Teruskan Puasa Walau Pun Tak Mampu Ibu Hamil Bahayakan Bayi Dalam Kandungan


Meneruskan puasa walau pun tidak mampu melaksanakannya, ibu hamil sebenarnya sedang merisikokan bahaya kepada bayi dalam kandungan.
Puasa di bulan Ramadan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam. Sementelah pada penghulu segala bulan ini, semua berlumba-lumba melakukan ibadah yang terbaik termasuk kewajipan berpuasa. Wanita hamil juga tidak terkecuali, tapi pada keadaan kesihatan yang tertentu puasa tidak boleh diteruskan.

Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, ibu hamil perlu peka dengan keadaan diri serta tidak mengabaikan kesihatan janin dalam kandungan.
BOLEHKAH WANITA HAMIL BERPUASA?
Bertuahnya puan saat ini,” kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang sedang diperiksanya.
“Kenapa doktor?” balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu.
“Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptaNya. Puan sangat lah bertuah!,” jelas doktor.
Maka, tidak hairanlah, meskipun sedang hamil atau menyusukan bayi, dalam masa yang sama ibu-ibu tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa.
Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadhan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, solat tarawih, iktikaf dan memburu malam Lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.

Justeru, pelbagai alasan diberikan sekalipun mereka diberikan rukhsah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan. Menurut mazhab Syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak perlu berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah menggantikan (Qada’) puasanya kelak.

Rata-rata alasan yang diberikan ibu-ibu, mereka berupaya untuk melaksanakan tuntutan berpuasa. Ada juga yang menyatakan, mereka enggan menggantikan puasa pada waktu lain, kerana tiada teman untuk berpuasa sama. Pendek kata, mereka ingin mengambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.
Namun, ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.
Mereka menangguhkan masa untuk berbuka “Tunggulah setengah jam lagi.” Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka. Hal yang demikian sepatutnya tidak berlaku kerana ibu perlu mengambil kira keadaan bayi ketika ini, apabila gejala-gejala kekurangan gula berlaku, akan menimbulkan mudarat pada bayi anda.

PAKSA DIRI PUASA BOLEH MEMBAHAYAKAN JANIN
Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan janin sendiri. Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya. Kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.
Di sini ingin saya berkongsi tips-tips mudah bagi ibu-ibu hamil mengekalkan kesihatan unggul semasa hamil dan berpuasa.
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.

APAKAH CARA TERBAIK BAGI WANITA HAMIL BERBUKA PUASA?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan: tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
susu atau yogurt rendah lemak; sup jernih. Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi: sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang; karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh; dan, Banyak sayur-sayuran. Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilanmakanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan (indigestion)
APAKAH SAYA PERLU MAKAN SAHUR JIKA SAYA BERPUASA SEMASA HAMIL?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi: nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari
bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang. Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda mengalami dehidrasi.
MINUMAN SELEPAS BERBUKA
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.
APAKAH YANG PERLU SAYA AMBIL & ELAKKAN DALAM DIET SEMASA BERPUASA?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. Minum air yg cukup selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan dehidrasi Kepada ibu mengandung yang difikirkan sihat dan boleh berpuasa oleh doktor, selamat berpuasa. Yang tak boleh tu, atau dalam erti kata lain berpuasa boleh memudaratkan, jgn degil gak tuk berpuasa.
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

The post Teruskan Puasa Walau Pun Tak Mampu, Ibu Hamil Bahayakan Bayi Dalam Kandungan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/teruskan-puasa-walau-pun-tak-mampu-ibu-hamil-bahayakan-bayi-dalam-kandungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Tak Boleh Puasa Tapi Ibu Hamil Jangan Paksa Jika Tak Mampu

Bukan Tak Boleh Puasa Tapi Ibu Hamil Jangan Paksa Jika Tak Mampu

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 673 hits
Hari ini bermulanya ibadah puasa Mungkin ramai ibu hamil yang teruja untuk berpuasa penuh tapi jangan paksa diri jika tidak mampu Ada ibu yang mengadu ibu kurang bergerak apabila berpuasa Malah ada yang mengadu rasa nak pitam Yang pasti kes...
Ibu Menyusu Hamil Tengok Diri Sendiri Dulu Mampu Atau Tak Untuk Puasa Tip Doktor Ini Kongsi Mungkin Membantu

Ibu Menyusu Hamil Tengok Diri Sendiri Dulu Mampu Atau Tak Untuk Puasa Tip Doktor Ini Kongsi Mungkin Membantu

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 579 hits
Dua hari lagi bulan Ramadan akan disambut oleh seluruh umat Islam di dunia Puasa antara kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam Namun terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan khas kepada beberapa golongan sahaja BACA Golon...
3 Beranak Didakwa Bunuh Remaja Hamil Curi Bayi Dalam Kandungan

3 Beranak Didakwa Bunuh Remaja Hamil Curi Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 538 hits
3 beranak didakwa bunuh remaja hamil curi bayi dalam kandungan Dikemas kini 12 minit yang lalu Diterbitkan pada 17 May 2019
Pergilah Wahai Wildan Syurga Asma Teruk Terlalu Banyak Ubat Ibu Hilang Bayi Dalam Kandungan

Pergilah Wahai Wildan Syurga Asma Teruk Terlalu Banyak Ubat Ibu Hilang Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 548 hits
Memang ajal dan maut telah ditentukan Tapi setiap kehilangan pasti dirasakan apatah lagi bagi ibu yang kehilangan si kecil pernah menghuni rahimnya Catatan ibu ini benar benar menyebakkan Kuatnya berdepan dengan pemergian si kecil selepas 1...
Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 836 hits
Bayi menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami lagi lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman Bukan itu sahaja tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang rasa risau dan stres menghadapi s...
Tak Ada Hati Perutnya Si Ibu Bayi Dibuang Seluruh Badannya Kemerahan Digigit Nyamuk

Tak Ada Hati Perutnya Si Ibu Bayi Dibuang Seluruh Badannya Kemerahan Digigit Nyamuk

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 317 hits
Tak ada hati perutnya si ibu Bayi dibuang seluruh badannya kemerahan digigit nyamuk Awal pagi semalam jam 6 50 pagi Balai Polis Chalong Krung menerima makluman daripada orang awam mengenai penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan d...
Penglihatan Kabur Kerap Kencing Tanda Tanda Diabetis Ibu Hamil Perlu Lakukan Gtt

Penglihatan Kabur Kerap Kencing Tanda Tanda Diabetis Ibu Hamil Perlu Lakukan Gtt

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 314 hits
Minum air gula atau dikenali sebagai Ujian toleransi glukosa digunakan untuk mendiagnos penyakit diabetis semasa kehamilan dengan memeriksa keadaan tubuh anda mengawal paras gula dalam darah Diabetes gestasi ini adalah komplikasi kehamilan ...
Ibu Hamil Sakit Alahan Jangan Paksa Diri Berpuasa Ada Kelonggaran Untuk Berbuka

Ibu Hamil Sakit Alahan Jangan Paksa Diri Berpuasa Ada Kelonggaran Untuk Berbuka

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 353 hits
Ibu hamil yang bakal menempuhi bulan Ramadan perlu tahu mereka tidak perlu memaksa diri untuk meneruskan puasa Ada kelonggaran untuk berbuka dalam Islam Beberapa hari lagi umat Islam akan mengerjakan ibadah puasa selama sebulan di bulan Ram...
Manfaat Olahraga Berjalan Bagi Ibu Hamil

Manfaat Olahraga Berjalan Bagi Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 352 hits
informasitips com Masa kehamilan bagi sebagian wanita memang terasa menyenangkan namun akan ada beberapa aktivitas yang tentu tidak boleh untuk dilakukan demi menjaga kehamilan tersebut Berbagai aktivitas terutama aktivitas berat mendapat l...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation