Informasi Bn Menang Kerana Pas Prof Madya Dr Awang Azman



PRK CAMERON | BN tidak boleh berbangga dengan kemenangan pada PRK Parlimen Cameron Highlands kerana kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa sokongan daripada pengundi PAS. 

Penganalisis politik Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, penyokong PAS merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan majoriti BN di Parlimen Cameron Highlands jika dibandingkan pada PRU ke-14, Mei tahun lalu. 

PAS, yang pada kali ini tidak bertanding, mendapat 3,587 undi menerusi calonnya, Wan Mahadir Wan Mahmud, pada PRU-14 lepas.

"Pada PRU lepas undi berpecah kerana pertandingan pelbagai penjuru melibatkan BN, PAS, Pakatan Harapan (PH), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Berjasa," kata pensyarah kanan Universiti Malaya itu ketika dihubungi malam tadi.

Pada PRK Parlimen Cameron Highlands ini, calon BN, Ramli Mohd Nor, mendapat 12,038 undi untuk mengalahkan wakil PH, M. Manogaran (8,800 undi), dan serta dua calon Bebas iaitu Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Ramli, bekas pegawai polis, mencipta sejarah apabila menjadi wakil tunggal masyarakat Orang Asli yang bakal mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan mengisi satu slot kerusi di Dewan Rakyat.

Majoriti yang diraih Ramli iaitu 3,238 undi meningkat berbanding 597 undi yang diperoleh calon BN, C Sivarraajh pada PRU-14. Awang Azman juga berkata keputusan ini tidak menghairankan kerana seperti kebiasaan, parti penyandang akan dapat mempertahankan kubu kuatnya.

Ini seperti mana juga empat PRK sebelum ini yang dimenangi PH. PH dilihat perlu bekerja lebih kuat di kawasan kubu BN," katanya merujuk kepada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia di Selangor dan Parlimen Port Dickson.

Sementara itu, pensyarah kanan Hal Ehwal Politik dan Antarbangsa Univerisiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, PH perlu melihat keputusan itu secara rasional termasuk menambah baik pengurusan pentadbiran di peringkat kerajaan Pusat.

"Kerajaan perlu berusaha menambah baik banyak perkara termasuk Felda. Jangan melihat mereka (peneroka Felda) sebagai musuh," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kemenangan pada PRK ini menunjukkan kerjasama antara UMNO dan PAS telah membuahkan hasil. Beliau, yang kini menjalankan tugas-tugas presiden Umno, berkata pertolongan PAS pada PRK ini telah menarik pengundi PAS pada PRU-14 lepas untuk memberikan kepercayaan kepada BN.

Kemenangan kali ini amat bermakna kerana BN menang dengan majoriti 3,238 undi berbanding majoriti 597 undi pada PRU-14 lepas, katanya. Mohamad juga berkata kemenangan pertama BN selepas tewas dalam empat PRK sebelum ini akan dijadikan pembakar semangat untuk menghadapi PRK DUN Semenyih di Selangor pada 2 Mac ini.
-Bernama
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/01/informasi-bn-menang-kerana-pas-prof.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Menang Kerana Pas Kata Penganalisis

Bn Menang Kerana Pas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 373 hits
PRK CAMERON BN tidak boleh berbangga dengan kemenangan pada PRK Parlimen Cameron Highlands kerana kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa sokongan daripada pengundi PAS Penganalisis politik Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata penyoko...
Informasi Bahaya Politik Halalkan Cara Presiden Pas

Informasi Bahaya Politik Halalkan Cara Presiden Pas

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 316 hits
1 0 MUQADDIMAHNiccol Machiavelli merupakan seorang ahli falsafah berbangsa Itali Beliau telah berkhidmat selama 14 tahun dengan Kerajaan Itali sebagai Setiausaha Kerajaan Terkenal dengan bukunya yang masyhur The Prince sebuah buku yang memb...
Informasi Wifi Percuma Pas Tunai Janji Manifesto Untuk Rakyat K Tan

Informasi Wifi Percuma Pas Tunai Janji Manifesto Untuk Rakyat K Tan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 408 hits
PETUGAS Telekom Malaysia Farah Diana Nor Asikin dan Irda Nurahayu Mohamad Kamal menunjukkan poster WiFi percuma yang dilancarkan di Kota Bharu hari ini UTUSAN ONLINEKOTA BHARU 21 Jan Kerajaan Pas Kelantan melancarkan kemudahan jalur lebar p...
Informasi Kisah Gadis Ini Pula Bersama Awang Kerbau Pink

Informasi Kisah Gadis Ini Pula Bersama Awang Kerbau Pink

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 735 hits
Keakraban Nadia dan kerbaunya tidak boleh dinafikan lagi BernamaKUALA NERUS Bagi Nadia berada di samping Awang memberikannya satu ketenangan dan kegembiraan yang cukup luar biasa Keakraban gadis berusia 17 tahun yang memakai nama penuh Nadi...
Bn Bakal Menang Kerana Aura Najib Faktor Pas Ilham Centre

Bn Bakal Menang Kerana Aura Najib Faktor Pas Ilham Centre

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 415 hits
MALAYSIAKINI Badan kaji selidik Ilham Centre meramalkan BN akan meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands yang akan berlangsung kurang 24 jam dari sekarang Menurut Pengarah Eksekutifnya Azlan Zainal tinjauan yang dilakuka...
Terima Kasih Pengundi Pas Cameron Highlands Tuan Guru Haji Hadi Awang

Terima Kasih Pengundi Pas Cameron Highlands Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 514 hits
Ayah Chik mengucapkan terima kasih kepada para ahli PAS dan pengundi di Parlimen Cameron Highlands
Informasi Tuduh Presiden Pas Guna Sentimen Agama Pengaruhi Pengundi

Informasi Tuduh Presiden Pas Guna Sentimen Agama Pengaruhi Pengundi

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 312 hits
TUDUHAN bahawa Presiden PAS melanggar undang undang dengan menggunakan sentimen agama untuk mempengaruhi pengundi adalah suatu dakwaan yang dangkal dan berniat jahat Peguam yang membuat dakwaan tersebut seperti gagal memahami bahawa suatu p...
Presiden Pas Hadi Awang Tarik Balik Tuntutan Saman Terhadap Rewcastle Brown

Presiden Pas Hadi Awang Tarik Balik Tuntutan Saman Terhadap Rewcastle Brown

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menarik balik tuntutan saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown Langkah itu dibuat selepas Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terbabit di lu...
Pemimpin Umno Hubungan Dengan Pas Bertambah Baik Boleh Menang Pru15

Pemimpin Umno Hubungan Dengan Pas Bertambah Baik Boleh Menang Pru15

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 351 hits
January 17 2019 11 30 PMTajuddin Abdul Rahman berkata Umno sedia bekerjasama dengan NGO dan persatuan berasaskan Cina untuk mendapat lebih banyak sokongan KUALA LUMPUR Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata hubu...
Pelbagaikan Kegunaan Khemah

Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Selamat Hari Ibu Buat Emak Saya Semua Emak Di Dunia

Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Filem Gayong

Makan Di Gerai Tip Top Ikan Bakar

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Biar Anak Membesar Dengan Suara Jeritan Kita Ini Realiti Pedih Tapi Benar

Masakan Ibu Bukan Sekadar Lauk Tapi Doa Yang Mengalir Dalam Setiap Suapan

Jauhi Hubungan Toxic Sayangi Diri Pilih Jodoh Yang Sihat

Tiga Jenis Daun Ketum

Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul