Info Khasiat Pokok Tasbih
Pokok tasbih ini dahulunya tumbuh meliar sahaja di kampung-kampung tidak lebih buahnya sekadar dijadikan rantai atau disulam bagaikan seutas tasbih dan dijadikan rantai atau gelang untuk hiasan kanak-kanak sewaktu masa dahulu.
Nama Tempatan: Tasbih, Manik, Jelai
Nama Saintifik: Coix lachryma jobi
Nama Lain: Tasbih, job’s tears, pearl barley, adlay, yi yi gen, yi yi gan, san yi mai, yi yi ren, Semen Coicis Lachrymajobi (nama farmaseutikal)
Famili: Poaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan meliar sahaja.
Keterangan : Tumbuhan dari keluarga rumput ini mempunyai batang tegak yang mempunyai buah yang keras berupa manik dan berlubang di tengahnya. Kanak-kanak kampung selalunya menjadikan tasbih dari buahnya yang dicucuk pada tali. Ia boleh mencapai ketinggian 3 meter dan tumbuh dalam bentuk rumpun. Buahnya berkilau seperti porcelin, tebal dam amat keras. Ia berwarna hijau muda ketika muda dan berubah menjadi kuning langsat apabila masak. Ia menjadi hitam apabila tua. Daunnya berbentuk seperti daun jagung tetapi lebih pendek dan berketak-ketak. Upih daunnya rapat memenuhi batangnya.
Khasiat Pokok Tasbih : Di kampung-kampung herba ini selalunya digunakan untuk mengubat sakit kepala dan migrain. caranya keseluruhan pokok dibersihkan sebelum di cincang dan direndam dalam air panas. pesakit akan dimandikan dengan dengan air rendaman ini setelah suam. Akarnya mampu mengubat demam kuning dengan cara merebus 15 gram akarnya hingga air rebusan tinggal setengah, air ini ditapis dan diminum 2 kali sehari. itu pesakit perlu minum banyak air masak ketika mengamalkan tonik ini. Untuk batu karang pula, 5 gram daunnya dijadikan teh dan diminum dan diamalkan selalu hingga masalah batu karang hilang. tambahkan daun hingga 10 gram untuk mengubat jangkitan pundi kencing dan kencing kotor dan diambil dengan cara yang sama. Untuk rheumatik pula, 30 gram buahnya yang tua hingga airnya tinggal suku, tapis dan minum airnya ketika sakit. Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya yang disimpan dalam peti sejuk direbus. Air rebusan buahnya yang diminum juga dapat menghaluskan kulit, menjadi penawar apendiks dan cirit birit. Sumber Google.
AAP - Apapun diwaktu ini sudah amat sukar untuk kita menemui tumbuhan ini apakah sudah kepupusan dek kerana pembangunan, persekitaran dan sebagainya? Apapun tumbuhan ini tetap mengembalikan nostalgia zaman silam kanak-kanak dahulu. Selalu mengutip buahnya dijadikan mainan dan sebagainya. Ada juga yang kreatif dijadikan tirai dipintu disulam memanjang dijadikan sebagai hiasan dimuka pintu.akuanakpahang.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://akuanakpahang.blogspot.com/2019/04/info-khasiat-pokok-tasbih.html