Info Sihat Gejala Beguk Dan Kesan


OLEH : PROF MADYA DR NURUL AZMAWATI MOHAMED

Virus mumps masuk ke dalam badan melalui mulut dan menyerang kelenjar air liur.
BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan penutupan dua buah sekolah berasrama penuh di Kajang dan Gombak akibat penyakit beguk. Menurut laporan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, kes beguk meningkat berbanding tahun lepas. Daripada 75 kluster beguk yang dilaporkan, 59 kluster terjadi di sekolah-sekolah.

Beguk atau mumps adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus mumps. Ia kerap berlaku dalam kalangan pelajar sekolah dan remaja. Beguk jarang berlaku dalam kalangan bayi kurang satu tahun, kerana mereka dilindungi oleh antibodi yang diperoleh daripada ibu semasa di dalam kandungan.

Virus mumps masuk ke dalam badan melalui mulut dan menyerang kelenjar air liur. Virus ini merebak melalui titisan daripada mulut dan hidung. Antara situasi yang memudahkan penyebaran virus ialah bersin, batuk dan berkongsi peralatan makan seperti sudu dan garpu. Apabila seseorang dijangkiti virus mumps, gejala akan berlaku hanya selepas selesai tempoh eraman iaitu kira-kira dua hingga empat minggu.

Hanya dua pertiga individu yang dijangkiti mengalami gejala, manakalanya yang selebihnya tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda mereka dijangkiti. Gejala jangkitan bermula dengan demam, kurang selera makan, keletihan, sakit kepala dan disusuli dengan sakit di bahagian telinga. Kelenjar air liur akan mula membengkak dan mencapai saiz maksimum selepas 3 hari. Ketika ini, pesakit akan berasa sakit semasa bercakap dan mengunyah.

Sakit akan menjadi lebih teruk apabila makan atau minum bahan berasaskan citrus seperti buah limau. Kelenjar air liur kembali ke saiz asal dalam masa seminggu. Penyakit ini pada amnya tidak berbahaya dan pulih secara semula jadi. Jarang sekali, jangkitan menyebabkan radang pada selaput otak dan testis.

Tiada rawatan khusus untuk penyakit beguk. Biasanya, pesakit akan diberikan ubat demam dan ubat penahan sakit. Kawasan yang bengkak boleh diletakkan pek panas atau pek ais untuk meredakan kesakitan.

Untuk mencegah penyebaran penyakit, pesakit perlu diasingkan sehingga 9 hari selepas hari pertama gejala. Walau bagaimanapun, pesakit tersebut sudah mula menyebarkan virus sekurang-sekurangnya enam hari sebelum mangsa jatuh sakit.

Etika batuk dan bersin perlu diamalkan dengan cara menutup mulut dengan tisu atau lengan baju, bukan dengan tangan. Sudah menjadi amalan masyarakat kita menutup mulut dengan tangan apabila batuk. Tanpa kita sedari, kuman yang berada di tangan disebarkan kepada orang lain apabila kita bersalam atau memegang barang-barang yang juga akan dipegang oleh orang lain.

Kita juga perlu mengajar anak-anak untuk sentiasa membasuh tangan dengan cara yang betul terutamanya selepas batuk dan bersin. Elakkan berkongsi makanan, minuman, sudu dan garpu dengan individu yang tidak sihat.

Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Bermula tahun 2002, negara kita memberikan vaksin mumps kepada bayi berumur 1 tahun. Bermula tahun 2016, vaksin mumps diberikan sebanyak dua kali iaitu semasa 9 dan 12 bulan. Kajian menunjukkan bahawa vaksin berupaya memberi perlindungan sehingga 80 hingga 90%.

Ini bermakna, walaupun anak anda telah divaksin, ada juga kemungkinan untuk mereka mendapat jangkitan terutamanya apabila berlaku wabak di tempat-tempat tertutup seperti asrama. Walau bagaimanapun, individu yang telah divaksin akan mengalami gejala yang lebih ringan berbanding individu yang tidak pernah divaksin.

* Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed 
Pakar Mikrobiologi Klinikal Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/11/info-sihat-gejala-beguk-dan-kesan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Info Sihat Diabetes Kawal Pemakanan Gula Darah

Info Sihat Diabetes Kawal Pemakanan Gula Darah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 493 hits
Jadikan pengambilan makanan harian mengikut konsep suku separuh Suku pinggan diisi dengan sumber karbohidrat suku pinggan dengan sumber protein dan separuh pinggan diisi dengan sayur sayuran dan buah buahan DIABETES adalah penyakit yang tid...
Sila Ubah Tabiat Ini Ini 5 Kesan Buruk Bila Selalu Tengok Handphone Atas Katil Sebelum Tidur

Sila Ubah Tabiat Ini Ini 5 Kesan Buruk Bila Selalu Tengok Handphone Atas Katil Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 439 hits
Sila Ubah Tabiat Ini Ini 5 Kesan Buruk Bila Selalu Tengok Handphone Atas Katil Sebelum Tidur Menjadi kebiasaan ramai antara kita yang suka tengok telefon bimbit atas katil sebelum tertidur Melayan media sosial video youtube baca artikel per...
Taktik Scammer Ini Cara Nak Kesan Scammer Dengan Mudah Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu

Taktik Scammer Ini Cara Nak Kesan Scammer Dengan Mudah Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 684 hits
Taktik Scammer Ini Cara Nak Kesan Scammer dengan Mudah Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu Dalam zaman serba serbi moden ini banyak perkara yang boleh dibuat secara online sama ada membeli atau menjual dan sebagainya Memang lumrah kehidupan set...
Hilangkan Kesan Stiker Roadtax Pada Cermin Kereta Guna 2 Barang Je

Hilangkan Kesan Stiker Roadtax Pada Cermin Kereta Guna 2 Barang Je

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 503 hits
Assalamualaikum PENAFIAN JANGAN CUBA KALAU WAS WASHari ni aku nak buat simple sharing session Mesti ramai yang dah tahu and mungkin ramai juga yang tak tahu Benda ni simple tapi aku jenis cerewet sikit bab kekemasan and kecantikan ni Tak bo...
Ketahui Kesan Senaman Untuk Pesakit Sakit Lutut Sakit Sendi Pinggul

Ketahui Kesan Senaman Untuk Pesakit Sakit Lutut Sakit Sendi Pinggul

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 533 hits
Para penyelidik menjalankan ulasan terhadap kesan senaman terhadap kesihatan fizikal emosi dan mental bagi orang dengan sakit sendi lutut atau sakit sendi pinggul berpanjangan akibat osteoartritis Kajian kajian yang diperiksa adalah dari Er...
Isteri Lan Solo Beri Petua Cantikkan Kesan Parut Sumbing Baby Xandra Supaya Nampak Tak Menggelembung

Isteri Lan Solo Beri Petua Cantikkan Kesan Parut Sumbing Baby Xandra Supaya Nampak Tak Menggelembung

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 614 hits
Mei lalu puteri bongsu penyanyi terkenal Lan Solo Nur Amna Quxandra yang lebih dikenali dengan nama Baby Xandra jalani pembedahan pemulihan sumbing bibir di Pusat Perubatan Malaya Dekat 6 bulan berlalu kesan parut pembedahan Baby Xandra sem...
Pernyataan Tabok Dinilai Tak Memberi Kesan Bagus Buat Jokowi

Pernyataan Tabok Dinilai Tak Memberi Kesan Bagus Buat Jokowi

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 132 hits
Presiden Joko Widodo atau Jokowi kesal dan ingin mencari serta menabok orang yang menyebarkan isu dirinya adalah aktivis PKI Pengamat politik LIPI Syamsudin Haris menilai seharusnya Jokowi tidak melontarkan pernyataan tersebut
Peluk Dan Ciumlah Anak Setiap Hari Kalau Tak Mahu Ada Kesan Pada Otaknya Tak Rugi Pun

Peluk Dan Ciumlah Anak Setiap Hari Kalau Tak Mahu Ada Kesan Pada Otaknya Tak Rugi Pun

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 339 hits
Anak kecil kita yang baru berusia 2 hingga tahun memang tak tahu apa apa Dunianya hanyalah bermain Walaupun mereka leka dengan dunia mereka sendiri tapi janganlah abaikan mereka Ada banyak kesannya pada perkembangan mereka lebih lebih lagi ...
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


How To Choose A Patent Lawyer In New York For Your Invention

Ai Text Humanizer Bridging The Gap Between Ai And Human Writing

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Khaled Loyal Umno Voter Base Is Shrinking

Perkampungan Sunnah Ke 9 Kangar Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas