Info Wang Kertas Malaysia Siri 1 2 Dan 3


Wang kertas Malaysia mula dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Jun 1967. Wang kertas tersebut terdiri daripada lima jenis nilai muka, iaitu $1, $5, $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis nilai $1,000 telah dikeluarkan pada 2 September 1968.

Reka bentuk asas wang kertas tersebut adalah sama bagi semua jenis nilai. Muka hadapan setiap wang kertas menggambarkan potret DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong yang pertama, berserta perkataan Bank Negara Malaysia. Perkataan ‘sah diperlakukan’, nilai mukanya dan tandatangan Tun Ismail bin Mohamed Ali, iaitu anak Malaysia yang pertama menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia, terdapat pada muka hadapan wang kertas tersebut. Muka belakangnya mengandungi logo Bank Negara Malaysia dan latar belakangnya dihiasi reka bentuk geometri.

Ciri-ciri keselamatannya termasuk tera air kepala harimau yang terletak di sebelah kiri dan benang keselamatan di sebelah kanan.

Berikutan pelaksanaan rasmi sistem ejaan baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, Bank Negara Malaysia telah menggunakan sistem ejaan baharu dalam percetakan wang kertas baharunya, tetapi masih mengekalkan reka bentuk yang sedia ada.


Pada 1 September 1982, Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas dengan dua jenis nilai, iaitu $20 dan $500 yang sah diperlakukan sebagai tambahan kepada jenis nilai $1, $5, $10, $50, $100 dan $1,000 yang sedia ada dalam edaran. Wang kertas baharu, pada keseluruhannya mempunyai reka bentuk baharu yang mencerminkan kebudayaan Malaysia. Reka bentuk am wang ini berasaskan perhiasan, ukiran kayu dan hasil kerja tangan tradisi Malaysia yang lain serta tumbuh-tumbuhan yang terdapat di beberapa tempat di negara ini. Tera air kepala harimau pada muka hadapan wang kertas siri lama telah digantikan dengan potret DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas dengan jenis nilai $10, $50 dan $100 dikeluarkan pada 15 September 1983, manakala wang kertas $1, $5 dan $1000 dikeluarkan pada 16 Januari 1984 bersempena dengan ulang tahun penubuhan Bank Negara Malaysia ke-25 pada 26 Januari 1984. Muka belakang wang kertas siri kedua ini dicetak dengan lakaran bangunan dan mercu tanda penting di ibu kota. Wang kertas siri ini juga lebih kecil saiznya daripada wang kertas siri terdahulu bagi jenis nilai yang sama, supaya lebih mudah dikendalikan dan disimpan.

Reka Bentuk Am Bagi Jenis Nilai Yang Berbeza

Pada bulan Januari 1986, Bank Negara Malaysia mengeluarkan reka bentuk baharu dengan beberapa ciri keselamatan tambahan pada wang kertas. Ciri-ciri keselamatan yang ditambah baik ini adalah supaya wang kertas tersebut lebih sukar untuk dipalsukan.

Wang kertas siri ini telah ditandatangani oleh Tan Sri Dato’ Jaffar bin Hussein (1985–1994). Ciri-ciri keselamatan baharu yang ditambah ialah benang keselamatan yang boleh dilihat dengan lebih jelas, imej pendam jenis nilai yang lebih besar, tanda pandang telus yang lebih besar serta nombor siri yang dicetak secara menegak dalam dakwat merah, dan secara melintang dalam dakwat hitam.

Mulai 1 Januari 1993, wang kertas satu Ringgit dihentikan pengeluarannya. Wang kertas satu Ringgit yang berada dalam edaran masih sah diperlakukan dan terus diedarkan bersama-sama dengan duit syiling satu Ringgit sehinggalah wang kertas satu Ringgit dikeluarkan daripada edaran.

Mulai 1 Mei 1994, wang kertas $5, $10, $50, $100, $500 dan $1000 ditandatangani oleh Tan Sri Dato’ Ahmad Mohd Don. Ciri-ciri dan reka corak wang kertas adalah sama dengan keluaran sebelumnya. Wang kertas $500 dan $1000 tidak sah diperlakukan lagi berkuat kuasa 1 Julai 1999.

Pada 5 Februari 1996, Bank Negara Malaysia memperkenalkan wang kertas RM2, yang merupakan nilai mata wang pertama daripada siri reka bentuk baharu mata wang Malaysia yang bertemakan Wawasan 2020. Paparan perkembangan dan pencapaian pesat ekonomi Malaysia digunakan buat kali pertama dalam wang kertas siri ini. Berikut ialah keluaran jenis nilai yang lain.

Beberapa ciri keselamatan diperkenalkan pada wang kertas siri ini. Antaranya ialah benang keselamatan berwarna pelangi dengan cetakan ‘BNM’ dan jenis nilai masing-masing pada wang kertas tersebut, di samping potret tera air tiga dimensi. Selain itu, wang kertas siri ini mempunyai ciri antisalinan pendua yang dikenali sebagai PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key), benang serat serta nombor siri novel yang dicetak secara melintang di bahagian atas sebelah kiri dalam dakwat magnetik pendarfluor hitam dan secara menegak di sebelah kanan dalam dakwat pendarfluor merah. Wang kertas RM10, RM50 dan RM100 pula mempunyai ciri tambahan, iaitu jalur holografi ubahan optik yang dikenali sebagai LEAD (Long-lasting Economical Anticopy Device). Sumber :https://www.bnm.gov.my/  akuanakpahang.blogspot.com akuanakpahang.blogspot.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuanakpahang.blogspot.com/2020/06/info-wang-kertas-malaysia-siri-1-2-dan-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Melabur Wang Digital Di Malaysia Melalui Saluran Yang Di Iktiraf

Cara Mudah Melabur Wang Digital Di Malaysia Melalui Saluran Yang Di Iktiraf

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 748 hits
LUNO Malaysia adalah platform pertukaran mata wang digital mata wang kripto pertama yang diiktiraf di Malaysia dibawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera Adakah anda sedang mencari cara paling mudah untuk...
Laporan Bon Mata Wang Malaysia Meningkat Kepada Rm1 5 Trilion Pada Suku Pertama 2020

Laporan Bon Mata Wang Malaysia Meningkat Kepada Rm1 5 Trilion Pada Suku Pertama 2020

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Pasaran bon mata wang tempatan Malaysia berkembang 2 9 suku ke suku pada suku pertama 2020 kepada RM1 5 trilion apabila kedua dua bon kerajaan dan korporat meningkat di tengah tengah penularan pandemik Covid 19 kata Bank Pemban...
Khm Janji Bayar Wang Kemenengan Liga Hoki Malaysia 2020 Akhir Bulan Ini

Khm Janji Bayar Wang Kemenengan Liga Hoki Malaysia 2020 Akhir Bulan Ini

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 442 hits
KUALA LUMPUR 13 Jun Konfederasi Hoki Malaysia akan melangsaikan wang kemenangan kepada pemenang saingan Liga Hoki Malaysia 2020 pada akhir bulan ini selepas tertangguh susulan pandemik COVID 19 Ahli Lembaga Eksekutif KHM sudah meluluskan un...
Malaysia Kutuk Ancaman Israel Terus Hantar Bantuan Kepada Palestine

Malaysia Kutuk Ancaman Israel Terus Hantar Bantuan Kepada Palestine

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 424 hits
Malaysia kutuk sekeras kerasnya tindakan Israel yang terus menerus mengancam mahu menakluki Tebing Barat Palestin Tindakan haram dan unilateral Israel ini tidak boleh diterima sama sekali Ini kerana ia bukan sahaja akan merencatkan proses p...
Sprm Tahan 3 Individu Di Tourism Malaysia Berkait Kontrak Rm90 Juta Pada 2019

Sprm Tahan 3 Individu Di Tourism Malaysia Berkait Kontrak Rm90 Juta Pada 2019

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 434 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan 3 pengarah syarikat berkait siasatan kes rasuah RM90 juta melibatkan Tourism Malaysia kata sumber yang mengetahui perkembangan itu kepada FMT Tiga pengarah syarikat terbabit dipercayai memberi ...
Malaysia Airports Sees Increase In Local Flights Under Rmco

Malaysia Airports Sees Increase In Local Flights Under Rmco

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 273 hits
MAHB says the flight schedule by AirAsia for the June 10 30 period showed an average of 22 domestic flight movements daily from Kuala Lumpur to both domestic and international destinations PETALING JAYA Malaysia Airports has seen a gradual ...
Current Updates On Covid 19 In Malaysia 11 June 2020

Current Updates On Covid 19 In Malaysia 11 June 2020

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 430 hits
The Ministry of Health would like to inform that 51 cases have fully recovered and discharged well today Cumulatively 7 065 confirmed COVID 19 cases have fully recovered A total of 31 additional confirmed COVID 19 cases were reported to the...
Nasi Kari Atuk Kini Di Kfc Malaysia Yang Pasti Memikat Hati Semua

Nasi Kari Atuk Kini Di Kfc Malaysia Yang Pasti Memikat Hati Semua

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 410 hits
Nasi Kari Atuk Menu Terbaharu KFC Malaysia Kalau pikir ayam goreng pasti akan terbayang jenama KFC kan Sure ramai yang akan terbayang ayam goreng yang cukup rangup dan fresh Keenakkan rasa ayam yang tiada tandingannya serta menjadi kegemara...
Youtuber Antarabangsa Sebak Ketika Ulas Dua Video Tular Malaysia Negara Contoh Terbaik Tangani Covid 19

Youtuber Antarabangsa Sebak Ketika Ulas Dua Video Tular Malaysia Negara Contoh Terbaik Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 740 hits
Ruangan komen youtuber youtuber tersebut turut dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran COVID 19 Anda sebagai rakyat MALAYSIA bang...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst