Informasi 2 Sabitan Jenayah Dsai Tidak Dibatalkan Pengampunan Diraja





Pengampunan Diraja tidak membatalkan sabitan jenayahKENYATAAN Setiausaha Agong PAS, YB Dato’ Takiyudin Hassan pada 10 Mei 2019 sewaktu berucap dalam ceramah bagi kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, yang melabelkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang “bekas banduan” adalah tepat dan berlandaskan undang-undang.Secara faktanya, DSAI telah mempunyai 2 sabitan kesalahan jenayah sebagaimana berikut:-(a) SABITAN PERTAMA:-Pada 4 April 1999, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Hakim Augustine Paul telah mensabitkan DSAI atas 4 pertuduhan melakukan perbuatan rasuah (corrupt practices) sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, dengan mengarahkan Dato’ Mohd Said Bin Awang (Pengarah Cawang Khas) dan Amir Bin Junus (Timbalan Pengarah Cawangan Khas II PDRM) untuk memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat, yang mana ia merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat, 1970.
Untuk sabitan tersebut, DSAI telah dihukum selama 6 tahun penjara. Rayuan DSAI ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah ditolak, sabitan dan hukuman penjara dikekalkan.(b) SABITAN KEDUA:Pada 11 April 2014, Mahkamah Rayuan melalui Hakim Mahkamah Rayuan (HMR) Balia Yusuf Wahi, Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh telah membenarkan rayuan Pendakwaraya (terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelumnya membebaskan DSAI) dan mensabitkan DSAI atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii (liwat) dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Untuk sabitan ini, DSAI telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Rayuan DSAI ke Mahkamah Persekutuan telah ditolak, sabitan dan hukuman dikekalkan.DSAI telah menjalani keseluruhan hukuman penjara bagi Sabitan Pertama, dan sebahagian hukuman penjara bagi Sabitan Kedua kerana telah diberikan Pengampunan DiRaja oleh YDPA pada 16.5.2018. Justeru dengan sabitan undang-undang dan proses hukuman penjara tersebut, adalah jelas bahawa DSAI adalah seorang “bekas banduan” pada kacamata perundangan.Pengampunan DiRaja di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan adalah merujuk kepada kuasa YDPA untuk memberi ampun (pardon), tunda hukum (reprieve) dan lega hukum (respite) bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang telah disabitkan. Manakala berdasarkan Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan pula, YDPA juga diberikuasa tambahan untuk menggugurkan sekatan ketidaklayakan bagi seseorang yang telah disabitkan jenayah, untuk menyertai pilihanraya bagi tujuan dilantik sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.Penelitian lanjut kepada Seksyen 300 dan 301 Kanun Acara Jenayah, akan merujuk kepada kuasa YDPA/Sultan untuk menggantung perlaksanaan hukuman, meringankan dan/atau mengurangkan sesuatu hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah. Bahkan di bawah Seksyen 300(2) Kanun Acara Jenayah, apabila sesuatu permohonan pengampunan dibuat, YDPA/Sultan boleh (may) meminta Hakim/Majistret yang telah mensabitkan banduan tersebut untuk memberikan pendapatnya tentang samada sesuatu permohonan pengampunan itu layak dibenarkan atau sebaliknya.Justeru penelitian penuh kepada semua peruntukan Perlembagaan dan Kanun Acara Jenayah, Pengampunan DiRaja (Royal Pardon) samada yang disebut sebagai full pardon atau free pardon hanyalah merujuk kepada pengampunan dalam konteks perlaksanaan hukuman semata-mata. Ia hanya merujuk kepada sama ada sesuatu hukuman yang sedang dijalani (atau akan dijalani) tersebut akan dilegakan, diringankan (digantikan dengan hukuman yang lebih ringan) atau ditamatkan serta merta.Pengampunan DiRaja samada oleh YDPA atau Sultan, tidak akan membatalkan sabitan jenayah (criminal conviction). Tiada mana-mana peruntukan Perlembagaan dan Undang-Undang yang memberi kuasa kepada YDPA / Sultan untuk mengenepikan sesuatu sabitan jenayah. Sabitan jenayah itu akan terus kekal, selagimana ia tidak diketepi dan dibatalkan oleh sebuah mahkamah yang kompeten.Dalam hal ini, tafsiran perundangan yang jelas telah diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad melalui satu Artikel bertarikh 7.10.2018 yang bertajuk: Pengampunan dan Pembatalan Kehilangan Kelayakan Untuk Menjadi Ahli Parlimen, dimana beliau menegaskan sebagaimana berikut:-“Pemberian pardon, reprieve dan respite itu tidak bererti sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atas pesalah itu di mansuhkan atau dipadamkan daripada rekod mahkamah. Perintah itu kekal, cuma pesalah itu diampunkan atau dimaafkan daripada menjalani hukumannya.Pengampunan itu tidak boleh disamakan dengan perintah mahkamah to set aside (mengenepikan), quash (membatalkan), atau deklarasi null and void (tak sah dan batal). Hanya mahkamah yang boleh membuat perintah-perintah itu”Justeru, kenyataan-kenyataan balas pimpinan Pakatan Harapan, khususnya dari Setiausaha Agung PKR yang menyanggah terma “bekas banduan” dan menyatakan “ia tidak lagi timbul kerana DSAI diberi pengampunan penuh (full pardon) oleh YDPA” adalah merupakan satu pembiasan politik yang sangat terdesak, untuk mengelirukan fakta sebenar seolah-olah sabitan jenayah DSAI telah dibatalkan sepenuhnya."Sejahtera Bersama Islam""Mara Menuju Cita"
WAN ROHIMI WAN DAUDPengarah Jabatan Hal Ehwal Undang-undang (JUHAM)Dewan Pemuda PAS Malaysia17 Mei 2019 | 12 Ramadhan 1440 – HARAKAHDAILY 17/5/2019

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/05/informasi-2-sabitan-jenayah-dsai-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengampunan Diraja Tidak Membatalkan Sabitan Jenayah

Pengampunan Diraja Tidak Membatalkan Sabitan Jenayah

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 188 hits
WAN ROHIMI WAN DAUD 17 MAY 2019KENYATAAN Setiausaha Agong PAS YB Dato Takiyudin Hassan pada 10 Mei 2019 sewaktu berucap dalam ceramah bagi kempen di Pilihan Raya Kecil Sandakan yang melabelkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang bekas b...
Informasi Institusi Diraja Berhak Tegur K Jaan Presiden Pas

Informasi Institusi Diraja Berhak Tegur K Jaan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 276 hits
MARANG Institusi diraja berhak untuk memberikan sebarang pandangan teguran mahupun kritikan terhadap pentadbiran di negara ini demi kepentingan rakyat dan negara demikian menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Beliau berkata tiada...
Informasi Pas Sokong Pbs Kerana Dap Ekstrem Terhadap Pribumi Sabah

Informasi Pas Sokong Pbs Kerana Dap Ekstrem Terhadap Pribumi Sabah

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 348 hits
Fanatik Perkauman Ada Dalam DAPMARANG Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan memberi sokongan kepada calon Parti Bersatu Sabah dalam Pilihan Raya Kecil Sandakan Ini termasuk Pilihan Raya Kecil Sandakan Seti...
Selain Bentrokan Di Jalanan Perang Informasi Memuncak Di Venezuela

Selain Bentrokan Di Jalanan Perang Informasi Memuncak Di Venezuela

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 120 hits
Twitter YouTube Periscope Instagram Facebook dan WhatsApp seluruhnya diblokir oleh penyedia jasa internet dari pemerintah CANTV Sebagian besar rakyat Venezuela memakai layanan CANTV untuk berselancar di dunia maya
Jenayah Di Johor Turun Hampir 20 Peratus Menurut Laporan

Jenayah Di Johor Turun Hampir 20 Peratus Menurut Laporan

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 224 hits
JOHOR BAHRU Jenayah di Johor Bahru telah jatuh hampir 20 peratus kata Timbalan Ketua Polis Johor pada hari Ahad Dalam satu laporan oleh agensi berita Bernama Encik Mohd Kamarudin Md Din berkata 761 kes direkodkan di bandar raya Malaysia mul...
Informasi Jangan Usik Tiang Seri Negara Umat Islam Tidak Akan Diam T Presiden Pas

Informasi Jangan Usik Tiang Seri Negara Umat Islam Tidak Akan Diam T Presiden Pas

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 363 hits
Sekat Islam usik tiang seri masuk agenda asingKL Terdapat pihak yang bekerja keras menyekat dan menghalang kedaulatan Islam serta mengganggu usik tiang tiang seri negara dalam masa sama membawa masuk agenda dan idea sangat asing ke bumi Mal...
Kerajaan Dahulu Penuh Dengan Jenayah Dan Skandal

Kerajaan Dahulu Penuh Dengan Jenayah Dan Skandal

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 296 hits
Dalam tempoh 10 tahun Bila kepala bapak rintik anak mesti borek Saban Hari ADA sahaja skandal terlondeh Terbaru Ypeim Tanah Tentera Tupasal terbang ke Sandakan balik tangan kosong dah Tak ADA manusia waras yang nak percaya Bila masa PH nak ...
Informasi Tidak Mustahil Pastikan Ph Jadi K Jaan Sepenggal Ibnu Hasyim

Informasi Tidak Mustahil Pastikan Ph Jadi K Jaan Sepenggal Ibnu Hasyim

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 173 hits
JASIN 3 Mei Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki ketika hadir pada Ceramah Perdana Penyatuan Ummah di Kompleks PAS Kawasan Jasin di sini malam ini Turut hadir Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah da...
Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Unleashing The Miracle Of Retinol For Your Skin

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Crisis Management 101



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Nak Rasa Musim Sejuk Jom Bawa Anak Ke Immersive Winterland Tarikan Terbaharu Di I City Shah Alam

Buaya Jantan 5 Meter Tersangkut Pada Pukat

Lori Tanah Jatuh Gaung Wanita Maut Suami Patah Tangan

Nga Asks Saifuddin To Halt Probe On Teoh Beng Hock S Family