Info Kesihatan Tips Cegah Muka Berjerawat
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jerawat akan muncul apabila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui mengapa dan bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda
1. Terlalu kerap membersihkan muka
Terlalu kerap membersihkan muka akan menjadikan kulit semakin berminyak atau berjerawat. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencuci muka dua kali sudah mencukupi iaitu pada waktu padi dan sebelum tidur
2. Memicit Jerawat.
Tabiat atau kelakuan memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. Jadi, elakkan memicit jerawat dengan kuku, lebih elok gunakan losyen jerawat untuk kecutkan jerawat itu
3. Amalan pengambilan makanan berminyak
Makanan yang berminyak boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak.Pengambilan makanan berminyak secara tidak terkawal akan menyebabkan kulit anda semakin berminyak. Jadi, amalkan makanan diet yang sihat dan seimbang.
Baca Juga : [ 7 Makanan Kurangkan Kolestrol ]
4. Elak treatment untuk jerawat
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat adalah satu tindakan yang bagus. Tetapi janganlah sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat anda sudah sembuh. Untuk mengelakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doktor atau amalkan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.
5. Penggunaan pencerah kulit
Terdapat set pencerahan kulit yang tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Bahan dan kandungannya menyebabkan jerawat tidak sembuh, muka semakin bermasalah dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Gunakan set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi terlebih dahulu masalah kulit itu.
Baca Juga : [ Apakah air detox atau infused water?? ]
Oleh itu, elakkan menggunakan cara-cara yang tidak dibenarkan di atas bagi mengelakkan munculnya jerawat di wajah anda.
Sumber : Infokesihatan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2019/01/info-kesihatan-tips-cegah-muka.html