5 Penyebab Menjadikan Suami Itu Nusyuz


 

Jangan menyakiti seorang isteri sama ada secara fizikal atau pun mental kerana ia perbuatan nusyuz.
SUAMI dan isteri masing-masing memikul tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam sebuah perkahwinan.

Selain itu, Islam memberi panduan kepada suami dan isteri supaya sentiasa bergaul dan bertolak-ansur di antara keduanya untuk melahirkan hubungan yang baik. Ini kerana pasangan suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud:

“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.”
Namun, setiap perkahwinan itu semestinya mempunyai ujian dan cabaran yang mesti ditempuhi oleh setiap pasangan.

Adakalanya terdapat salah faham dan pengabaian tanggungjawab berlaku daripada suami atau isteri. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana Islam meletakkan kasih sayang dan saling mencintai sebagai asas utama dalam perkahwinan. Ini kerana faktor ini akan melahirkan ketenangan dalam perkahwinan. Firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Jadilah seorang suami yang mithali.
 



Kebanyakan masyarakat kita menganggap bahawa nusyuz itu hanya berlaku pada seorang isteri terhadap suaminya, sedangkan perbuatan ini juga boleh terjadi melalui seorang suami terhadap isterinya.

Nusyuz suami terjadi apabila dia mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada dirinya sebagai suami kepada isterinya. Terdapat ciri-ciri suami yang nusyuz. Antaranya ialah:

1. Tidak sediakan nafkah zahir dan batin

Suami dikira nusyuz apabila dia langsung tidak melakukan hubungan dengan isterinya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak dan tidak menyediakan nafkah yang sewajarnya dari segi tempat tinggal, makan minum dan pakaian kepada isteri dan anak-anak.

2. Menyakiti isteri

Menyakiti isteri bermaksud suami bertindak kejam dan kasar terhadap isteri seperti memukul, menarik rambut, mendera dan lain-lain yang boleh mendatangkan kecederaan pada tubuh badan isteri.

3. Mengabaikan isteri

Nusyuz bagi seorang suami apabila dia tidak mempedulikan isterinya seperti kurang berkomunikasi atau kurang bermesra dengan isterinya disebabkan suami itu sudah jemu dengan isterinya atau ingin mencari yang lain.

Ada segelintir suami mudah melempiaskan kemarahan kepada isteri.

4. Tidak menghormati isteri

Tidak memelihara kehormatan isteri juga dikira sebagai nusyuz apabila suami sering membuka aib isteri kepada orang lain lebih-lebih lagi hal di dalam rumahtangga.

5. Tidak adil terhadap isteri

Suami yang berpoligami tetapi tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya dari segi nafkah, keperluan wajib dan waktu penggiliran bagi isteri-isterinya, suami itu dianggap telah nusyuz.

Semua perkara yang dinyatakan pada ciri-ciri suami yang nusyuz ini akan memberi kesan yang buruk kepada hubungan keluargaan seperti keretakan hubungan suami isteri atau terjadinya ketegangan antara mereka kerana isteri selalu merasa tertekan terhadap situasi suami yang telah mengabaikan tanggungjawabnya.

Jika seorang isteri berhadapan dengan suami yang nusyuz, isteri tersebut boleh menggunakan beberapa cara yang dapat dijadikan panduan untuk menegur suami. Antara cara tersebut ialah:

1. Seorang isteri hendaklah bersabar dan menasihati suaminya dengan cara yang baik seperti mengingatkan suami tentang tanggungjawabnya dan patuh pada perintah agama.

2. Membuat perdamaian bersama suami dengan meminta bantuan orang tengah seperti ahli keluarga atau sahabat yang mampu membantu menyelesaikan masalah.

3. Isteri membuat pengakuan kepada pihak mahkamah sekiranya masalah masih tidak dapat diselesaikan.

Kedua-dua pasangan sama ada isteri atau suami hendaklah saling bertoleransi.

Justeru, suami dan isteri yang terlibat dalam apa sahaja konflik perkahwinan hendaklah berusaha mengenal pasti punca kepada masalah yang berlaku dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian agar perkahwinan dapat diselamatkan sebelum terlambat.

Kedua-dua pasangan sama ada isteri atau suami hendaklah saling bertoleransi. Tiada pasangan yang sempurna dalam perkahwinan.

Dalam konteks ini, merujuk pada sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteri-isteriku.” [HR Ibnu Majah 1977]

Oleh itu, contohilah sifat Rasulullah yang merupakan contoh teladan yang baik dalam pelbagai perkara, termasuklah dalam hal melayani isterinya kerana suami yang baik adalah idaman dan impian bagi setiap isteri.

Buat para suami, masih ada waktu untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik kerana isteri dan keluarga kita merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dengan sebaiknya.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook

www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2022/03/5-penyebab-menjadikan-suami-itu-nusyuz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Sado Belasah Lelaki Gelandangan Selepas Mendapati Isterinya Curang Dengan Lelaki Itu Di Dalam Kereta

Suami Sado Belasah Lelaki Gelandangan Selepas Mendapati Isterinya Curang Dengan Lelaki Itu Di Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 351 hits
The ReporterHancur luluh hati seorang jurulatih peribadi apabila mendapati isterinya curang dengan seorang gelandangan Video rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Eduardo Alves berjalan mendekati sebuah kereta yang diletakkan di tepi ja...
Video Bahagia Itu Sederhana Suami Layan Isteri Mengandung Buat Netlzen Tersenyum

Video Bahagia Itu Sederhana Suami Layan Isteri Mengandung Buat Netlzen Tersenyum

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 153 hits
Memiliki suami yang memahami merupakan idaman setiap isteri Lebih Iebih lagi ketika sedang mengandung pastinya banyak permintaan dan kemahuan isteri yang terkadang berada di luar kotak namun jika suami sanggup melayan pasti isteri bahagia B...
Polis Siasat Zul Ariffin Angkara Babak Panas Drama Perempuan Itu

Polis Siasat Zul Ariffin Angkara Babak Panas Drama Perempuan Itu

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 242 hits
Pelakon filem yang cukup terkenal dengan filem seperti J Revolusi dan juga Sangkar Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia akibat perbuatannya yang memuat naik klip panas drama Perempuan Itu di media sosial...
Anak Buat Salah Tegur Sikit Sikit Kita Back Up Itu Yang Jadi Anakku Sazali

Anak Buat Salah Tegur Sikit Sikit Kita Back Up Itu Yang Jadi Anakku Sazali

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 187 hits
Cabaran membesarkan anak hari ini memang banyak Dengan pelbagai pengaruh media sosial dan persekitaran ibu bapa harus lebih cakna dan tidak boleh serah bulat bulat pada anak Biarlah orang cakap kita tak percaya anak daripada kita menyesal k...
Apa Itu Pankreatitis

Apa Itu Pankreatitis

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 135 hits
APA ITU PANKREATITIS Pankreas adalah organ yang mengeluarkan pelbagai hormon dan enzim bagi tujuan pencernaan Keradangan pankreas dinamakan pankreatitis dan ia menyebabkan pankreas tidak lagi dapat mengeluarkan hormon dan enzim untuk pencer...
Biodata Siti Hariesa Pelakon Drama Perempuan Itu

Biodata Siti Hariesa Pelakon Drama Perempuan Itu

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 620 hits
Biodata Siti Hariesa Pelakon Drama Perempuan Itu SIAPAKAH sebenarnya pelakon cantik ini yang dikenali sebagai Siti Hariesa Siti Hariesa merupakan seorang pelakon baru yang sedang meningkat naik dan juga bekas peserta DFKL 2019 Kini drama te...
Jakim Mahu Perempuan Itu Diambil Tindakan

Jakim Mahu Perempuan Itu Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 168 hits
MalaysiakiniJabatan Kemajuan Islam Malaysia menggesa dua kementerian mengambil tindakan tegas terhadap isu video drama Perempuan Itu yang tular kerana aksi menggairahkan dua pelakon baru baru ini Ketua Pengarah Jakim Hakimah Mohd Yusoff dal...
Dah Boleh Teman Isteri Bersalin Kkm Keluarkan Garis Panduan Terbaharu Untuk Suami Atau Waris

Dah Boleh Teman Isteri Bersalin Kkm Keluarkan Garis Panduan Terbaharu Untuk Suami Atau Waris

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 183 hits
Bila nak bersalin pasti isteri mahukan suami berada di sisi tapi kerana situasi kes Covid 19 yang semakin tinggi ini dan mengambil kira ibu hamil yang merupakan golongan berisiko tinggi Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini telah membu...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian