Info Psikologi Kebaikan Peluk Isteri





       Oleh:Nadia Mingguan WanitaSetelah berpuluh tahun membina perkahwinan,  ada kala  kemesraan suami isteri semakin lama semakin menjadi pudar. Ini  bukan bermakna  kasih sayang yang dibina itu sudah hilang  tetapi kemungkinan  isteri sebagai ibu sibuk dengan urusan rumah tangga dengan anak-anak ditambah pula kehadiran cucu. Suami pula sibuk dengan bebanan urusan pejabat yang semakin bertambah. Peluk cium antara suami isteri seakan sepi tidak seperti dua puluh tahun dahulu.   Menurut kajian, seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan
  Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh
  Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Berilah layanan yang istimewa kepada suami agar dapat selalu dipeluk olehnya
  1. MURAH PUJIANTidak kira bagaimanapun sikap suami, jangan sekali-kali menjatuhkan air mukanya terutama di hadapan anak-anak. Selalu memberi puji-pujian dan kata-kata sanjungan. Jika suami membuat kesilapan seperti meninggalkan kain pelikat di hujung katil, apabila mahu menegurnya mulakanlah dengan tujuh kali puji-pujian terhadap mereka seperti, “abang nampak kacak hari ini”, “saya tengok abang semakin segak sekarang dan paling tidak saya rasa bahagia hidup di sisi abang  tetapi pagi tadi, abang tertinggal kain pelikat di hujung katil dan  sudah saya basuhkan”. Dengan puji-pujian ini sudah tentu suami akan memberikan pelukan hangat dan mungkin mendapat sebuah ciuman
  2.BERMAAFAN SEBELUM TIDURSalah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri dengan selalu bermaafan setiap kali sebelum tidur. Ucaplah kata-kata maaf atas apa sahaja perlakuan kita sepanjang hari dan berjanji tidak akan mengulanginya pada keesokan hari  dan hari-hari yang mendatang. Suami juga secara tidak langsung akan berbuat perkara yang sama. Peluklah suami sebelum tidur dan anda pasti mendapat pelukan balas.   3. MENGHORMATI SEMPADAN PERIBADI SUAMISebagai seorang isteri yang baik anda perlu menghormati hak peribadi suami. Memang antara suami isteri tidak patut ada rahsia antara satu sama lain tetapi kadang-kadang suami ada perkara yang tidak mahu isterinya tahu. Bukan maksudnya mahu membelakangkan isteri tetapi niatnya murni tidak mahu menyusahkan isteri. Janganlah mendesak suami untuk menyatakan halnya tetapi sebaliknya katakan padanya “walau apapun yang abang lakukan dan walau apapun keputusan abang, saya sentiasa menyokong abang”
  4. MUHASABAH HUBUNGAN UNTUK MENCARI PUNCA MASALAHHubungan suami isteri tidak akan lari dari perselisihan faham. Jika perkara yang kecil cepat-cepatlah perbaiki semula. Jika masalah yang melanda agak besar,  sentiasa muhasabah hubungan dan mencari perkara yang positif dalam usia perkahwinan yang sudah menjangkau jubli perak ini. Paling baik,  sentiasa mencari punca masalah dan selalu berbincang dengan suami. Cara ini paling berkesan dan menguntungkan ke dua belah pihak.   5. MENERIMA KELUARGA PASANGANTunjukkan kita menyukai dan mengasihi orang-orang yang dihargai oleh pasangan kita. Pasangan yang intim dan bahagia saling suka menyukai kaum keluarga dan sahabat handai masing-masing. Mereka banyak menziarahi kaum keluarga dan rakan-rakan, selalu menolong dan sering mengajak mereka datang ke rumah. Bagi menunjukkan kita menyukai kaum keluarga dan sahabat handainya, pujilah mereka supaya dia tahu apa yang kita sukai berkenaan mereka itu. Jangan sekali-kali mengkritik dan mengumpat mereka
  6. MENGUBAH DIRI UNTUK MERANGSANG PERUBAHAN PASANGANPeredaran zaman membuatkan kehidupan manusia turut berubah. Jangan samakan kehidupan suami kita dua puluh tahun dahulu. Jika dahulu pendapatannya kecil tetapi kini sudah jauh berubah. Perubahan itu membuatkan komitmen juga turut berubah. Ubahlah diri dari segi mental dan fizikal selari dengan perubahan suami. Dalam erti kata lain berubah mengikut peredaran zaman. Jangan suami sudah sampai ke bulan kita masih mahu bertatih di bumi
  7. BERCAKAP DARI LUBUK HATIBercakaplah secara tulus dari hati berkenaan apa yang sedang difikirkan dan dirasakan. Masing-masing mempunyai ‘instinct’ terhadap satu sama lain. Kadang-kadang apa yang bermain di fikiran suami sudah boleh diduga oleh isteri. Itulah kehebatan sang isteri. Jangan berdusta dengan cara memendamkan perasaan yang sebenarnya.   8. BENTUK KOD-KOD KASIH SAYANG UNTUK SUAMIKadang-kadang bila anak-anak sudah besar,  kita  malu menyatakan sayang kepada pasangan. Apa kata anda ciptakan kod-kod istimewa yang hanya anda dan suami sahaja yang faham. Misalnya ‘1-4-3’ yang mempunyai maksud ‘I love you’ atau kod-kod yang mudah seperti ‘ikan keli’ dan sebagainya. Dengan kod-kod ini pasti anak-anak akan terpinga-pinga apa yang diucapkan oleh anda dan suami
http://feeds.feedburner.com/Pic2youu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pic2youu.blogspot.com/2015/04/info-psikologi-kebaikan-peluk-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Info Tokey Kurma No 1 Datuk Yusof Taiyoob

Info Tokey Kurma No 1 Datuk Yusof Taiyoob

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 308 hits
Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusof Taiyoob bukan ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yus...
Kerana Merajuk Dengan Isteri Lelaki Ini Sanggup Tinggal Di Lapangan Terbang Selama 10 Tahun

Kerana Merajuk Dengan Isteri Lelaki Ini Sanggup Tinggal Di Lapangan Terbang Selama 10 Tahun

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 174 hits
Seorang lelaki memilih untuk tinggal di lapangan terbang selama 10 tahun selepas merajuk dengan isterinya Wei Jiangou 53 Bejing meninggalkan rumahnya pada 2008 selepas bergaduh dengan isterinya Dia telah memilih untuk menghabiskan siang dan...
Perghh Isteri Dirantai Suami Kerana Main Tiktok Amik Kau

Perghh Isteri Dirantai Suami Kerana Main Tiktok Amik Kau

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 234 hits
DUNIA RAGAM GLOBAL TERKINIWanita ini dirantai oleh suaminya kerana kerap bermain TikTok TikTokJAKARTA Gara gara sering bermain TikTok seorang wanita dirantai oleh suaminya bagi mengelakkannya daripada terus menggunakan aplikasi tersebut lap...
Video Giliran Suami Balik Rumah Madu Sudah Tiba Isteri Rindu Ibarat Ditinggal Lama

Video Giliran Suami Balik Rumah Madu Sudah Tiba Isteri Rindu Ibarat Ditinggal Lama

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 270 hits
Bagi mereka yang telah berumahtangga perkataan bermadu adalah perkataan yang sangat sensitif dan sering kali bila diungkap kepada para isteri nescaya akan berlaku perg4duhan ataupun si isteri akan merajuk sepanjang hari Namun tidak dinafika...
Kecewa Isteri Gantung Diri Gara Gara Tidak Suami Tanguhkan Rancangan Membeli Belah

Kecewa Isteri Gantung Diri Gara Gara Tidak Suami Tanguhkan Rancangan Membeli Belah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 233 hits
Deepika 23 KECEWA suami menangguhkan rancangan membeli belah daripada Sabtu ke Ahad kerana sibuk dengan keja seorang wanita di Lucknow India membunuh diri dengan menggantung dirinya Daily Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa b...
Padah Buruh Didakwa Dengan Niat Bunuh Isteri Sendiri

Padah Buruh Didakwa Dengan Niat Bunuh Isteri Sendiri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 156 hits
Tertuduh Mohd Fadil Zainan 41 dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping TAIPING Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan membunuh isterinya Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa berita...
Malam Pertama Fattah Amin Dan Fazura Sebagai Suami Isteri

Malam Pertama Fattah Amin Dan Fazura Sebagai Suami Isteri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 716 hits
Tanggal 27 November 2017 menjadi tarikh penting buat pasangan pelakon popular yang hensem dan cantik iaitu Fattah Amin dan Fazura Pasangan ini telah menggeparkan industru hiburan apabila mereka bersam sama ke Mekah untuk melaksanakan umrah ...
Suami Isteri Ditahan Polis Untuk Bantu Siasatan Rompakan Di Kedai Dobi

Suami Isteri Ditahan Polis Untuk Bantu Siasatan Rompakan Di Kedai Dobi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 261 hits
ALOR SETAR Polis menahan suspek utama kes samun seorang wanita di dobi layan diri dan kedai runcit 24 jam dalam tempoh berselang 15 minit di Sungai Petani Selasa lepas kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Atrash Wahid...
Issey Fazlisham Dan Isteri Akur Beraya Tanpa Anak

Issey Fazlisham Dan Isteri Akur Beraya Tanpa Anak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 159 hits
Issey Fazlisham dan isteri akur beraya tanpa anak Issey Fazlisham dan isteri akur beraya tanpa anak Issey Fazlisham akur tidak dapat beraya bersama anak anak berikutan larangan rentas negeri sepanjang sambutan Aidilfitri Namun Issey dan ist...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba