9 Tips Hindari Stres Melalui Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat



9 Tips Hindari Stres Melalui Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat | Kalau sebelum ni kita dibiasakan dengan bila stress je akan cari makanan (Diah la tu) apa kata jom kita tukar dan hindari stress melalui pemakanan dan gaya hidup sihat. Baru hidup jadi berkualiti. Dengan perubahan zaman dan gaya hidup masa kini, makanan menjadi faktor utama kita jatuh sakit. Kalau tak percaya tengok lah statistik kesihatan dunia, Malaysia antara negara asia yang berada di tangga teratas kerana mempunyai kadar obesiti yang tinggi dikalangan rakyatnya. 
Seram kan? Kalau zaman mak ayah kita dulu makanan segera amat sukar nak dibeli. Sukar kerana lokasi dan juga harganya. Mahal. Mana mampu nak beli seperti sekarang. Jadi agak terbatas anak-anak nak merasa makanan segera ni. Penyakit pun susah nak hinggap. Kalau dibandingkan dengan sekarang memang jauh bezanya. Dengan harga yang mampu beli, makanan segera dah jadi menu penyelamat untuk ibu bapa yang sibuk tak sempat nak masak. Tak tunding jari pada orang sebab Diah pun kadang-kadang beli sebab teringin. Tahu bahaya tapi suka. Macamana tu? 
Oleh sebab azam 2019 nak didik keluarga ke arah kehidupan sihat, haruslah tekankan dan jauhi makanan segera. Mampukah? Kita cuba lah kan. Jadi kali ni Diah nak berkongsi tips dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang 9 tips menghindari stress melalui pemakanan dan gaya hidup sihat. Dalam banyak-banyak tips tu, paling susah nak amalkan adalah no 3 tu. Masih berjuang. 
Tips dari KKM
Tabiat diet yang tetapAmbil Diet yang seimbang – Diet yang seimbang termasuklah ada buah, sayur, protein dan karbohidrat. Kalau susah nak hafal, amalkan je makan makanan pelbagai warna. Sayur hijau, buah oren ha macam tu. Kurangkan pengambilan kafein – Nak berhenti ambil kafein dah macam setaraf dengan berhenti tabiat merokok. Faham sangat susah ok tapi sekarang perlahan-lahan kurangkan kafein. Bukan kopi je ada kafein ok, milo pun ada tapi jumlah dia kecil la. Kurangkan pengambilan garam – Oleh sebab para ibu yang memasak dekat rumah maka kena ingat la dalam setiap masakan cuba kurangkan garam tapi lebihkan kasih sayang. Garam juga tinggi dalam makanan segera. Hentikan pengambilan alcohol Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi – Kalau nak ambil vitamin sila la dapatkan pandangan doktor dahulu. Kita tak nampak apa ada dalam badan kita. Mana yang kurang dan terlebih. Dah tahu baru beli yang patut ya. Menggunakan bahan makanan yang mengandungi probiotik – Contoh makanan probiotik macam budu dan tempe. Ini Diah suka. Kekalkan berat badan – Bila pemakanan terjaga in sha Allah berat pun kekal je. Hentikan tabiat merokok – Dah alang-alang sekarang pun susah nak merokok apa kata berhenti teruslah. Memang payah tapi tak mustahil kan? 

Sekian sahaja perkongsian untuk misi sihat 2019. Sama-sama kita hargai nikmat sihat yang Allah beri. Nanti kalau tak jaga dekat akhirat kelak Allah akan soal semula apa yang kita buat dengan apa kita ada ni. Masa tu mulut dikunci, anggota badan kita yang tolong jawabkan. Insaf kan? Tak dapat amalkan semua tips dekat atas tak apa kita cuba yang mampu la. Selamat berjaya. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/01/tips-menghindari-stres-melalui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Pemakanan Ketika Bercuti Untuk Anak Anak

Tips Pemakanan Ketika Bercuti Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 359 hits
TIPS PEMAKANAN KETIKA BERCUTI UNTUK ANAK ANAK Cuti sekolah sampai ke penghujungnya Ramai yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan sisa sisa cuti sekolah dengan membawa anak bercuti Tidak hairanlah lebuhraya semakin banyak kendaraan teru...
Kisah Korban Selamat Tsunami Berikut 7 Tips Bertahan Hidup Saat Tsunami Menerjang

Kisah Korban Selamat Tsunami Berikut 7 Tips Bertahan Hidup Saat Tsunami Menerjang

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 326 hits
Bencana tsunami kembali terjadi di Wilayah Indonesia Kali ini terjadi Banten dan Lampung Sabtu Ratusan jiwa meninggal dunia Sebagai daerah rawan tsunami masyarakat harus mengetahui cara untuk bertahan hidup Terutama saat bencana tersebut be...
Gaya Hidup Rasulullah Sebagai Pengetahuan Dan Pengajaran Kepada Kehidupan Diri Sendiri Di Hari Ini 8995

Gaya Hidup Rasulullah Sebagai Pengetahuan Dan Pengajaran Kepada Kehidupan Diri Sendiri Di Hari Ini 8995

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 581 hits
Kadang diri ini berlaku sombong kepada diri sendiri Tentu telah berlaku tidak adil hamba Nya terhadap Yang Maha Mencipta Astaghfirullahalazim Ada orang yang memasuki aliran kesufian dengan tujuan mendapatkan kebolehan yang luar biasa kerana...
Tips Mengenali Personaliti Seorang Lelaki Yang Baru Dikenali Melalui Gigi

Tips Mengenali Personaliti Seorang Lelaki Yang Baru Dikenali Melalui Gigi

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 754 hits
Tips Mengenali Personaliti Seorang Lelaki Yang Baru DiKenali Melalui Gigi Gigi yang putih dan cantik pasti akan membuat senyuman kita sangat menawan menawan pasti dipengaruhi oleh bentuk gigi seseorang Adakah bentuk gigi lelaki menggambarka...
Perubahan Gaya Hidup Pria Selama 3 Bulan Bisa Langsung Perbaiki Kualitas Sperma

Perubahan Gaya Hidup Pria Selama 3 Bulan Bisa Langsung Perbaiki Kualitas Sperma

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 249 hits
Perubahan gaya hidup yang dijalani pria dapat mengubah secara total kondisi sperma yang dimilikinya Walau pada setiap hari pria menghasilkan jutaan sperma baru namun ternyata membutuhkan waktu yang lama untuk matang secara sempurna
Tips Bersahur Secara Sihat Quaker Oat Pilihan Mudah Dan Cepat

Tips Bersahur Secara Sihat Quaker Oat Pilihan Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 617 hits
Sejak sejak jadi ibu ni agak mencabar lalui bulan puasa sebenarnya semua ibu ibu pun macam tu kan Tambahan ibu yang bekerjaya mana nak masak makanan sihat untuk anak anak balik kerja pun dah pukul berapa lepas berbuka mesti dah penatkan Dap...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik