Info Sihat Diabetes Kawal Pemakanan Gula Darah


Jadikan pengambilan makanan harian mengikut konsep – suku separuh. Suku pinggan diisi dengan sumber karbohidrat, suku pinggan dengan sumber protein dan separuh pinggan diisi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
DIABETES adalah penyakit yang tidak akan sembuh atau hilang dengan sendirinya. Penyakit ini boleh dikawal daripada menjadi lebih kronik dan mengelak daripada mendapat komplikasi akibat penyakit ini. Salah satunya adalah melalui kawalan diet dan pemakanan.

Mengawal pengambilan makanan adalah rawatan penting di dalam pengurusan penyakit diabetes. Pesakit biasanya akan dirujuk kepada pakar pemakanan untuk memastikan pengawalan gula darah lebih baik dan terkawal melalui diet.

Usah takut dengan omongan akan kehilangan anggota badan yang akan dipotong jika menghidap diabetes. Risiko amputasi dapat dikurangkan sekiranya pesakit mengawal gula darah dengan baik melalui seliaan pegawai dietetik dan doktor.

Pesakit diabetes dapat hidup secara normal seperti orang lain apabila gula darah berada di paras yang selamat. Pemakanan sihat dan seimbang dapat mencegah kegemukan termasuk penyakit Non-Communicative Disease (NCD) seperti jantung, diabetes dan kanser.

Untuk membantu pesakit diabetes terus sihat dan mendapat terapi nutrisi yang betul, Pegawai Dietetik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Ruqayyah Muhammad, sudi berkongsi dengan pembaca Sihat.Aktif.

Menurut Ruqayyah, Diabetes Melitus adalah salah satu penyakit yang semakin menunjukkan peningkatannya sejak beberapa tahun ini. Sekitar 2.5 juta penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit ini dan bilangan mereka semakin meningkat.

Penyakit ini dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana penghidapnya tidak mempunyai simptom yang jelas sehingga pesakit mendapat komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, serangan jantung dan strok, mata menjadi kabur atau buta malah ada kalanya gangren pada anggota kaki dan tangan sehingga menyebabkan amputasi.

“Penyumbang kepada penyakit ini adalah masalah berlebihan berat badan hingga menyebabkan obesiti, kurang bersenam, pengambilan makanan yang melebihi keperluan harian, tinggi kandungan gula dan karbohidrat dan pengambilan serat yang kurang di dalam diet harian.“Walaupun diabetes tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dikawal melalui pemakanan yang seimbang dan sihat, di samping pengambilan ubat atau insulin mengikut jadual,” katanya.
Carta diet Pesakit Diabetes

1. Waktu makan teratur

Pesakit perlu mematuhi amalan waktu makan yang teratur. Meninggalkan satu waktu makan akan menyebabkan pengambilan makanan secara berlebihan pada waktu makan seterusnya.

2. Seimbangkan pengambilan karbohidrat:

Ia boleh diambil di dalam 8-12 pertukaran sehari. Tetapi ia perlu dipecahkan kepada beberapa hidangan sehari. Sekiranya waktu makan dibahagikan kepada 3 yang utama dan satu snek, bahagikan jumlah karbohidrat agar lebih seimbang.

Sebagai contoh, sekiranya keperluan harian adalah 10 pertukaran di dalam sehari, ambil 3 pertukaran untuk setiap tiga kali waktu makan dan 1 pertukaran untuk snek. Mengambil karbohidrat dalam jumlah yang banyak pada satu masa akan meningkatkan kadar gula darah.

3. Makan Ikut Konsep ‘Suku - Suku, Separuh’

Jadikan pengambilan makanan harian mengikut konsep – suku separuh. Suku pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti bijirin, nasi, mi, bihun dan sebagainya. Suku pinggan dengan sumber protein, ikan, ayam atau daging dan separuh pinggan diisi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna dan jenis di dalam hidangan sehari. Pengambilan diet yang seimbang akan memastikan gula darah lebih stabil dan terkawal. Serat di dalam sayur dan buah-buahan akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan mengurangkan pengambilan makanan yang kerap di antara waktu makan.

4. Banyakkan serat sayur-sayuran dan buah-buahan

Serat daripada buah dan sayur akan memberikan rasa kenyang lebih cepat dan melambatkan rasa lapar. Serat juga membantu gula darah lebih terkawal. Sayuran berdaun hijau atau ulam boleh diambil sekurangnya ½ cawan untuk setiap kali makan.

Namun begitu, hadkan pengambilan buah sebanyak dua hidangan sehari. Sebagai contoh buah dokong diambil enam biji sahaja untuk satu waktu makan. Pengambilan lebih dan tidak terkawal daripada sumber bijirin, buah-buahan dan gula ringkas boleh sebabkan gula darah tidak terkawal dengan baik.Contoh pertukaran (exchange) karbohidrat:

JENIS MAKANAN                                   SUKATAN

Nasi/mihun/kueyteow                                              1/2 cawan kecil

Idli                                                                          1 keping

Roti putih/mil penuh                                                 1 keping

Oat mentah                                                             3 sudu makan

Biskut cream cracker                                              3 keping

Kentang                                                                 1 ketul (45g)

Susu tepung                                                            4 sudu makan

Pesakit dengan kalori 1600kcal sehari, boleh mengambil sebanyak 10 pertukaran karbohidrat yang dibahagikan kepada 3 waktu makan dan 1 snek.

Sarapan: 3 pertukaran karbohidrat = 1 1/2 cawan nasi

Makan tengah hari: 3 pertukaran karbohidrat = 1 1/2 cawan nasi

Minum petang: 1 pertukaran karbohidrat = 1 keping roti atau 3 keping biskut

Makan malam: 3 pertukaran karbohidrat = 1 1/2 cawan nasi

Supplement juga mampu membantu pesakit diabetes bagi mengurangkan risiko lebih teruk

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/11/info-sihat-diabetes-kawal-pemakanan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Info Sihat Nak Rosakkan Buah Pinggang Boleh Cuba Cara Ini

Info Sihat Nak Rosakkan Buah Pinggang Boleh Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 758 hits
NAK ROSAKKAN BUAH PINGGANG BOLEH TRY CARA NI Ingat lagi pengalaman saya masa bertugas di klinik kencing manis dulu Dalam masa 2 tahun peningkatan bilangan pesakit diabetes naik lebih 2 kali ganda Serius memang berganda ganda dari tahun ke t...
Bacaan Gula Dalam Darah Bagi Penyakit Kencing Manis

Bacaan Gula Dalam Darah Bagi Penyakit Kencing Manis

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 438 hits
Log into Facebook to start sharing and connecting with your friends family and people you know Apakah Kepentingan Mencapai Bacaan Gula NormalGula darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan tahap gula dalam darah yang senti...
Gula Tinggi Dalam Darah Ini Penjelasan Yang Paling Mudah Nak Faham

Gula Tinggi Dalam Darah Ini Penjelasan Yang Paling Mudah Nak Faham

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 648 hits
Adakah anda mudah untuk Jika jawapan anda Ya teruskan membaca kerana ada sesuatu yang perlu anda ketahui Bagaimana Badan Kita Pastikan Paras Gula Sentiasa Dalam Julat Normal Keseimbangan adalah penting dalam memastikan tubuh dalam keadaan t...
Usus Anak Terbelit Hampir Pecah Akibat Sembelit Ibu Ini Nasihatkan Jaga Pemakanan Anak

Usus Anak Terbelit Hampir Pecah Akibat Sembelit Ibu Ini Nasihatkan Jaga Pemakanan Anak

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 723 hits
Risau bila lihat anak kecil meronta ronta sakit perut akibat sembelit dan najis keras Salah satu punca sembelit adalah kekurangan cecair dalam pemakanan harian si kecil Pemakanan harian anak anak haruslah merangkumi air yang mencukupi serta...
Ada Sebabnya Kenapa Perlu Elakkan Sarapan Tinggi Gula Pada Anak Pakar Dietetik Beri Penjelasan

Ada Sebabnya Kenapa Perlu Elakkan Sarapan Tinggi Gula Pada Anak Pakar Dietetik Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 496 hits
Ada dikalangan anak anak kita yang tidak suka mengambil sarapan pagi Mengajar anak untuk mengambil sarapan setiap pagi sebenarnya bermula daripada mama dan papa sendiri Pastikan anak anak wajib diberikan sarapan namun jangan pula diberikan ...
Mesti Korang Pernah Makan Tahukah Anda Kenapa Plastik Gula Gula White Rabbit Boleh Di Makan

Mesti Korang Pernah Makan Tahukah Anda Kenapa Plastik Gula Gula White Rabbit Boleh Di Makan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 794 hits
Mesti Korang Pernah Makan Tahukah Anda Kenapa Plastik Gula Gula White Rabbit Boleh Di Makan Mesti zaman kanak kanak dulu korang pernah makan gula gula ni kan dia punya kulit macam plastik belah dalam boleh makan Sedap tak payah cakaplah kan...
Nak Tau Cara Nak Buat Sagu Gula Melaka Paling Senang Tapi Sedap Jom Cuba Resepi Ini

Nak Tau Cara Nak Buat Sagu Gula Melaka Paling Senang Tapi Sedap Jom Cuba Resepi Ini

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 2080 hits
Nak tau cara nak buat sagu gula melaka paling senang tapi sedap Jom cuba resepi ini Assalamualaikum wbt Pagi pagi dah share resepi ehhh Haha Takpelah Mana tau korang nak buat breakfast kan Cikla rasa resepi kuih sagu adalah resepi paling se...
Anak Tak Suka Sayur Pakar Pemakanan Ini Kongsi 5 Langkah Penyelesaiannya

Anak Tak Suka Sayur Pakar Pemakanan Ini Kongsi 5 Langkah Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 505 hits
Anak kecil memang selalu bermasalah untuk mengambil sayur sayuran dalam hidangan makanan harian Ketika masih bayi lazimnya semuanya dimakan tanpa banyak karenah Kebiasaannya masalah timbul apabila si kecil ini mula diberi makan makanan sepe...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos