Informasi Kisah Gadis Ini Pula Bersama Awang Kerbau Pink



Keakraban Nadia dan kerbaunya tidak boleh dinafikan lagi. - Bernama

KUALA NERUS: Bagi Nadia, berada di samping Awang memberikannya satu ketenangan dan kegembiraan yang cukup luar biasa.

Keakraban gadis berusia 17 tahun yang memakai nama penuh Nadia Khairun Nisa Yusof ini, dengan Awang, tidak ubah seperti kata pepatah 'bagai isi dengan kuku'.

Masakan tidak, Nadia sudah bergelumang dengan Awang sejak bapanya, Yusof Mohammad, 47, membeli Awang, seekor kerbau balar berwarna merah jambu yang ketika itu baru berumur setahun, dari seorang penternak di Kuala Berang hingga Nadia mendapat jolokan 'Gadis Kerbau Pink'.

Kerbau itu yang kini sudah berusia enam tahun bagai sudah memahami makna setiap gerak geri Nadia, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong di sini, apabila mereka bersama.

"Awang ni memang rapat sungguh dengan saya... sebab dah jadi rakan sepermainan kira-kira enam tahun lalu... dah jadi rutin setiap kali lepas balik sekolah pukul 3 petang, Awanglah yang saya akan tujui dulu di kandang.

Selepas menguruskan diri sendiri, Nadia kembali memberi perhatian kepada Awang.

Nadia dan kerbaunya yang berwarna merah jambu menjadi perhatian umum. - Bernama

Nadia membawa Awang dan anaknya, Putih, meragut rumput. - Bernama

"Saya beri dia makan, mandikan dia, bawa dia ke padang untuk meragut rumput dan berkubang sebelum balik ke rumah menjelang senja.

"Kalau tak jumpa Awang sehari saya rasa macam kehilangan sesuatu, tak senang duduk," kata Nadia.

"Tak dapat saya bayangkan perasaan jika terpaksa berpisah dengannya suatu hari nanti," kata anak kedua dari empat beradik itu ketika ditemui Bernama di kandang kerbau milik bapanya di Kampung Gemuruh, di sini.

Foto Nadia beraksi bersama Awang mencuri perhatian netizen selepas beberapa keping foto seorang lagi kanak-kanak, Syukor Khamis, 14, bersama sekawan kerbau peliharaan bapanya tular baru-baru ini.

Foto yang dikongsi di laman Facebook Amazing Terengganu itu sekali lagi mendapat perhatian ramai kerana keunikan Awang yang bukan sahaja bertubuh 'sado' dengan berat 760 kilogram, tetapi juga berwarna merah jambu, berbeza dengan warna biasa kerbau yang kelabu tua dan hitam.

Lebih istimewa, Nadia yang merupakan generasi kelima keluarga penternak kerbau di kampung itu turut mempunyai kemahiran melapah daging kerbau, lembu dan rusa yang dipelihara bapanya untuk dijual kepada pelanggan.

Ditanya apakah dia tidak bosan dengan rutin hariannya bergelumang dengan haiwan itu, Nadia yang bercita-cita menjadi doktor haiwan berkata itu lebih memberi ketenangan dan kegembiraan padanya berbanding aktiviti sesetengah gadis seusianya yang lebih berminat menjaga kecantikan dan berinteraksi di media sosial.

"Dok rajin (suka) pun main handphone... tapi guna bila perlu saja... sebab menghabiskan masa bersama Awang dan anaknya Putih.

"Ibu dan bapa pun lebih senang hati lihat saya menghabiskan masa di kandang berbanding melakukan perkara kurang berfaedah.." katanya yang turut aktif dalam sukan bola jaring di sekolahnya.

Sementara itu, Yusof berkata hanya Nadia yang betul-betul berminat menjaga kesemua haiwan ternakannya berbanding anak-anak yang lain sehinggakan Awang yang dahulu agak liar berjaya dijinakkan oleh Nadia.

"Tidak ada rahsia atau kemahiran tertentu yang saya ajar padanya untuk jinakkan Awang, tapi yang saya tahu, Nadia memang suka dengan kerbau 'pink' ini sejak hari pertama saya bawa balik ke kandang ini," kata Yusof.
-- BERNAMA
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/01/informasi-kisah-gadis-ini-pula-bersama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gadis Kerbau Pink Tidak Rela Berpisah Dengan Awang

Gadis Kerbau Pink Tidak Rela Berpisah Dengan Awang

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 390 hits
KUALA NERUS Bagi Nadia berada di samping Awang memberikannya satu ketenangan dan kegembiraan yang cukup luar biasa Keakraban gadis berusia 17 tahun yang memakai nama penuh Nadia Khairun Nisa Yusof ini dengan Awang tidak ubah seperti kata pe...
Selepas Syukur Kini Muncul Pula The Kampung Girl Gadis Kerbau Pink

Selepas Syukur Kini Muncul Pula The Kampung Girl Gadis Kerbau Pink

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 607 hits
The Kampung Girl Nadia Khairun Nisa Yusuf 17 pula menjadi tular Selepas ini bolehlah semua pakat pakat jadi orang kampung KUALA NERUS Selepas tular mengenai kisah adik Muhammad Syukur Khamis 14 yang turut digelar sebagai Mowgli Malaysia ber...
Gadis Ini Digelar Gadis Kerbau Dan Kerbau Yang Dia Ada Berwarna Pink Lihat Gambarnya Mesti Anda Rasa Pelik

Gadis Ini Digelar Gadis Kerbau Dan Kerbau Yang Dia Ada Berwarna Pink Lihat Gambarnya Mesti Anda Rasa Pelik

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 625 hits
Sebelum tular Mowgli Malaysia adik Syukor Khamis dengan kerbau belaan ayahnya Sebelum ini tular tentang seorang gadis cantik dengan kerbau berwarna merah jambu Dia digelarkan sebagai gadis kerbau Laman Facebook Amazing Terengganu memuatnaik...
Kisah Kekuatan Gadis Cilik Andini Merawat Dua Bayi Di Dusun Telayap

Kisah Kekuatan Gadis Cilik Andini Merawat Dua Bayi Di Dusun Telayap

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 193 hits
Andini gadis kecil 14 tahun itu duduk di depan pintu rumah papan sederhana Tubuh mungilnya menopang bayi berusia 4 bulan bernama Siaratul Jannah sambil memberikan susu formula Di samping kirinya bayi perempuan berusia 1 tahun 8 bulan bernam...
Sempat Pula Tu Viral Pengantin Terima Bungkusan Dari Posmen Ketika Bersanding Ini Kisah Sebenarnya

Sempat Pula Tu Viral Pengantin Terima Bungkusan Dari Posmen Ketika Bersanding Ini Kisah Sebenarnya

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 532 hits
Sempat Pula Tu Viral Pengantin Terima Bungkusan Dari Posmen Ketika Bersanding Ini Kisah Sebenarnya Majlis perkahwinan pastinya menjadi hari paling bersejarah buat pengantin Hari yang penuh meriah dengan kehadiran teman teman dan sanak sauda...
Informasi Ini Kisah Adun Jeram Bendahari Bersatu S Ngor Sumbang Atas Nama Sendiri

Informasi Ini Kisah Adun Jeram Bendahari Bersatu S Ngor Sumbang Atas Nama Sendiri

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 312 hits
Mohd Shaid bergambar bersama murid SK Puncak Alam 3 16 Jan 2019 Sinar HarianKUALA LUMPUR Walaupun dikritik teruk gara gara agihan beg sekolah yang terpampang wajah beliau sebelum ini namun Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Mohd Shaid Rosli t...
Informasi Kisah Puak Asli Aneh Berkeliaran Di Tebing Sungai

Informasi Kisah Puak Asli Aneh Berkeliaran Di Tebing Sungai

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 468 hits
GELAGAT beberapa orang asli Mashco Piro yang berada di tebing sungai Madre de Dios di tenggara Peru dirakamkan menerusi teleskop oleh seorang pengembara Sepanyol Diego Cortijo pada 16 November tahun itu yang didedahkan oleh Survival Interna...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11