Informasi Pengganas Israel Bunuh Ibu Mengandung Bayi 14 Bulan Di Gaza
SEORANG kanak-kanak Palestin berdiri di hadapan runtuhan bangunan yang musnah berikutan serangan udara oleh Israell di Gaza. - AFP
KUALA LUMPUR 7 Mei - Sewaktu seluruh umat Islam di dunia menyambut Ramadan, Israel tanpa belas kasihan menyerang bandar Gaza.Serangan terbaharu rejim Zionis telah mengorbankan 25 nyawa rakyat Palestin, termasuk dua wanita mengandung dan seorang bayi perempuan berusia 14 bulan.Sehubungan itu, Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menyeru seluruh warga dunia untuk mengutuk dan memberikan tekanan kepada Israel atas tindakan keganasan yang dilakukan.Pertubuhan itu dalam kenyataan malam ini memberitahu, serangan yang bermula pada Jumaat lalu telah mencederakan kira-kira 170 orang awam dan menyebabkan kemusnahan kepada tempat tinggal serta bangunan pentadbiran di Gaza.“Pada hari yang sama, tentera Israel menghalakan tembakan kepada sekumpulan orang awam yang berada tiga kilometer jauh dari tempok pemisah yang mengepung bandar Gaza.“Ini diikuti dengan beberapa serangan intensif Israel terhadap orang awam di Semenanjung Gaza termasuk serangan ke atas kawasan kediaman, tempat tumpuan orang awam dan tapak kerajaan,” menurut pertubuhan itu.Menerusi kenyataan tersebut juga, pertubuhan itu memberitahu, serangan itu dilakukan ketika krisis kemanusiaan di daerah itu semakin meruncing akibat sekatan haram berterusan di Gaza yang berlangsung sejak 13 tahun lalu.Menurut pertubuhan itu, tekanan antarabangsa diperlukan supaya keganasan Israel terhadap rakyat Palestin dapat dihentikan dan untuk memaksa kerajaan Israel menghormati perjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui.Selain itu, PCOM turut berharap kerajaan Malaysia dapat terus menyuarakan rintihan rakyat Palestin di semua platform antarabangsa terutamanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sekutu-sekutunya.“Jenayah perang oleh Israel perlu dihentikan. Lebih banyak tindakan antarabangsa diperlukan untuk melindungi rakyat Palestin di Gaza selain untuk menghentikan potensi perang baharu Israel terhadap mereka,” katanya. - UTUSAN ONLINE
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.superpantas.com/2019/05/informasi-pengganas-israel-bunuh-ibu.html