleh Usahakan Campuran Beras Ni Makin Seri

Muka Pucat Lepas Bersalin Boleh Usahakan Campuran Beras Ni Makin Seri

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 186 hits
Ketika berada di dalam pantang wajah lesu ibu bersalin ditambah pula dengan muka pucat membuatkan ibu terasa tidak berseri Selain menjaga pemakanan yang segar dan baik sepanjang berpantang ibu bersalin boleh usahakan petua orang lama untuk ...
Dia Boleh Terima Kerjaya Saya Azlee Khairi Isteri Saling Memahami Tak Ada Masalah Berlakon

Dia Boleh Terima Kerjaya Saya Azlee Khairi Isteri Saling Memahami Tak Ada Masalah Berlakon

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 237 hits
Pelakon Azlee Khairi bersyukur dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami kerjayanya Menurut Azlee isterinya Nurul Hidayah sentiasa menjadi tulang belakang dan pembakar semangat buat dirinya untuk bekerja Seorang isteri yang memahami d...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life